Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, April 12, 2009

MALU



::MALU sinonim dengan perempuan:: ~Sekadar Hiasan~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs : Artikel ini adalah hasil tulisan sahabatku yang kini sedang mendalami ilmu di Pondok Pak Teh , Perak.

Untuk pengunjung blog shattirs di seantero dunia,saya sajikan dengan 2 tazkirah mengenai sifat MALU ~

~ Nasihat Buat Wanita Muslimah ~

p/s : warkah ini ditulis sebagai nasihatku buat para Muslimah yang kian pupus...anggaplah kesalahan tatabahasa, penggunaan kosa kata dan kesalahan memilih perkataan sebagai tidak penting dalam warkah ini...aku menulis kerana bimbang terhadap kebebasan yang kian melampau..juga kerana prihatin akan nasib dan masa depan pejuang-pejuang ummah ini...

Malu merupakan sifat fitrah manusia baik lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang memiliki sifat malu ini, maka sangat beruntunglah mereka kerana sifat malu inilah yang menjadi benteng kekuatan dalam diri mereka untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ingatlah ketika bagaimana wanita menjadi fitnah kepada Bani Israel kerana hilangnya sifat malu ini.

Hilangnya keperibadian dan sifat malu ini memungkin wanita hilang maruahnya, mudah terjebak dengan kemaksiatan dan sangat lembut untuk menerima sebarang tipu daya lelaki. Melihat kepada bercambahnya pelbagai kemudahan internet dan e-tools dalam alam maya ini menyebabkan hati ku berasa sungguh tidak tenang. Wanita kala ini dengan mudah memaparkan mesej-mesej ringkas yang begitu pelik di laman-laman seperti Friendster, Multiply dan lain-lain yang seolah-olah tiada malu walau sedikit pun di hati mereka. Gurauan berlebih-lebihan sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka. Apakah ini merupakan umat akhir zaman yang dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadith Baginda SAW?

Dari Abi Said Al-Khudri ra berkata :
Dari Rasulullah SAW

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“....Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, kemudian Allah memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil daripada kaum wanita...”
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Ramai Ahli Neraka di Kalangan Wanita, no. 4925)

Sekiranya mereka sedari bahawa diri mereka tidak terlepas dari ancaman api neraka yang dijanjikan Allah, nescaya mereka akan memelihara diri mereka dan akan menjaga sifat malu mereka. Bagi wanita yang mempunyai pekerti yang mulia, mereka akan mengganggap malu itu adalah sebahagian daripadanya sendiri. Ketahuilah wahai Muslimah yang daku kasihi sekalian, peliharalah sifat malu mu itu.

Sekiranya anda mahu memelihara iman kalian, tetapkanlah malu itu dalam dirimu. Hilangnya malumu itu, maka hilanglah juga sebahagian daripada cabang-cabang iman. Kalaulah cabang ini tidak dipelihara, maka, iman yang tersisa ini makin lama makin rapuh. Maka, apakah lagi yang tersisa untuk kita bekalkan di akhirat sana nanti?

‏عن ‏ ‏أبي هريرة :‏

‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏الإيمان ‏ ‏بضع ‏ ‏وسبعون ‏ ‏شعبة ‏ ‏والحياء ‏ ‏شعبة ‏ ‏من الإيمان


Dari Abu Hurairah ra :
Baginda SAW bersabda: "....Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman..."
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Malu dan Malu Sebahagian dari Iman, no. 50)

Ketahuilah wahai Muslimah, malu itu juga tidak datang melainkan untuk membawa kebaikan buat dirimu, memelihara maruahmu dan menjaga hatimu daripada terhijab oleh rahmat Allah. Malumu akan membuatkan dirimu sedar bahawa kamu sentiasa di bawah pemantauan Allah SWT. Wahai Muslimah, janganlah kamu semua menjual segala kenikmatan akhirat yang dijanjikan Allah dengan sifat malumu menjadi taruhan. Janganlah sesekali menghilangkan sifat ini dari dirimu. Hiasilah malu itu dengan iman dan takwa kepada Allah serta berkejarlah untuk mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Muslimah yang ideal dan sesuai untuk dijadikan isteri adalah Muslimah yang tahu apa itu malu dan berjuang untuk mendapatkannya. Mereka akan berjuang dan mempertahankan sifat malunya daripada dirobohkan oleh apa sahaja yang mendatang. Kalaulah ianya ternoda, maka, lumpuhlah segala keperibadian seorang wanita Muslimah.

‏‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أنه قال ‏ ‏ ‏الحياء لا يأتي إلا بخير


Bahawasanya Baginda SAW berkata : "..Malu itu tidak datang melainkan membawa kepada kebaikan..."
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Malu, no. 53)

Kekaburan demi kekaburan melata dan semakin menjadi-jadi. Segenap sudut tubuh wanita Muslimah kini menjadi bahan eksploitasi majalah, buku-buku hatta iklan-iklan di kaca televisyen masa kini. Aku tidak tahu mengapa para wanita Muslimah ini tidak pula rasa malu untuk berkeadaan sedemikian. Wanita Muslimah yang dulunya di zaman Baginda sangat terjaga akhlak dan malunya kini jauh berbeza dengan apa yang dipaparkan kepada kita masa kini. Beginilah caranya syaitan menebar pesona dunia terhadap wanita-wanita Muslimah kita.

Apakah masih tersisa wanita Muslimah yang jiwanya, hatinya, imannya tercebis sekelumit daripada akhlak dan iman para wanita di sekeliling Rasulullah SAW? Ketahuilah wahai wanita Muslimah, apa yang sangat membimbangkan para lelaki soleh adalah hilangnya malumu dari dirimu yang menyebabkan mereka sangat ragu-ragu untuk menjadikan dirimu sebagai isteri. Wanita yang solehah dan punyai rasa malu lah yang akan menjadi pilihan para lelaki soleh.

Wanita Muslimah kini terlacur dengan pesona dunia sehinggakan mereka lupa bahawa mereka mungkin sebahagian daripada penduduk neraka yang dijanjikan Nabi SAW yang mana majoritinya adalah wanita. Bahkan mereka lupa untuk berusaha menjauhi api neraka. Wahai Muslimah yang dikasihi, tiadalah sesuatu yang lebih berharga melainkan malu mu terhadap Allah untuk melakukan maksiat. Wahai wanita Muslimah, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang terbaik bagi diri kita sedangkan kita tidak pula mengkoreksi diri kita.

Para wanita Muslimah kini mungkin tidak menyedari bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi diri mereka dan memujuk mereka agar meninggalkan sifat malu. Apabila sifat ini tertanggal, maka hilanglah segala sifat fitrah wanita yang sepatutnya ada. Di kala para wanita Palestin melaung-laungkan suara mereka dengan keras menantikan janji Allah kepada mereka, wanita Muslimah kita pula berlembut-lembutan apabila berbicara dengan lelaki atau teman pacarannnya. Apalah lagi yang tersisa untuk kita bawa diri ini di hadapan Allah nanti.

Lihat sahaja betapa teruknya wanita Muslimah kita masa kini. Maruah, malu semuanya dibakulsampahkan. Mengapa harga dirimu dibuat seperti lelongan ayam pencen yang harganya begitu murah untuk dibeli? Mengapa maruah mu dibiarkan diperkosa oleh keduniaan? Apakah tidak boleh engkau mempertahankannya untuk beberapa ketika sahaja di dunia demi kebahagiaan di hari akhiratmu? Inilah wabak yang paling mengerikan dan sangat menjelekkan. Ketahuilah bahawa ancaman Allah amat dekat bagi mereka yang selalu bersikap sedemikian.

