Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, March 21, 2010

Perkahwinan Mahasiswa Azhar Di Dalam Harian Metro



sumber : kpipm64.blogspot.com

21 Mac 2009 ~

Pengantin Cipta Sejarah Berkahwin Melalui Sidang Video ~

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.

CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.

“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.

Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.

“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.

“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.

“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

shattirs: Tahniah diucapkan untuk sahabat saya Us Zahid diatas perkhwinanya bersama insan tersayang .Semoga berbahagia hingga akhir hayat,AMIN.

Minta maaf saya tidak dapat hadir ke majlis kenduri di Rumah Perak pada hari ini (AHAD) 21/3/2010.

Shattirs : Mabruk juga untuk Us Khalil Dan Ustzh Mashitah Sidek ~ Barakallahulakuma wa barikalaikuma wajama'bainakuma fil khair,AMIN YA ALLAH ~


Shattirs : Makluman untuk seluruh Warga Tantawiyyun,kelas pengajian di Bumi Tanta Bersama Dr Abdullah Syazili setiap minggu hari Khamis (malam Jumaat).

Kelas Sheikh Ahmad pula setiap hari (kecuali Jumaat)-->(Maghrib hingga Isyak),dihadapan Hospital Universiti Tanta.

Brought to you by : shattirs

No comments: