Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, November 26, 2009

Tahniah Darussyifa' !!


Shattirs : Alhamdulillah,tahniah saya ucapkan kepada Pusat Perubatan Islam yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia dibawah Pengasasnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS Prof Dato' Dr Haron Din.

Setelah berjuang hampir 30 tahun,akhirnya Darussyifa' telah diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu perubatan alternatif selain perubatan moden merawat pesakit.Baru-baru ini,pihak Darussyifa' telah menerima sepucuk surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Ketua Pengarahnya ( Dato' Dr Merican) memaklumkan mengenai pengiktirafan pusat Perubatan Islam tersebut oleh ( KKM ).

Mudah-mudahan usaha untuk membantu mereka-mereka yang amat memerlukan akan dinilai olehnya.



Pengasas Darussyifa' : Dato Dr Haron Din.

Pengerusi Darussyifa' : Tn Hj Rahman

Tanta Scan,TANTA.
MESIR.

Brought to you by : shattirs

Indahnya hidup dalam Syariat ISLAM




1)Qawaid Fiqhiah : Mengapa fiqh perlu di kaedahkan?


Shattirs : Untuk kali ini saya akan menulis berkenaan subjek qawaid fiqhiyah, subjek yang menjadi antara keperluan utama penuntut ilmu syariah Tahun 4 ( akhir),khususnya di Jabatan Syariah Islamiah,Universiti Al-Azhar,Mesir

Seperti yang diketahui, fiqh terbina atas nas iaitu Al-Quran dan Assunnah. Kefahaman terhadap kedua-dua sumber inilah menghasilkan kaedah-kaedah umum seperti maslahat, qias, dan lain-lain sumber kedua fiqh. Dengan ayat Quran dan Hadith yang terlalu banyak dalam hukum-hakam agama, semua itu perlu disusun agar nampak bagaimana bentuk dan matlamat fiqh itu secara umum. Antara bentuk penyusunan fiqh adalah melalui kitab-kitab fiqh yang disusun mengikut tajuk-tajuk fiqh seperti bab taharah, bab solat hinggalah ke akhir. Ada juga ulama menyusun fiqh ini mengikut tafsir al-Quran dan ada juga mengikut hadith hukum.

Yang saya ingin bawakan disini ialah bagaimana fiqh yang sangat luas itu disusun dengan kaedah yang umum meliputi semua bidang. Inilah yang dinamakan qawaid fiqhiyah atau ada juga menamakan dhawabit fiqhiyah. Sebenarnya, Qawaid Fiqhyah itu sendiri terbina atas nas, kefahaman keatasnya dan kesimpulan daripada hukum-hakam fiqh.

Secara umumnya, Qawaid fiqhiyah ataupun kaedah fiqh ini terbahagi kepada 5 kaedah utama dan disepakati oleh semua ulama. Sebagaimana ada perbezaan dalam menerima sumber fiqh dan hukum fiqh, Kaedah fiqh juga terdapat yang disepakati dan ada yang berbeza penerimaannya.

5 kaedah tersebut ialah semua perbuatan ditentukan dengan niat, Keyakinan seseorang tidak akan dihapuskan oleh syak, kemudharatan itu perlu dihapuskan, kesukaran digantikan dengan kemudahan ( hukum ) dan adat itu penentu hukum. Mungkin terjemahan saya ini kurang tepat,namun rasanya dari sudut makna tidak lah jauh perbezaannya.

Adakah Qawaid Fiqhiyah boleh digunakan untuk berhujjah?
Sebagaimana kita menggunakan dalil Quran dan sunnah,adakah boleh berhujjahkan dengan kaedah fiqh dalam menentukan hukum. Ulama berbeza pendapat akan hal ini,namun yang rajihnya, sekiranya Kaeadah tersebut benar-benar terbina atas nas Quran ataupun hadith,maka kehujjahannya turut sama. Contohnya kaedah "bukti keatas pendakwa dan sumpah keatas yang ingkar" kaedah tersebut betul-betul sama dengan hadith nabi s.a.w dari sudut lafaz dan makna.

