Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, June 7, 2009

Perkongsian Pintar Shattirs



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs
: 1) Alhamdulillah,dapat juga menulis entri yang terbaru setelah tamat minggu peperiksaan.Mudah-mudahan semua Mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar dan diseluruh dunia dikurniakan kejayaan didunia dan diakhirat.Amin

2) Untuk kali ini,hanya ingin berkongsi bersama pembaca blog shattirs beberapa artikel ilmiah.Moga-moga ada manfaat untuk bersama.

[[1) Petua kehidupan]]

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan ~

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh – Surah Al Baqarah – Ayat 102
Anak2 pandai belajar – Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
Anak2 lembut hati/elak panas baran – Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah – Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain – Surah Toha – Ayat 39 – mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding – Ayat akhir surah At Taubah
Bagi anak2 yg suka keluar malam – Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah – Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air, dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah ~


* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA’LLAH
* * ALHAMDULI’LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA’LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU’LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA’EEN



[[ 2)Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
]]

Untuk Renungan Bersama ~


Assalamu’alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

‘Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka’.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, ‘Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.’


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, ‘Driver bas ni dah mampus agaknya.’ Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata ‘Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.’
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata, ‘Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,’Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak’
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
'Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?'.[Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, ‘Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak’, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).’ Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita’

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, ‘Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya’.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.’ Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
‘Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.’

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

‘ SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW’


[[ 3)Cium anak pun boleh dapat pahala ]]

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke
dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”

Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”



[[ 4)BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & SELEPAS JUNUB ]]

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w
jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.
Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk
dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan
boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka,
boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak
or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit
yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan
sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara
ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.


[[ 5)Kecantikan lelaki dan kegagahan perempuan]]

Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun.”

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wallahualam.'

Tanta Scan.TANTA
11.30 p.m
MESIR

Brought to you by : shattirs

1 comment:

f_24434 said...

Salam ziarah dari ana..
post yg menarik.. :)