Thursday, April 23, 2009
Ziarah MAKAM sekitar KAHERAH
::Di hadapan makam Imam As-Syafie::
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
::Bersama rakan-rakan::
~ INFO BERITA EDPMT.ORG~
17 April - Seramai lebih 100 orang ahli DPMT telah mengikuti jaulah makam sekitar Kaherah anjuran Unit Sambutan dan Rehlah (USR). Peserta yang mengikuti jaulah tersebut terdiri daripada mahasiswa pengajian Islam, pengajian Qiraat dan Perubatan. Rombongan peserta bertolak dari Tanta jam 6:30 pagi dengan menaiki 8 buah tremko.
Menurut pengarah jaulah Ustaz Mohd Ridzuan Bin Othman, pendaftaran perserta terpaksa ditutup awal disebabkan tempat yang disediakan telah pun penuh dan mengatakan bahawa jaulah pada tahun ini benar-benar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli. Jaulah makam yang menjadi kelaziman diadakan, merupakan salah satu ikhtiar untuk memperoleh keberkatan hidup dan bantuan Allah SWT dalam mengahadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Bersama jaulah tersebut, perserta disediakan risalah yang berbentuk pamplet dan buku panduan ziarah makam yang memberi maklumat mengenai jaulah yang diadakan. Pamplet yang disediakan oleh USR menerangkan biodata secara ringkas para sahabat, wali dan ulama yang dimakamkan di sekitar Kaherah. Manakala buku panduan ziarah makam pula memberi penerangan kepada ahli mengenai adab, doa dan hukum bertawassul kepada orang-orang soleh. Buku tersebut disediakn oleh Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI). Para peserta jaulah telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Hassan dan melaksanakan solat jama' taqdim dan berehat makan tengahari di sana.
Antara makam yang diziarahi adalah yang berada di kawasan sekitar bandar Kaherah Lama, Masjid Sayyidah Ruqayyah dan kawasan Bukit Muqattam. Makam-makam yang diziarahi antaranya makam Sayyidah Ruqayyah, Sayyidah Zubaidah, Sayyidah 'Aisyah, Imam Ibnu Sirin, Ibnu Hisyam, Imam Sayfi'e, Imam Waqi', Imam Suyuti, Syeikh Syarqawi, Imam 'Ataillah as-Sakandari, makam keluarga al-Wafa'i dan lain-lain. Ustaz Suhaimi dan Ustaz Aizuddin daripada Kaherah telah menjadi musyrif sepanjang perjalanan ziarah tersebut.
Antara yang mencuri perhatian para peserta jaulah ialah jam matahari yang terdapat di dalam perkarangan Masjid al-Wafa'i di Bukit Muqattam. Jam yang berbentuk segi empat sama itu dibentuk di dinding perkarangan Masjid al-Wafa'i. Pada jam tersebut terdapat jalur dan garisan daripada hujung sudut sebelah kanan atas sehingga ke seluruh sisi jam tersebut.
Jaulah pada hari tersebut berakhir di Masjid al-Wafa'i pada jam 9:00 malam. Ramai peserta menyatakan kepuasan dengan jaulah yang telah diadakan ini. "Jaulah kali ini, ana rasa benar-benar puas dan mendapat 'zuq' para sahabat, wali dan ulama" kata salah seorang peserta.
Shattirs : Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil iktibar perjalanan wali-wali Allah dan ulamak zaman silam yang telah banyak menyumbang bakti mahupun buah fikiran untuk kemaslahatan ummah Islam itu sendiri.
Shattirs : Ada kawan tanya,radio apa yang saya selalu dengari tikamana ber-online.Yang pertama Nasyidfm.net dan BBC ARABIC.Berdasarkan matlamat yang dirancang ketika mula menjejak kaki di bumi Mesir,saya akan pastikan apabila pulang setelah tamat belajar Ijazah Syariah & Undang-Undang Al-Azhar(walaupun menuntut ilmu tiada penamatnya),saya akan pastikan saya boleh bertutur didalam bahasa arab seperti orang arab dan bertutur bahasa Inggeris seperti orang Inggeris,dan semestinya bertutur didalam bahasa melayu seperti orang melayu(macam mana tu? :)
Tanta Scan,TANTA.
Mesir.9.00 a.m
Brought to you by : shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment