Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, May 23, 2009

Hukum SAFAR Wanita tanpa Mahram ~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

SUMBER: LAMAN BLOG SALMAN MASKURI ~


Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.

Ia mempunyai 3 keadaan.

Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.

Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.

Kenyataan Ulama:

Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":

Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.

Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.

Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:

Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."

Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:

"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."

Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:

"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."

Dalil kewajipan:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)

Nabi saw bersabda:

أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين

"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud

Keadaan yang kedua: Safar wanita untuk haji yang wajib.

Pendapat yang dipilih: Harus bermusafir dengan teman-teman wanita yang dipercaya.

Ini pendapat Mazhab Syafie, Maliki, Aisyah, Ato, Sa'id bin Jubair, ibnu Sirrin , Auza'ie dan mazhab az- zahiri.

Imam Nawawi berkata:

"Syarat wanita yang hendak menunaikan haji yang wajib hendaklah bersama suami, mahram atau sekumpulan wanita yang dipercayai."

Dalil pendapat ini:

Nabi saw bersabda kepada Udai bin Hatim:

فإن طالت بك الحياة لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدا إلا الله

"Sekiranya engkau panjang umur, nescaya engkau akan lihat seorang wanita akan bermusafir dari Hirah ke Makkah untuk melakukan tawaf di ka'bah tanpa sebarang perasaan takut melainkan kepada Allah." (Hr Bukhari- sahih)


Keadaan yang ketiga; Wanita musafir untuk safar yang sunat seperti ziarah, perniagaan atau tugasan ilmu.

Hukum: Ia terdapat perselisihan pendapat. Pendapat yang dipilih adalah harus dalam keadaan ini apbila bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

Ini adalah pendapat sebahgian ulama Maliki dan Syafie.

Dalam kitab "Mawahibul Jalil" karangan al-Khattab seorang ulama Maliki menyebut:

"Apabila wanita bersama sekumpulan wanita yang dipercayai yang mempuyai bilangan atau kelengkapan yang dianggap selamat maka tidak ada khilaf tentang pengharusan safarnya tanpa mahram dalam semua jenis musafir, samada yang wajib, sunat atau yang harus." (terjemahan ringkas)

Dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi:

Cabang: Adakah harus wanita bermusafir bagi haji yg sunat, safar ziarah, perniagaan atau seumpamanya bersama sekumpulan wanita yang dipercayai atau seorang wanita yang dipercayai? ULama syafie ada dua pendapat. Ada yg membenarkan dan ada yang tidak membenarkan."

Dalil:

Dalil yang sama yang digunakan pada keadaan yang kedua.

Ini adalah ringkasan terjemahan dari kajian seorang pengkaji bahagian syariah Pusat Fatwa mesir. Kajian ini diakui oleh Prof Dr Abdullah Rabie, Prof Usul Fekah Universiti Al-Azhar.

Pendpat juga dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi dalam kitab Halal haramdan Muhaddis syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kattani(sperti yg sy tanya kepada beliau).

Perhatian: Bagi keadaan kedua dan ketiga ada khilaf yang kuat. Kebanyakan ulama tidak membenarkan safar bagi keadaan ketiga.Oleh itu kita kena berlapang dada untuk berpegang mana-mana pendapat dan tidak memaksa orang lain berpegang pendapat kita.

kesimpulan: Para fuqaha bersepakat bahwa tidak boleh berseorangan tanpa mahram, suami atau wanita yang dipercayai. Nabi saw bersabda:

لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا مع ذي محرم

"Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sehari semalam melainkan dengan mahramnya." (Hr Ahmad - sahih)

Oleh itu jangan wanita itu bermusafir bersendirian tanpa suami, mahram atau wanita yg dipercayai. Ia menyebabkan berlaku pelbagai jenayah dan fitnah.


Rujukan: Dar-alifta.org dan Sofwatul Ahadith as-Syarifah oleh Dr Abdul Qadir.



MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA !!


Shattirs :Makluman untuk semua Azhari/ah mahupun pelajar Perubatan ke bumi Mesir,insyaAllah pihak PISANG (NGO Darussyifa')akan sekali lagi hadir di Ardul Kinanah ini untuk mengadakan program berbentuk pengisian mahasiswa/wi dan kursus siri 2 Perubatan ISLAM.

Oleh itu,jangan lepaskan peluang untuk hadir ke majlis mahupun program tersebut.Disini saya sertakan sedikit maklumat kertas kerja tersebut yang telah diberi oleh Us Trimizi Zainal Al-Hafiz (Wakil NGO PISANG UK)kepada saya selaku wakil pelajar di Mesir.



PROGRAM: PERANAN DAN CABARAN MAHASISWA ISLAM MERENTASI ARUS GLOBALISASI

TEMA : MAHASISWA ISLAM PEMANGKIN GENERASI KHAIRA UMMAH



TARIKH : 11 JULAI 2009/18 REJAB 1430 H


TEMPAT: RUMAH KUALA LUMPUR KAHERAH, MESIR



ANJURAN:

PERSATUAN MASYARAKAT MELAYU UNITED KINGDOM
(MELAYU UK)

PROFESSIONAL ISLAMIC SUPPORT AND NURTURE GROUP (PISANG)

DENGAN KERJASAMA:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JABATAN PENUNTUT PELAJAR MALAYSIA KAHERAH (JPMK) MESIR


1.0 Muqaddimah

Dewasa kini umat Islam menghadapi cabaran begitu besar dalam dunia globalisasi yang semakin menghampiri ke penghujungnya. Penindasan, peperangan, kekejaman,
kezaliman dan kemusnahan yang berlaku ke atas umat Islam, sudah tentu didalangi musuh-musuh Islam yang tidak mahu melihat kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia. Gerakan dan usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam semakin hari semakin hebat tanpa menafikan, segala punca yang berlaku adalah kerana kelesuan dan kelemahan umat Islam sendiri.

Golongan mahasiswa Islam merupakan aset utama yang menjadi tunggak perjuangan bagi mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicapai suatu ketika dahulu. Golongan mahasiswa juga berperanan sebagai penggerak dalam masyarakat yang sentiasa dalam kealpaan dan tidak sedar akan segala apa yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sehubungan itu, Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom (UK) dan Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) telah bercadang untuk menganjurkan program yang bertemakan “Mahasiswa Islam Pemangkin Generasi Khaira Ummah’’ dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) Mesir. Program ini adalah julung kalinya diadakan bagi mendedahkan kepada mahasiswa tentang cabaran dan metodologi dakwah di peringkat dunia untuk bersama menggorak langkah mengembalikan generasi khaira ummah yang mampu bersuara dan berbicara mengenai persoalan dan isu-isu di peringkat antarabangsa. Program ini juga dapat menyedarkan kepada mahasiswa betapa pendekatan ini juga mampu membawa dunia Islam lebih maju kehadapan dan pandangan sempit dunia bukan Islam terhadap Islam dapat dipadamkan daripada kacamata dunia. Semoga usaha yang dilakukan akan menjadikan mahasiswa lebih bersedia memacu kepimpinan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.


2.0 Objektif

2.1. Mendedahkan kepada mahasiswa mengenai peranan dan cabaran menghadapi
persoalan dan isu-isu antarabangsa

2.2. Menjalin dan membina ukhuwah dikalangan mahasiswa.

2.3 Menyedarkan betapa penting ilmu-ilmu Islam yang tidak
memisahkan antara duniawi dan ukhrawi.

2.4. Memberi peluang kepada mahasiswa bertukar-tukar pendapat dan pandangan

2.5. Membina jaringan dakwah dikalangan mahasiswa yang kaya dengan ilmu dan
pengalaman.

2.6 Memberi pendedahan mengenai metodologi dakwah di peringkat antarabangsa

2.7. Menyatu dan membangunkan semula kekuatan mahasiswa yang sekian lama
beku dan lesu

3.0 Tema

“Mahasiswa Islam Pemangkin Generasi Khaira Ummah”

