Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, June 29, 2009

Cahaya Hati Wanita Solehah



Cahaya Pemikiran ?


“Maafkan abang. Abang sedar, abang tidak bisa memberi kebahagian kepada keluarga kita. Abang menyesal tidak pernah panjang akal dahulu sebelum bertindak”

“Janji-janji yang pernah abang taburkan dahulu tidak pernah kesampaian walaupun abang dah cuba sedaya upaya. Apakah sayang masih juga ingin menghukum abang?” Tangis si suami bila sahaja si isteri tidak habis meleter. Muka si isteri masih masam tanpa ada sedikit rasa belas kasihan.

“Abang tahu, abang pernah memberi harapan. Tetapi harapan yang didambakan itu tidak pula kunjung tiba, bahkan kesengsaraan pula yang mengiringi bahtera ini. Berilah abang peluang buat kali seterusnya” Pujuk si suami dengan penuh harapan, tiada jalan lain yang difikirkan untuk menyelamatkan rumahtangga mereka melainkan meredakan api amarah membara si isteri.

Namun si isteri juga tetap bermasam muka, tidak bercakap sepatah.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidaksempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama insha-Allah adalah sebahagian dari definisi sempurna itu. Tiada apa yang pasti dalam dunia ini. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

Namun, apa yang penting ialah niat perkahwinan serta matlamat yang jelas akan memudahkan kembara di alam ini. Sekiranya ianya dapat diatur dan dirancang dengan baik, cabaran mendatang bakal dihadapi bersama dengan tabah dan berhikmah.

Sukar untuk difahami bagi orang yang tidak berada di posisi seperti mereka yang mengalami proses retak menanti belah. Teramat banyak persoalan yang tersepuk kenapa pasangan akhirnya rebah dipertengahan jalan. Kenapa jalan itu juga dipilih.

Teramat sukar untuk dijelaskan. Teramat sukar untuk menjelaskan.

Apa yang kita impikan kepada pasangan tidak menjadi realiti. Telah diberi petunjuk, harapan, sokongan namun pasangan masih tidak cuba berusaha. Bila berkongsi konflik peribadi ini dengan orang lain, mereka berkata:

“Bertolak ansurlah..”

Ibarat seperti ketagihan seseorang dalam sesuatu hobi. Dia tidak akan mengubah tabiat itu biarpun orang lain mengutuk kerana itu tabiatnya yang tidak menyusahkan dirinya dan orang lain.

Pakar kaunseling belum tentu dapat merubahkan keadaan melainkan diri sendiri mahu berubah.

Redha Kekurangan Pasangan ~

Pakar kaunseling tidak bertugas untuk menyelesaikan masalah orang lain. Pakar kaunseling hanya bertugas menyusun fikiran orang yang bermasalah agar dapat diselesaikan satu persatu.

Berdasarkan pemerhatian penulis banyak masalah dalam dunia ini terjadi kerana masalah komunikasi. Tidak berterus-terang, tiada perbincangan, suka buat sangkaan dan tidak merendahkan ego.

Bukanlah penulis hendak menidakkan ego 100%, tapi dengan merendahkan ego kita jadi berani untuk berkata benar, jujur mengakui kesalahan, kekurangan dan kesilapan diri. Perbincangan menjadi lebih mudah dan telus. Penulis ada terbaca dalam satu laman website motivasi. Kata penulis website tersebut:

“If we want to gain others trust, let we be transparent”


Dan teramatlah penting untuk sentiasa muhasabah diri.

Kita semestinya sudah begitu kecewa menatap konflik yang melanda dunia artis di dada-dada akhbar dan majalah mengenai masalah rumahtangga. Kesan yang tertimpa sudah pasti anak-anak. Tidak hairanlah jika gejala sosial semakin menjadi-jadi, pegangan agama rapuh. Manakala masyarakat pula suka judgement, cepat sahaja menghukum. Seharusnya mendekati mereka dan cuba memahami perasaan mereka.

Alam perkahwinan tidak semudah yang disangka oleh pasangan yang bercinta, dan tidak selalunya indah melainkan kedua-kedua pasangan itu kembali kepada Allah Taala dalam apa jua keadaan. Bila kembali kepada yang hak, nikmat kesenangan tiada tandingnya.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” el Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik.

Adakala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata. Hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain melainkan dengan niat untuk dijadikan contoh tauladan yang baik.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Ingatlah, bila sahaja lafaz:

“Aku terima nikahnya”

dialah insan yang terbaik untuk diri kita. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Kadang-kadang apabila syaitan dah merasuk di dalam diri macam-macamlah tindak tanduk tidak relevan hingga kita tidak sedar apa yang terlafaz, terbuat atau terlintas di hati. Bagi para isteri, ingatlah bergegar Arasy Allah sekiranya anda meminta apa yang hanya dimiliki oleh para suami (minta berpisah). Kehidupan selepas itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Selagi ada jalan berusahalah yang terbaik.

Muhasabah Rumahtangga ~


Koreksi diri, adalah penting setiap pasangan koreksi diri dari masa ke semasa. Tidak bermakna selepas 10 tahun perkahwinan aktiviti ini tidak relevan lagi bahkan makin bertambah usia perkahwinan itu, lagi penting dan kritikalnya proses muhasabah ini.

Proses perbincangan tidak memilih usia perkahwinan. Harus dimulakan dari awal agar tidaklah pula kekok di kemudian hari. Proses perbincangan harus dilakukan bersama supaya ada input, tindak balas dan jawapan bagi setiap persoalan pasangan. Suasana yang bersuaian dan rileks amat penting. Tidak perlu tunggu bercuti baru nak buat refleksi.

Waktu driving, sebelum tidur dan waktu santai yang lain malah mana-mana waktu yang bersesuaian. Bahasa yang lembut dan tidak meninggi diri sepatutnya digunakan kepada pasangan. Jika perbincangan telah dimulakan dengan pergaduhan, cuba untuk membawanya ke arah yang lebih positif dengan membezakan antara Marah dan Benci.

Para suami harus pandai memujuk, bukan mengamuk kepada isteri. Manakala si isteri juga harus pandai memujuk suami, bukan kuat merajuk. Diam tidak akan membawa apa-apa. Putus asa jangan. Tutup segala ruang untuk berubah dan mengubah.

Kenapa perlu mengembalikan cinta? Tidak kira apa status atau keadaan kita, tetapi penulis merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Rumahtangga yang bahagia kena berusaha untuk suburkan bahagia, bukan sehari dua, tetapi sentiasa hingga akhir hayat kita dan pasangan. Kalau si isteri bersuamikan yang tidak bijak kendalikan rumahtangga, maka si isteri kena beri tunjuk ajar bukan queen control. Begitu juga sebelah pihak si suami.

Begitu berat rasanya saban hari menanti siapakah dia yang dijanjikan untuk menemani diri ini. Takut untuk menghadapi hari esok yang tidak pasti apa yang akan berlaku. Mungkinkah diuji dengan kesusahan dan pengorbanan dalam kenikmatan seperti Saidatina Khadijah? Atau diuji dengan kesusahan dan kezaliman seperti Asiah?

Jentik Hati Tanya Iman!



Shattirs
: Siapa lagi boleh memujuk hati kalau bukan diri sendiri.Hati bagaikan emas mutiara yang amat bernilai,Oleh itu jagalah hati dan jangan rosakkan hati anda dan hati orang lain dengan kata-kata yang tajam walaupun selepas mengunakan daya pemikiran yang semaksima mungkin.

Bagi saya ikatan antara Cahaya Hati dan Cahaya Pemikiran dalam kehidupan seharian amat kuat.Oleh itu,sinarilah hati anda dengan Cahaya Bulan yang bersinar akhirnya.
Jangan biarkan cahaya itu malap tidak diterangi bahkan membiarkan mahupun melepaskan peluang untuk melihat hati bercahaya bukanlah sesuatu yang terjadi selalu.Oleh itu,fikir-fikirkanlah wahai pemilik HATI ~~

Tanta Scan,TANTA
Mesir.5.10 p.m


Brought to you by : Shattirs

Saturday, June 20, 2009

Kerajaan Perpaduan?



