Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, January 11, 2011

Uji Bakat IMAM MUDA 2 ?



Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!


“Memecah tradisi satu perjalanan dalam sebuah kehidupan.”

Setelah imam muda musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara kita dan juga diseluruh dunia, Imam muda 2 telah dilancarkan baru-baru ini. Musim kali ini lebih mencabar dan juga lebih mendapat banyak liputan, kerana bakal-bakal imam muda ini bukan sahaja dari negara kita, tetapi bersaing dengan negara-negara yang lain. Ia sesuatu kelainan yang cuba diperbaiki sedikit demi sedikit.

Bersifat lebih international, terbuka buat luar negara.

Pelajar-pelajar asing yang belajar di sini juga digalakkan turut serta asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Satu faedah besar apabila mereka boleh bertutur bahasa Melayu, secara tak langsung dapat mengembangkan bahasa kebangsaan, melayu di peringkat antarabangsa.

Untuk menjadi imam yang unggul, remaja Malaysia harus didedahkan dengan persaingan antarabangsa, untuk membuktikan imam muda yang berkaliber, berdaya saing secara sihat dan juga menampakkan pemikiran global yang primitif.


Kelainan imam muda musim kedua kali ini??

Sudah tentunya, musim kali ini lebih baik, dimana penerbit rancangan ini mengakui yang pertama masih ada kekurangannya. Jadi, insyallah mereka akan lakukan yang terbaik untuk pencarian imam muda kali ini.

Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Diantara cabaran baru mereka ialah bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran. Selain itu, topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam turut akan diperkenalkan.


Imam muda musim kedua, wajar atau tidak mengambil peserta dari luar negara??

“Modul dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini, tetapi kita akan tambah modul terbaru mengikut cadangan yang banyak dikemukakan penonton pada musim lalu.

“Ia masih berteraskan kitaran kehidupan manusia seperti pendedahan kepada kes buang bayi, perkahwinan dan pengurusan jenazah di samping memperkenalkan beberapa topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam,” kata Izelan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus-menerus memberi sokongan dan meneruskan kerjasamanya untuk memantapkan program Imam Muda.


Anda berminat untuk IMAM MUDA musim kedua ini?

Bagi yang berminat menjadi pelapis serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai Imam Muda terunggul ini, anda (Lelaki sahaja ya!) dijemput hadir ke sesi temuduga seperti berikut:


22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.

28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.

11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.

19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.

26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.


Beberapa peringkat akan ditapis untuk ujibakat ini!!

Sesi ujian dan temubual terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. Adalah diingatkan hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.


Shattirs : Nampaknya keluarga dan rakan2 sudah memberi sokongan untuk saya masuk uji bakat IMAM MUDA 2011 ^_^,InsyaAllah,masih dalam proses ketelitian sebelum bertindak.


Teluk Intan,PERAK

Brought to you by : shattirs

1 comment:

Zik said...

macam mana , lepas tak???