Allah taala berfirman :

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلامَعْرُوفًا

"...Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."
(Al Ahzab: 32)

" وَمَعْنَى هَذَا أَنَّهَا تُخَاطِب الْأَجَانِب بِكَلَامٍ لَيْسَ فِيهِ تَرْخِيم أَيْ لَا تُخَاطِب الْمَرْأَة الْأَجَانِب كَمَا تُخَاطِب زَوْجهَا

Al Imam Ibnu Katheer ketika memberikan komentar dalam tafsirnya: “..dan makna dari ayat ini, dia berbicara dengan lelaki-lelaki yang bukan mahramnya tanpa melembutkan suaranya, yakni tidak seperti suaranya ketika berbicara dengan suaminya....”
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/491).

Secebis Harapan Lelaki Soleh Buat Wanita Solehah..


2) Tazkirah Maghrib Oleh Mantan Dakwah Hewi KPIPM ~Muslimah Solehah KPIPM~

15 Mei 2008 ~

MALU

عن ابن عمر رضى الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مَرَّ على رجلٍ مِنَ الأنْصارِ وهو يَعِظُ أَخَاه فى الحَياَءِ فقال رسولُ اللهِ صلّى الله عليه وسلم : (دَعْهُ فإنَّ الحَياءَ مِنَ الإيمَانِ) -متفق عليه-

Maksud hadis ~


Daripada Ibnu radhiallahu `anhuma berkata, sesungguhnya Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam melalui berhampiran seorang lelaki dari kalangan Ansar yang sedang menasihati saudaranya berkenaan sifat malu. Maka lantas sabda Baginda sallallahu `alaihi wasallam : “Biarkanlah dia menasihati saudaranya, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

Apakah yang dimaksudkan dengan malu? Malu adalah satu sifat yang terbina dari dalam diri atau jiwa yang menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang buruk dan keji.

Daripada hadis yang telah disebutkan diatas, terdapat beberapa faedah yang boleh diambil. Antaranya :

1. Sifat malu adalah sifat mahmudah yang amat dituntut didalam Islam sekiranya diletakkan sesuai dengan tempatnya.

2. Sifat ini merupakan salah satu penyempurna iman dan merupakan fitrah bagi semua manusia.

3. Nasihat menasihati antara saudara adalah sangat dituntut dalam Islam


Pembahagian Malu


1. Malu kepada Allah s.w.t.

- Bermaksud meninggalkan segala larangan dan maksiat kepadaNya

2. Malu sesama makhluk

- Bermaksud sentiasa menitikberatkan perasaan, pandangan, budi dan keadaan sesama makhluk

3. Malu kepada diri sendiri

- Bermaksud mampu mengawal diri daripada melakukan perbuatan yang tidak selayaknya bagi diri sendiri


SAHABAT-SAHABAT KPIPM SEKALIAN…


Didalam satu hadis lain, Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

(الحيـاء خير كله) وفى رواية (الحياء كله خير) رواه البخارى

Maksudnya : Perasaan malu adalah baik pada setiap perkara

Dapat difahami dari hadis ini, sifat malu adalah terpuji dalm setiap perkara yang dilakukan. Persoalannya, adakah malu yang negatif turut dikatakan baik? Contohnya malu bertanya, malu bergaul dan sebagainya. Sebenarnya malu hanya dinisbahkan kepada perkara-perkara yang baik sahaja. Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam :

(الحياء لا يأتى الا بخير)

Maksudnya : Malu tidak datang(dipraktikkan) kecuali kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan.

Jelas menunjukkan kepada kita bahawa bukan semua tempat kita perlu meletakkan malu. Akan tetapi hendaklah meletakkannya sesuai dengan keadaan dan tempat. Apabila malu tidak bertempat, bolehlah kita kategorikannya sebagai pengecut dan penyegan. Contohnya malu hendak bersuara, malu menegur perkara-perkara yang hak dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, marilah bersama kita memupuk dan mengamalkan sifat malu ini sesuai dan berpadanan dengan kehendak syara’ tidak kira dimana jua kita berada.

Shattirs: Bagi saya antara sifat-sifat perempuan solehah ialah sifat malu amat menebal didalam dirinya.Bahkan ianya menjadi kemulian dirinya ketika bermuamalah dengan manusia sekitarnya.

Bagaimana pula dengan kenyataan yang mengatakan antara ciri-ciri lelaki soleh ialah sifat cemburu yang menebal didalam dirinya.?Bagi saya kenyataan itu amat tepat,tetapi pastikan sifat cemburu itu kena pada tempatnya.

Apa kata Us Azhar Idrus? kita saksikan..



Brought to you by : shattirs

17 comments:

Hanisah Ishak M.D said...

wajiblah entry ni dibaca berulang2 kali.

untuk peringatan diri ini yang sering terleka.

syukran.

Unknown said...

yea,btul 2..:)
afwan.
saling ingat mengingati amalan mulia..ws

humaira' said...

entry yang penuh pengisian yang berguna untuk kami kaum Hawa..syukran..

alfatonah said...

slm ukhwah us

Unknown said...

to humaira: afwan,insyaAllah.mudah2-an bermanfaat untuk brsama.amin

Unknown said...

to al-fatonah: salam ukhwah juga.

Balqis said...

Salam perkenalan,

Ooooo.... cemburu itu sifatnya lelaki. Baru kali ini saya fahami. Ya, malu itu sifat yang harus ada bagi sebaik-baik wanita. Terima kasih kerana berkongsi artikel ini! Syukran.

Abiey69 said...

Izinkan abiey menggunakan n3 ini untuk digunakan sebagai tazkirah untuk anak2 murid abiey.
Harap banyakkan tazkiran mengenai dengan akhlak dan personaliti remaja masa kini bolehkan...

Unknown said...

To Balqis: Afwan..
sykrn ziarah blog shattirs..

Unknown said...

to Abiey69 :

ya Abiey,silakan..moga bermanfaat untuk brsama. :)

khaulah al-azwar said...

Salam perjuagan dibumi ambya.. moga hdp diberkati ALLAH dgn mendpt rhmtnya.. ILmu yg diberkati dgn mengamalkannya dgn ILMu yg ada dpt sebarkan dkwh ini.. sghnya ILMu itu cahaya ALLAH, jika tidak buat perkara lagha maka ilmu diberkati ALLAH..MALU.. ana tertarik dgn perkongsian tersebut.. izinkan ana ambil sdkt ilmu tersebut utk di sebarkan pd keluarga & shbt2..halalkan ilmu ana ye.. syukran.. teruskan dakwah walpun dimana kita berada.ISLAM hrs ditegakkan.. SELAMAT BERJUANG AKHIE.

khaulah al-azwar said...

Salam perjuagan dibumi ambya.. moga hdp diberkati ALLAH dgn mendpt rhmtnya.. ILmu yg diberkati dgn mengamalkannya dgn ILMu yg ada dpt sebarkan dkwh ini.. sghnya ILMu itu cahaya ALLAH, jika tidak buat perkara lagha maka ilmu diberkati ALLAH..MALU.. ana tertarik dgn perkongsian tersebut.. izinkan ana ambil sdkt ilmu tersebut utk di sebarkan pd keluarga & shbt2..halalkan ilmu ana ye.. syukran.. teruskan dakwah walpun dimana kita berada.ISLAM hrs ditegakkan.. SELAMAT BERJUANG AKHIE.

Unknown said...

to khaulah al-azwar:

syukran atas ziarah.salam perjuangan ISLAM..

ws

Ayu Zan said...

entry ini bnar2 memberi peringatan kepada saya..

sbgai peringatan buat diri yg selalu alpa...

terima kasih ustaz...

Ayu Zan said...

izinkan saya mengambil sedikit ilmu dari entry ini..?

Unknown said...

To ayu : sykrn dgn ziarah..yea,silakan..mdh2-an bermanfaat untuk bersama.

Unknown said...

sykrn dgn semua pengunjung yang ziarah blog shattirs..doakan sy di bumi Mesir. :-)