Selain daripada 5 kaedah utama, masih banyak lagi kaedah-kaedah fiqh yang dibentuk. Kadang-kadang kaedah ini khas untuk bab-bab tertentu dalam bidang fiqh seperti dalam bab muamalat, jenayah, politik, undang-undang dan ibadat.

Apa-apa pun mempelajari Qawaid Fiqhiyah akan dapat membantu penuntut ilmu menguasai bidang fiqh dengan cepat dan memahami bagaimana hala tuju fiqh itu.....

Rujukan :
1) Ta'sis al-Nazar - karangan al-Dabusi (430 H)
2) Qawaid Fiqhiyah (THN 4)- Prof Dr Hamid faqhi (Prof Universiti Al-Azhar,Tanta )

2) Fiqh tanpa Usul? Mustahil


Salam untuk semua..


Shattirs : Selepas mendalami subjek madkhal ila fiqh islami ataupun pengenalan fiqh islam, penuntut ilmu akan bergerak setapak lagi mempelajari ilmu usul fiqh. Mungkin ramai yang bertanya,apakah kepentingan usul fiqh sedangkan yang ingin disampaikan kepada masyarakat bukanlah kaedah-kaedah istinbat hukum ataupun cara berhadapan dengan nas-nas yang bertentangan, yang penting hanyalah hukum solat, puasa, zakat, negara islam, ziarah kubur dan lain-lain lagi.

Sebenarnya,kalaulah kita tidak mempunyai asas usul fiqh bagaimanakah kita ingin meneroka alam hukum hakam yang begitu banyak sekali? Adakah kita ingin hafal semua hukum kemudian muntahkannya apabila ditanya oleh orang awam. Bagaimanakah jika ada lebih daripada satu hukum dalam satu masalah? Mungkin yang ingin dijawab ialah ambil sahaja mazhab kita. Kalau dalam mazhab sendiri pun khilaf bagaimana? satu masalah lagi,adakah hukum difatwakan oleh ulama berkurun-kurun dahulu semuanya masih relevan pada zaman sekarang?

Fiqh bukanla sesuatu yang statik dan jumud. Tidak cukup dengan mengeluarkan hukum, mentatbiqkan ataupun mengaplikasikan hukum memerlukan kebijaksaan dan usaha ijtihad daripada kita. Mungkin sesuatu hukum itu rajih dari sudut nas, namun oleh sebab faktor uruf dan maslahat mungkin pendapat marjuh lebih sesuai.

Namun, apa yang jelas mempelajari usul fiqh akan menambahkan lagi kefahaman penuntut ilmu terutama dari sudut khilaf antara ulama. Selain itu, dapat menjadikan seseorang itu mengeluarkan hukum berdasarkan waqi', ataupun mungkin dalam situasi tertentu,seseorang itu boleh berijtihad sendiri disebabkan kaedah sudah ada, cuma mungkin pembacaan hukum daripada kitab-kitab fiqh belum menyeluruh terutama masalah-masalah terkini.

Dalam pengajian usul fiqh biasanya ada 2 bahagian.

1. Pengajian sumber-sumber fiqh dikalangan mazhab. Di sini kita akan dapati ada sumber yang disepakati oleh semua mazhab seperti Al-Quran, Assunnah dan Ijma' dan baki sumber yang lain seperti qias, istihsan, uruf, mazhab sahabat, amalan ahli madinah, syariat umat terdahulu, istishab, dan maslahat menjadi perbezaan di sisi imam mazhab. Antara sebab utamanya ada mazhab yang lebih cenderung kepada berpegang kepada zahir nas semata-mata dan ada mazhab yang melihat nas dari sudut kefahaman akal, maka penggunaan akal lebih meluas dalam menentukan hukum.


2. Pengajian dari sudut dalalah. Di sini, penuntut-penuntut akan mempelajari bagaimana ingin memahami maksud nas itu. Secara umumnya nas boleh terbahagi kepada dua iaitu:
a. Qat,yah: Nas ini sudah pun jelas dan mempunyai makna yang satu. Maka dalam hal ini tiada kefahaman lain ataupun khilaf disisi ulama. Contohnya seperti kewajipan solat, puasa, larangan zina dan memotong tangan pencuri.

b.Zonniyah : nas bentuk ini pula menghasilkan khilaf antara mazhab dari sudut hukumnya,mungkin disebabkan maknanya yang lebih daripada satu,ataupun suruhan tersebut berbentuk umum ataupun mengkin dipengaruhi oleh nas lain. Contohnya hukum menyentuh al-Quran tanpa wudu' dan menyentuh perempuan dalam keadaan wudu' adakah terbatal.

Walaubagaimanapun daripada usul fiqh kita akan dapat memahami hikmah perbezaanf dan kewujudan lebih dari satu mazhab. Kita juga akan sedar bahawa perkara yang ummat sepakat adalah perkara yang betul-betul menjaga maslahat islam dan manusia seperti larangan zina, arak, suruhan zakat dan perlaksanaan hukum jenayah islam, hudud dan Qisas. Manakala hukum yang khilaf merupakan satu khazanah hukum yang mengiktiraf perbezaan uruf dan maslahat seseorang itu dalam memilih yang paling sesuai.

Apa-apapun belajar usul fiqh dulu sebelum melangkah jauh.. semoga berjaya




3) Qadhayah Fiqhiah Muasirah : Keperluan Memahami dengan teliti


Shattirs
: Untuk meraikan permintaan saudari Nur Zahirah, saya akan menulis berkenaan subjek Qadhayah Fiqhiah Muasirah.Subjek ini juga merupakan salah satu mata pelajaran kuliah Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,MESIR.

Subjek ini boleh dikatakan antara subjek 'senior' dalam pengajian syariah ataupun islam. Dalam bahasa melayunya bermaksud permasalahan Fiqh terkini ataupun moden. Sepatutnya penuntut-penuntut ilmu perlu menguasai subjek-subjek yang berbentuk qaedah ataupun usul fiqh agar dapat memahami bagaimana ulama terkini mengeluarkan hukum baru.

Penuntut juga perlu menguasai fiqh-fiqh yang sudah dibahaskan oleh ulama terdahulu seperti fiqh ibadat, ahwal sakhsiah ( kawen, cerai dan pusaka ), jinayah ( hudud dan Qisas ), Qada' dan fiqh muamalat. Tujuannya agar dapat memahami sesuatu masalah apabila dibandingkan dengan lama. Inilah dinamakan takyif fiqh.

Subjek ini bolehlah dibahagikan mengikut beberapa perbahasan utama :

Ijtihad zaman moden

Dalam bab ini penuntut ilmu akan diterangkan apakah itu maksud ijtihad, peranan dan kepentingannya. Namun yang paling ditekankan ialah apakah perbezaan antara ijtihad ulama dahulu dan ulama sekarang.

Perubatan Muasirah.

Dalam bab ini, kita akan mengetahui bagaimanakah kaedah ulama mengeluarkan hukum dalam masalah yang melibatkan perubatan moden seperti pembedahan pelastik, permindahan organ, klon, ibu tumpang, orang yang sudah kematian otak dan lain-lain lagi. Secara umumnya, fiqh perubatan terbina atas kaedah maslahat manusia dan mengelakkan mudharat.

Jihad Muasirah.

Dalam bab ini perbahasannya lebih berkisar hukum pengebom berani mati, penculikan untuk dijadikan tebusan dan penggunaan senjata nuklear.

Muamalat Musirah.

Bab ini menyentuh masalah insuran, perniagaan secara piramid zakat gaji dan pencen. selain itu juga akan disentuh hukum promosi dalam islam dan pertandingan untuk kempen jual beli.

kemudian ada tajuk-tajuk kecil yang dibincangkan seperti hukum alatan muzik moden, hukum berlakon, hukum makanan haiwan ( dedak ), Kawen misyar dan sembelihan yang menggunakan mesin.

Apa-apa pun nasihat saya kepada semua yang ingin mempelajari subjek ini hendaklah :

1. Mempunyai minat yang tinggi. 2. Memperbanyakkan bacaan walaupun dalam bahasa melayu. 3. Memahami sesuatu isu yang diajar.

Semoga berjaya...

MOHD HELMI BIN CHE PAUZI
TAHUN 4,KULIAH SYARIAH &UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI AL-AZHAR,TANTA,MESIR...

Tanta Scan,TANTA.
MESIR.
5.pm

Brought to you by : shattirs

Permaisuri Hati-Ku

Shattirs : Saya tujukan lagu ini untuk seseorang yang saya kira amat meminati lagu mahupun lirik lagu Permaisuri Hatiku.Moga-moga dirimu menjadi penyeri hiasan dunia seperti yang mahu digambarkan didalam liriknya,AMIN.



~ SALAM AIDILADHA 1430 h ~

Shattirs : Dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha 1430 H untuk seluruh muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada.Kullu Am' wa Antum Bikhair,insyaAllah.

Istimewa blog shattirs kali ini,beberapa video kenangan ketika mengerjakan ibadah Haji tahun 2008 / 1429 H.

1) Khutbah oleh Imam Shuraim sebelum wukuf di Arafah ~



2) Suasana ketika habis wukuf di Arafah dan bermalam di Mina ~



Shattirs : Sedar tak sedar,sudah setahun saya meninggalkan bumi penuh barakah (Makkah & Madinah).Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kembali lagi kesana bersama insan-insan kesayangan.AMIN.

Tanta Scan,TANTA,
3 p.m

Brought to you by : shattirs

Tuesday, November 24, 2009

Hubungi saya di Mesir

Shattirs : makluman untuk semua rakan-rakan di Mesir dan seantero dunia amnya,jika ingin menghubungi penulis (shattirs) :

Etisalat +20110711818

Vodafone +20191067906

Brought to you by : shattirs

Tuesday, November 17, 2009

Selamat sampai ke Mesir (TANTA)

Shattirs : Alhamdulilah,saya dan rakan-rakan selamat mendarat di Cairo International Airport tepat jam 6 pagi.Urusan kami dipermudahkan sehinggalah selamat sampai ke bandar bertuah Tanta 1 jam setengah kemudian.

Terima Kasih kepada Wan O dan Alau'din yang sudi mengambil kami.Moga-moga nikmat ukhwah yang terpisah sementara sudah tersemai bak mutiara angin di awan biru.

Usai sampai di rumah,saya melupakan keletihan berada didalam flight Egypt Air selama 10 jam
untuk segera membuat urusan kuliah dan membeli kitab (ambil jadual kuliah),kerana matlamat ingin menghabiskan tahun akhir ini pada tahun hadapan termasuk (konvo) akan tercapai.AMIN

Sayu meninggalkan orang2 tersayang di bumi Malaysia,tetapi apakan daya,perjuangan dan pembelajaran perlu diteruskan.Doakan saya thabat dalam perjuangan yang penuh onak dan duri ini,serta dikurniakan sifat kesabaran yang tinggi dalam menuntut ilmu di bumi anbiya'.insyaAllah ~

P/S : Sekadar luahan hati

Tanta Scan
12.30 p.m

Brought to you by : shattirs

Balik ke Mesir


Shattirs : ketika artikel ini ditulis saya berada di KLIA (free internet),menggunakan waktu terluang sebelum terbang ke Mesir pada pukul 1 stgh pagi 17/11/2009.

Mudah-mudahan perjalanan semua penumpang selamat sampai ke Cairo jangkaan pukul 6 pagi (waktu mesir).Malam ini ,saya dapat lihat ramai warga Tantawiyyun yang akan bersama pulang ke Mesir ^_^.

Sejak ahad saya sudah berada di Kuala Lumpur ( Cheras Perdana),mengikuti perkembangan Mak Tam (adik ayah),yang akan berangkat mengerjakan ibadah Haji bersama suaminya pada hari yang sama saya bertolak ke Mesir.Alhamdulillah,saya sempat diberikan tugasan untuk membaca doa selamat dan melaungkan azan sebelum kami berpisah (saya & mak,ayah,opah,atok ke KLIA & Rombongan keluarga ke Kelana Jaya).

KLIA.
11.30 PM.

Brought to you by : shattirs

Monday, November 2, 2009

ILHAM SHATTIRS



~SHATTIRS ~

~ Salam Untuk Semua ~

Shattirs : Banyak isu yang berlaku mahupun berkisar di bumi bertuah Malaysia sejak akhir-akhir ini.Kes kenyataan Dato Nik Aziz,Dr Asri ditahan JAIS,bencana alama di KAMPAR [dekat dengan Teluk Intan],dan pelbagai lagi kisah mahupun cerita menarik yang acapkali dapat didengari mahupun dilihat dikaca televisyen mahupun corong-corong radio.

Mudah-mudahan kita sebagai hamba Allah dapat menggunakan akal yang dianugerahkanya dengan sebaik mungkin untuk menilai mana yanng terbaik serta jalan penyelesainya.Disebabkan ramai kawan-kawan yang tanya bila saya nak balik ke Mesir semula.InsyaAllah saya akan pulang ke bumi perlembahan Nil [MESIR]--> pada 16/11/2009.Doakan selamat semuanya.amin.InsyaAllah saya akan menggunakan baki 2 minggu terakhir ini dengan sebaik mungkin.

Tadi apabila membaca blog CINA Islam,saya tertarik dengan salah satu rencana yang disiarkan mengenai masalah anak dara kawin lambat [ANDARTU & ANDALUSIA].Moga-moga semua anak dara kat dunia ini akan kahwin.AMIN ^_^


SUMBER
: HTTP://IDHAMLIM.BLOGSPOT.COM

Kahwin lewat satu budaya masakini?

[Wanita tidak gentar digelar andartu atau andalusia ]

GEJALA wanita terpelajar lewat berkahwin di Malaysia tetap menjadi topik hangat masyarakat meskipun zaman sudah berubah dan keadaan itu tidak menggentarkan kelompok terbabit.

Stigma digelar anak dara tua atau lebih kerap disebut sebagai andartu dan kumpulan lebih nakal mengelompokkan mereka ini dengan istilah andalusia bermaksud anak dara lanjut usia, seolah-olah tidak menghantui diri mereka sama sekali.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, enam tahun lalu, menyarankan agar Program Bertemu Jodoh diadakan, sekiranya masalah itu semakin meruncing.

Program yang bertujuan membantu kelompok terbabit, khususnya yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya memuaskan cenderung berkahwin pada usia lanjut dengan sesetengah daripada mereka ini menamatkan zaman bujang mereka pada usia pertengahan 30-an.

Persoalan timbul, apakah kecenderungan ini dipengaruhi perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita seperti melanjutkan pelajaran, bekerja membantu keluarga; kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan; alasan ekonomi atau masalah peribadi?

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Samad Kechot, melihat gejala lelaki dan wanita berkahwin lewat sebagai masalah sepunya masyarakat dan bukannya individu.

“Kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan, mempengaruhi pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan apalagi yang memegang jawatan profesional, menggalakkan keadaan ini untuk terus berlaku,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini.

Justeru, beliau berharap masyarakat tidak memandang rendah kepada wanita yang lambat berkahwin kerana ia bukan perkara baru, tanpa menafikan hadirnya pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong dan menjejaskan tahap kesuburan wanita.

Selain itu, beliau bimbang sekiranya kelompok terbabit terpengaruh dengan budaya masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat yang menolak konsep perkahwinan dan menghalalkan seks bebas sekali gus menyebabkan akidah tergelincir dan peningkatan masalah sosial masyarakat Melayu.

“Sebagai umat Islam dan orang Melayu, kita perlu bersandarkan nilai agama dan budaya orang timur. Agama menuntut umat Islam berkahwin awal bagi menghindarkan maksiat. Bagaimanapun, tidak salah sekiranya belum sampai jodoh atau ada tanggungjawab berat terhadap keluarga,” ujarnya.

Justeru, Dr Abdul Samad mengingatkan wanita berkerjaya agar sedar bahawa perkahwinan adalah satu syariat dan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul. Kahwin pada usia lewat tanpa alasan kukuh hanya akan memberi kesan buruk kepada individu dan orang sekeliling mereka.

Beliau memetik daripada kitab al-Ihya’ Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali yang menekankan perkahwinan adalah perkara penting kepada setiap individu bagi menghasilkan keturunan agar dunia tidak kepupusan makhluk daripada bangsa manusia.

“Kitab ini turut menekankan perkahwinan dapat menghilangkan tekanan nafsu syahwat yang sentiasa mengganggu dalam ibadat manusia, menenangkan gangguan hati dalam urusan rumah tangga dan menggembirakan hati seseorang melalui perhubungan suami isteri,” ujarnya.’

Beliau mencadangkan syarat berpoligami dilonggarkan dalam usaha mengatasi masalah wanita berkahwin lambat kerana Islam membenarkan perkara terbabit, tetapi sukar diterima wanita yang sering melihatnya sebagai perkara negatif.

Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Norazirawati Ahmad, menerusi pengalaman peribadinya menegaskan isu kahwin lewat sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif.

“Saya sendiri, baru berkahwin pada 3 Oktober lalu pada usia 35 tahun, manakala suami pula berusia 41 tahun. Perkenalan kami hanya berusia sebulan dan diusahakan oleh kalangan teman kami yang ingin melihat kami melalui kehidupan berkeluarga,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan faktor utama wanita berkahwin lewat bukanlah disebabkan terlalu taksub dengan kerjaya, tetapi tidak menganggap perkahwinan sebagai cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dulu berbanding perkara lain.

“Seperti pengalaman saya, tahun ini baru terfikir dengan serius untuk berkahwin sedangkan sebelum ini tidak terlintas langsung selain tiada desakan daripada keluarga dan teman rapat sehingga ia tidak dirasakan sebagai suatu bebanan,” jelasnya.

Norazirawati yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Sheikh Muhamad Hizam Sheikh Khairuddin, menggalakkan mereka yang serius memikirkan soal jodoh untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kerana ia faktor utama membawa seseorang itu bertemu jodoh sebenar.

“Bila kita serius memikirkan untuk melangkah ke alam perkahwinan, kita perlu menyediakan diri dan minda ke arah itu serta mendekatkan diri kepada Tuhan seperti melakukan sembahyang Tahajud. Paling penting sokongan daripada keluarga terutama ibu dan teman rapat ,” katanya.

Beliau mengakui banyak berikhtiar secara rohaniah dengan mendekatkan diri kepada Allah sepanjang pencarian saya terhadap jodoh itu malah, selain saya dan ibu melakukan solat sunat pada tengah malam, saya turut membaca Yassin serta mempelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,” jelasnya.

Norazirawati juga berasa semua perkara berkaitan dengan jodoh sudah ditetapkan Allah SWT sejak azali, tetapi manusia perlu berusaha terutama memohon petunjuk daripada Ilahi agar memudahkan jalan untuk bertemu jodoh yang diimpikan.

“Yang penting, jangan berputus asa. Malahan, sekiranya bertemu dengan sesiapa saja yang berniat untuk mengenali kita, maka hendaklah memberi peluang dan jangan terlalu mengharapkan bakal pasangan sempurna kerana diri sendiri juga belum tentu sesempurna untuk pasangan kita,” tagasnya.

Teluk Intan,PERAK,
4.00 p.m

Brought to you by : shattirs