:: Presiden PAS::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Shattirs :Mutakhir ini idea penubuhan Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) kerap menghiasi dada akhbar mahupun televisyen baik dipihak kerajaan mahupun pembangkang.Idea yang dimulakan oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang telah mendapat liputan yang menyeluruh dan komen yang membina baik dari rakan,musuh politik mahupun mereka yang bukan ahlinya.

Acapkali jika sesuatu isu dimulakan oleh pihak yang benar,maka pihak sebaliknya akan mengambil kesempatan,begitulah yang berlaku seterusnya.Mudah-mudahan sebagai ahli gerakan Islam yang masih baru belajar,semestinya saya mengharapkan isu Kerajaan Perpaduan ini akan menemui jalan penyelesainya dan tidak akan berlaku usaha untuk melihat usaha pihak-pihak tertentu didalam Kerajaan mahupun pembangkang yang ingin mengambil kesempatan.

Oleh itu,sebagai ahli gerakan Islam (Parti PAS)seharusnyalah kita mengambil langkah wala' pada pimpinan selagi tidak melanggar batas syara' perjuangan mengikut Al-Quran & as-Sunnah.Sentiasalah berlapang dada dan sudi menjadi pendengar mahupun pengkritik yang baik iaitu secara berhikmah dan terkawal.

Atas kesempatan ini,saya ingin mengajak sidang pembaca blog shattirs untuk membaca dan meneliti hasil tulisan Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Ab. Latif : Pengarah, Pusat Penyelidikan PAS Pusat berkaitan isu kerajaan perpaduan ini:

Pengenalan ~

Sejak Tuan Guru Presiden memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/Bn.
Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/Bn kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/Bn telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Trengganu .

Tuan Guru Nik Abd.Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abd. Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan. Umno menyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abd.Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sadaqah kepada Kerajaan Pusat. Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah. Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting.

Keengganan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya. Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am. Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan.

Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti. Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.



Takrifan dan Latar Belakang Sejarah ~

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai “ satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik ( atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara” .

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri. Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan.

Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang. Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922. Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara. Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.
Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU).

Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik. Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.
Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet. Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan “kerajaan perpaduan” sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka . Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini.

Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima. Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan Ke Arah Pencapaian ~

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman. Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea.
Tidak lebih dari ini. Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip ‘perwakilan berkadar’ (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan. Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan ‘kerajaan perpaduan’?

Halangan keempat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS ~

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition. Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional. Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip ‘pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif’. Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas .

Kesimpulan ~

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan “kerajaan perpaduan” memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai Model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia. Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik Kerajaan Perpaduan.



Shattirs
: Setelah melihat ahli-ahli PAS diseluruh Malaysia seakan-akan tertanya-tanya mengenai pergolakan mahupun isu Kerajaan Perpaduan ini,maka PAS melalui Ketua Penerangan PAS PUSAT telah mengeluarkan kenyataan segera :

~ Ahli PAS Perlu Bertenang ~

SUMBER : Harakahdaily ~

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada “qarun-qarun” yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: “Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu.” Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berjamaah itu rahmat.”
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara’

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi.Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.


Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat


Berakhir?



Shattirs : Alhamdulillah,Us Idris Ahmad ada kaitan dengan keluarga bakal orang umah saya.Mudah-mudahan 2 keluarga 1 fikrah akan membentuk 1 Kesatuan Fikrah yang jitu,insyaAllah.

Perjuangan ISLAM untuk semua ~

Al-Fatihah untuk Pejuang Gerakan ISLAM ..us Fathi Yakan yang telah kembali kerahmatullah,moga rohnya dicucuri rahmat ilahi.Amin ~


~ shoutbox blog shattirs sudah kembali semula ~ SEMBANG SHATTIRS ^_^

Tanta Scan,MESIR
13.30 p.m


Brought to you by : shattirs

Cuti Musim Panas sudah Bermula



::Universiti Al-Azhar.Mesir ::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs : Alhamdulillah,nampaknya usai imtihan sudah pun berakhir,mudah-mudahan natijah yang terbaik untuk semua Mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar untuk sesi 2008/2009 ini.

Sejak Us Nasruddin Tantawi add blog shattirs dalam blog perjuangan beliau ,blog shattirs sudah dikenali mahupun kerap dikunjungi pengunjung dari seantero dunia.

Melalui email saya yang diletakkan didalam ruangan kenali SHATTIRS.Saya banyak menerima ulasan mahupun perkongsian dari teman-teman blogger dari seantero dunia.Kesimpulan dari email pembaca tersebut inginkan supaya blog shattirs diupdate selalu.InsyaAllah jika diizinkan Allah dan saya diberikan masa untuk mengupdate blog shattirs ini sekerap yang boleh.

Setelah imtihan berakhir untuk sementara sebelum keputusan akan diketahui kelak,semestinya banyak perancangan yang telah dan akan diatur untuk cuti musim panas pada tahun ini.Walaubagaimanpun, saya menolak untuk pulang ke Malaysia pada awal bulan 7 ini disebabkan keluarga tercinta akan datang ke bumi Ardul Kinanah ini pada bulan 11 dan selewat-lewatnya bulan 12.

Berbalik kepada tajuk entri shattirs pada kali ini,sekarang kita sudah berada didalam fatrah musim panas di bumi Mesir.Jadi,apakah perancangan sahabat mahupun sahabiah untuk diri,semestinya perancangan yang dirancang mestilah ada punya nilai tambah yang baik mahupun untuk kebaikan diri dan masyarakat,sambil tidak melupakan perjuangan dan sumbangan untuk ummah mahupun agama ISLAM.

Tahun ini juga ramai yang mahu mengunakan peluang cuti yang panjang ini untuk pulang ke tanah air tercinta.Mudaah-mudahan perjalanan selamat pulang dan kembali semula ke Ardul Kinanah ini untuk terus menggali mutiara ilmu Allah yang banyak di bumi Mesir ini yang digelar kiblat ilmu.Saya teringat ketika berbual bersama polis yang menjaga Kaabah.Antara perbualan kami :



::Manusia terlalu padat sekitar Kaabah::

Polis : Kamu dari negara mana wahai pemuda?masih belajar?kenapa kamu terlalu berani menyelam untuk sampai ke pintu Kaabah dan Multazam?Tidakkah membahayakan diri kamu sendiri?

Shattirs : Saya dari Malaysia,menuntut ilmu di negara Mesir (Ardul Kinanah),datang melalui Laut Merah (Mesir).Abang Polis,saya minta maaf,mugkin ini sahaja cara saya untuk sampai dan berdoa disitu memandangkan orang terlau ramai dan padat.

Saya menyambung.."Tambah pulak saya terlalu kecil jika ingin dibandingkan degan orang-orang Afrika dan Asia yang bertubuh besar dan tegap,jadi salah satu cara saya ingin sampai ke sana adalah melalui cara menyelam mengikut bawah jemaah HUJJAZ ini,hatta terpaksa menghadapi risiko yang besar.

Polis : Kamu sunguh berani mengambil risiko,tidak mengapa,nasib baik ada orang yang mengangkat kamu,jika tidak saya tak tahulah nasib kamu,samada masih bernyawa atau sebaliknya,erm.Tahukah kamu negara ini digelar apa?

Shattirs : Tahu,Ummu Dunnia ! (Ibu Dunia) dan Kiblat Umat Islam dari seantero dunia ~
Polis :Tauxper (lebih kurang begitulah ayat polis tadi)



::Akhirnya berjaya juga::

Shattirs : Kesimpulan dari cerita ringkas diatas.Negara Mesir dikenali sebagai Kiblat Ilmu melalui Universiti al-Azhar manakala Arab Saudi digelar Ummul Dunia dan Kiblat bagi umat Islam.Untuk makluman pembaca blog shattirs,dari apa yang saya lihat dan dengar kebanyakan polis dan masyarakat Arab Saudi terlalu ghairah untuk memberitahu semua Hujjaz dari seluruh dunia mengenai kelebihan dan istimewanya bumi Arab Saudi dengan sebab adanya Mekah dan Madinah.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini,semestinya aktiviti yang dirancang ialah pulang ke Malaysia bagi mereka yang pulang.Bagi yang tidak pulang ,lengkapkanlah aktiviti cuti musim panas anda dengan aktiviti-aktivti yang berfaedah seperti bertalaqqi' bersama Masyeikh-masyeikh di bumi Mesir ini,juga terlibat dan menyertai program-program PMRAM,DPM N BKAN serta apa jua aktiviti yang bermanfaat untuk bersama.


~Penulis ketika pulang bercuti ke Malaysia (11 September 2007) ~




::Tanta Scan,TANTA::

~ Bunga Istimewa untuk Cahaya Pemikiran ~



Shattirs : Banyak kali juga Cahaya Hati dapat bunga dari Cahaya Pemikiran (YM).Jadi,Terimalah bunga dari Cahaya Hati untuk Cahaya Pemikiran pula.

Status Mode : Istimewa Mode AmYan shattirs ~

~ Video Menarik kali ini ~


--> Golongan bakal Da'iyat Al-Azhar ~



Tanta Scan,TANTA
Mesir 11.30 p.m


Brought to you by : shattirs

Sunday, June 7, 2009

Soleh dan Solehah



Gambar Ehsan shattirs 2006 ~


:: ya Allah jadikanlah diri-KU lelaki Acuan Al-Quran::



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs : Entri ringkas shattirs mengenai definasi lelaki Soleh dan Wanita solehah idaman lelaki soleh ~

Definasi SOLEH~

Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Amal soleh pula apabila dilakukan yang paling betul dan bertepatan dengan syari'at Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS ~


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama islam dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Sumber
: iluvislam.com


Wanita Solehah Idaman Lelaki Soleh ~


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "


Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

WALLAU'LAM..


~ MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT KE 55 ~

Shattirs : tahniah untuk PARTI PAS kerana berjaya menganjurkan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 di Stadium Melawati,Shah Alam,SELANGOR.

Tema "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN" memang kena pada tempat dan situasi di tanah air Malaysia dan suasana iklim selepas PRU yang lepas.Dibawah ini,beberapa suasana yang dapat dikongsikan bersama.









Shattirs : Membangun Bersama ISLAM ~

Tanta Scan,TANTA
12.00 p.m
MESIR

Brought to you by : shattirs

Perkongsian Pintar Shattirs



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs
: 1) Alhamdulillah,dapat juga menulis entri yang terbaru setelah tamat minggu peperiksaan.Mudah-mudahan semua Mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar dan diseluruh dunia dikurniakan kejayaan didunia dan diakhirat.Amin

2) Untuk kali ini,hanya ingin berkongsi bersama pembaca blog shattirs beberapa artikel ilmiah.Moga-moga ada manfaat untuk bersama.

[[1) Petua kehidupan]]

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan ~

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh – Surah Al Baqarah – Ayat 102
Anak2 pandai belajar – Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
Anak2 lembut hati/elak panas baran – Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah – Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain – Surah Toha – Ayat 39 – mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding – Ayat akhir surah At Taubah
Bagi anak2 yg suka keluar malam – Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah – Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air, dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah ~


* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA’LLAH
* * ALHAMDULI’LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA’LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU’LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA’EEN



[[ 2)Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
]]

Untuk Renungan Bersama ~


Assalamu’alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

‘Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka’.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, ‘Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.’


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, ‘Driver bas ni dah mampus agaknya.’ Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata ‘Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.’
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata, ‘Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,’Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak’
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
'Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?'.[Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, ‘Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak’, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).’ Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita’

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, ‘Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya’.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.’ Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
‘Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.’

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

‘ SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW’


[[ 3)Cium anak pun boleh dapat pahala ]]

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke
dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”

Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”



[[ 4)BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & SELEPAS JUNUB ]]

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w
jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.
Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk
dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan
boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka,
boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak
or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit
yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan
sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara
ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.


[[ 5)Kecantikan lelaki dan kegagahan perempuan]]

Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun.”

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wallahualam.'

Tanta Scan.TANTA
11.30 p.m
MESIR

Brought to you by : shattirs