4.0 Anjuran

Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom (Melayu UK)

Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)

5.0 Kerjasama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) Mesir


6.0 Tarikh

11 JULAI 2009/18 REJAB 1430 H



7.0 Tempat


Rumah Kuala Lumpur Kaherah, Mesir


8.0 Sasaran Peserta

200 orang


9.0 Modus Operandi

Dalam merangka dan menjalankan program ini, kami telah merancang satu modus operandi yang sistematik supaya segala strategi dan matlamat program tercapai. Modus operandi ini terbahagi kepada dua tahap. Tahap-tahap itu ialah:

9.1 Menjaring hubungan awal

Adalah menjadi prasyarat utama mana-mana program untuk menjalinkan hubungan awal diantara tempat asal dan destinasi. Program ini juga akan memastikan setiap keperluan utama seperti tempat menginap, pengesahan dokumen-dokemen sah perjalanan, pengurusan bantuan kewangan dan lain-lain. Oleh itu, Program ini akan memohon kerjasama organisasi-organisasi berikut untuk memastikan matlamat program tercapai:


• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Mesir
Persatuan Masyarakat Melayu UK
Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)


9.2. Pembiayaan Program

Program seumpama ini memerlukan biaya kewangan yang besar. Oleh demikian, beberapa usaha akan dilancarkan bagi megumpul dana. Maka sokongan dan tajaan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Baitulmal dan mana-mana badan serta individu yang berkemampuan adalah sangat diperlukan dan dihargai.


10.0 Tentatif Program

10.1 Khamis (22 Jun 2009)/28 Jamadilakhir 1430 H

Mohd Trimizi b Zainal Timb. Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) tiba di Kaherah

10.2 Ahad (28 Jun 2009)/5 Rejab 1430 H

Kuliah Perubatan Islam bertajuk ‘‘Gangguan Makhluk Halus, Sihir dan Penyakit Menurut al-Quran dan as-Sunnah’’ di Iskandariah


10.3 Isnin (29 Jun 2009)/6 Rejab 1430 H

3 orang delegasi dari London tiba di Kaherah


10.4 Selasa (30 Jun 2009)/7 Rejab 1430 H

Pertemuan dan perbincangan dua hala antara PISANG UK dan PISANG Mesir untuk projek jangka masa pendek dan jangka masa panjang di Mesir


10.5 Rabu (1 Julai 2009)/8 Rejab 1430 H-Selasa (7 Julai 2009)/14 Rejab 1430 H

Kuliah Perubatan Islam siri 1 di rumah Kuala Lumpur Kaherah, Mesir bersama Mohd Trimizi b Zainal Deputy Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) jam 8mlm-10mlm

Kuliah Perubatan Islam siri 2 di rumah Selangor Kaherah, Mesir bersama Mohd Trimizi b Zainal Deputy Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) dan Hamidi Abd Rahman Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) jam 9pagi-11.30pagi

Khamis (2 Julai 2009)/9 Rejab 1430 H

Program Dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Confronting Islamophobia . Program bersama Sarah Hamidi dan Qurrotu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, Mesir.

Sabtu (4 Julai 2009)/11 Rejab 1430 H

Program Dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Eradicating Prejudice Towards Islam : Making Ourselves Heard. Program bersama Sarah Hamidi dan Qurrotu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Rumah Selangor Kaherah, Mesir.


Ahad (5 Julai 2009)/12 Rejab 1430 H

Program Dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Criticism on Islam: Freedom of Speech or Freedom to Insult?. Program bersama Sarah Hamidi dan Qurrotu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Rumah Kuala Lumpur Kaherah, Mesir

10.6 Khamis (9 Julai 2009)/16 Rejab 1430 H

Bertolak dari Kaherah ke Iskandariah, lawatan ke Maktabah Alexandria dan Universiti al-Azhar cawangan Iskandariah, Mesir

10.7 Jumaat (10 Julai 2009)/17 Rejab 1430 H

Program dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Women and Society: Agents for Change. Program bersama Sarah Hamidi dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Iskandariah, Mesir

10.8 Sabtu (11 Julai 2009)/18 Rejab 1430 H

Forum

9.00 a.m : Ucapan Aluan Pengerusi

9.10 a.m : Ucaptama dari H.E Datuk Zainal Abdin Ab Kadir
Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Mesir

10.00 am : Wacana Pertama:

Pengerusi:
Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman
Education Attache Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)
Mesir

Panel 1:

Y. Bhg Ustaz Abd Halid bin Sintol
(Pengarah Dakwah JAKIM)

Panel 2:

Mohd Trimizi b Zainal
Deputy Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)

Panel 3:

Hamidi b Abd Rahman
Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)&Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom



``Peranan dan Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi``

12.00 pm : Soal Jawab

1.00 pm : Makan tengahari & Solat Zohor

2.00pm : Wacana Kedua:


Pengerusi:
Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman
Education Attache Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)
Mesir

Panel 1:

Y. Bhg Ustaz Abd Halid bin Sintol
(Pengarah Dakwah JAKIM)


Panel 2:

Sarah Hamidi
Counsellor Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)

Panel 3:

Hamidi b Abd Rahman
Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)&Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom


”Menghadapi Cabaran Kemodenan dan Isu Semasa : Peranan Dan Gelombang Suara Mahasiswa di Kacamata Dunia”

4.00p.m : Sesi soal Jawab

5.00p.m : Bersurai


10.9 Ahad (12 Julai 2009)/19 Rejab 1430 H

Program ramah mesra Y.Bhg Ustaz Halid bin Sintol Pengarah Dakwah JAKIM dan Hamidi bin Abd Rahman Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) bersama pegawai kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Perbincangan mengenai penubuhan PISANG Mesir dan perancangan program tahun 2010 bersama Y.B.’ Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Haji Jamil Khair bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah JAKIM, Prof Dato Dr.Haron Din Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa’ dan Penasihat Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) bersama 2 orang tenaga pengajar Darussyifa’ dan Dato Ismail Kamus Penasihat Persatuan Perubatan Islam Malaysia Darussalam

10.10 Isnin (13 Julai 2009)/20 Rejab 1430 H

Program ramah mesra Y.Bhg Ustaz Halid bin Sintol Pengarah Dakwah JAKIM dan Hamidi bin Abd Rahman Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) bersama mahasiswa di Rumah Selangor jam 9pagi-11pagi dan pertemuan bersama PISANG Mesir di Rumah Johor jam 8mlm-10mlm


10.11 Selasa (14 Julai 2009)/21 Rejab 1430 H

Y.Bhg Ustaz Halid bin Sintol Pengarah Dakwah JAKIM dan Mohd Trimizi b Zainal Timb. Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) pulang ke Malaysia


10.12 Rabu (15 Julai 2009)/22 Rejab 1430 H

3 orang Deligasi PISANG UK melawat Kaherah (Masjid al-Azhar,Universiti al-Azhar Piramid dan Giza)

10.13 Khamis (16 Julai 2009)/23 Rejab 1430 H

3 orang deligasi PISANG UK pulang ke London


11.0 Jawatankuasa

Penaung : H.E Datuk Zainal Abdin Ab Kadir
(Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Mesir)

Penasihat I : Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman
(Education Attache Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)
Mesir)

Penasihat II : Ustaz Hj. Abd Halim bin Hj Saljadi
(Pegawai Rumah Selangor Kaherah Mesir)


Penyelaras : Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)
Mesir


Video Khas shattirs

Sheikh Salah Budair-->IMAM Masjid Nabawi,Madinah ~




Brought to you by : shattirs

No comments: