Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, November 25, 2008

SAK-T ~ Suara kampus Edisi TANTA~


:: Cover SAK-T Depan & Belakang ::

shattirs: Setelah lama menyepi sejak tahun 1999,Para Mahasiswa/Wi Pengajian islam dan Perubatan Bumi TANTA telah berjaya menyiapkan Suara Kampus Edisi TANTA ( SAK-T) pada tahun ini.Tahniah diucapkan untuk semua yang berjaya menyumbang tenaga,buah fikiran dan idea yang bernas untuk SAK-T pada keluaran kali ini.

Oleh itu..Dapatkanlah SAK-T di Koperasi BKAN DAN DPM berdekatan anda..(Mesir)

shattirs
: Sebenarnya DPM TANTA pernah mengeluarkan Suara kampus selepas tahun 1999,akan tetapi ianya disertai oleh rakan2 taa'khi DPM TANTA,yang dinamakan Suara Kampus Edisi ta'akhi~

~ IKLAN SENYUMAN SHATTIRS~



shattirs : Serikan hidup anda dengan senyuman yang menawan,senyumlah, kerana dengan senyuman,berserilah cahaya kehidupan ini..^_^

shattirs : Terima kasihla untuk mereka yang sudi mengirim email kepada saya berkaitan kemuliaan Bulan Zulhijjah.Moga-moga amalan kita makin bertambah dan tetap istiqamah,insyaAllah..

~ ZULHIJJAH YANG MABRUR ~

Zulhijjah menggamit lagi buat sekian kalinya menemui kita bersama-sama kelebihannya sebagaimana yang pernah disebut oleh Ketua Daulah Islam yang pertama di Madinah iaitu Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis. Zulhijjah merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan lain iaitu ibadat haji, ibadat korban disamping solat, sedekah serta amalan berzikir sebagai mendekatkan diri kepada Allah 'azzawajalla.

Zulhijjah juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang besar terutama bagi para jemaah haji iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail serta Siti Hajar dalam masalah korban, sai'e dari Sofa ke Marwah, tawaf dan lain-lain lagi. Kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida' (selamat tinggal) dan khutbah yang keluar daripada mulut yang mulia iaitu daripada Rasulullah S.A.W sendiri yang mana dalam khutbah ini terkandung dalamnya nasihat, wasiat dan amanah yang penting daripada baginda kepada para muslimin samada yang ada pada masa itu atau pun generasi seterusnya sehinggalah hari qiamat.

Di bawah ini dinukilkan beberapa hadis sebagai renungan dan juga perangsang kepada kita dalam menambahkan lagi amalan dibulan yang penuh kelebihan ini dan bukannya melepaskan segala peluang yang ada dengan amalan yang sia-sia.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.

-Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza -

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
- Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti -

Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita mengenai kelebihan beramal pada hari sepuluh daripada Zulhijjah seperti berpuasa sunat, zikir, tahlil dan bertakbir. Kelebihannya ini tidak dapat dirasai jika kita hanya membaca dan mengetahuinya tanpa ada di sana amalan sebagai menyahut kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah ini.

Fadilat Bulan Zulhijjah




Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu:

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh Allah.

Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikitpun.

Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang terhormat.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat munafik dan dari siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu kebajikan untuk nabi-nabiNya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat serta terlepas ia dari azab.

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan oleh Allah 30 pintu kesulitannya dan dibukakan 30 pintu kemudahan.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan. Hari itu dinamakan dengan ‘Tarwiyah’ (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja mengetahui.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu hari itu dikenali dengan nama ‘Arafah’ (hari tahu). Sesiapa yang berpuasa hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Tanggal 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari ‘Nahar’ (menyembelih). Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan dari yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).

Sunat bersedekah kepada kaum fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika inya tidak terlalu jauh.

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat ‘Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Di Bulan Zulhijjah

# 1 hingga 9 Zulhijjah - Sunat berpuasa

# 8 Zulhijjah - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

# 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah)
•Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
• Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
• Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
• Solat sunat qabliyah asar
• Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
• Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
• Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
• Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
• Solat sunat tasbih
• Solat sunat hajat
• Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

# 10 Zulhijjah(Hari Raya Haji/Korban)
• Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban

# 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
• hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu

# 29 atau 30 Zulhijjah
• Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


~ SALAM AIDILADHA 1429 H ~



shattirs
: Dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pengunjung blog shattirs,tak kira di mana juga anda berada,terima kasih shattirs ucapkan.Untuk akhirnya.Have A Nice Day..~



:: Bakal2 HUJJAZ:Naim,Shattirs,Wan O(Tuan Umah),Yazid,Rizaini::

Brought to you by : shattirs

Saturday, November 22, 2008

Maklumat Terkini HAJI PMRAM 1429 H



MAKLUMAT TERKINI HAJI PMRAM 1429 H ~


Makluman dari pihak USR PMRAM,untuk semua bakal-bakal haji.Visa dijangka siap pada 26 atau 27/11/2008 dan di jangka bertolak ke Arab Saudi pada pagi 28/11/2008,dan dijangaka kembali ke bumi Mesir pada 25/12/2008 ~

Rombongan yang akan diketuai oleh seorang Ketua,seorang mushrif dan 3 adhoc utama yang dilantik oleh PMRAM dan para2 HUJJAZ :

Adhoc Penempatan : Us Mohd Helmi (shattirs) TANTA/PERAK.

Adhoc Masakan : Us Fadhil KAHERAH/KEDAH

Adhoc Barang2 : Us Jannatun Naim TANTA/SELANGOR.


Rombongan ini disertai seramai 41 Bakal2 HUJJAZ..( 3 akhawat)

Mengikut perancangan awal,tarikh bertolak adalah pada 23 Zulqaedah bersamaan dengan 25/11/2008,tetapi disebabkan kelewatan mendapatkan visa ,tarikh telah dianjakkan beberapa hari.

Shattirs : Banyak kenangan manis mahupun pahit sepanjang membuat urusan mengerjakan ibadah HAJI pada tahun ini,moga ianya menjadi kenangan memori dalam diri ini dan rakan2 yang lain.Kesungguhan dan kesabaran yang tinggi adalah 2 elemen penting sepanjang menghadapi ujian yang kecil ini.Moga kami semua thabat dan terus istiqamah.

Terima kasih kepada Us Nik Azran dan us Mohad Nazrul diatas sedikit ilmu yang dicurahkan sepanjang keberadaan kursus HAJI PMRAM di rumah selangor baru-baru ini.

Shattirs :Ya Allah permudahkanlah urusanku dgn kapten kapal DAHAB ,mama n baba di Mekah serta mas'ul penempatan di Madinah nanti.AMIN. ~

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon JUTAAN KEMAAFAN kepada semua rakan2 samaada di Malaysia,Mesir,UK,Jordan dan semua yang mengenali diri ini,dengan ucapan maafkan diri ini andai disana ada melakukan sebarang kesilapan samada yang lama mahupun yang baru.Doakan moga2 Allah permudahkan amalan saya dan kawa2 di sana nanti.



:: Kursus selama 2 hari di Rumah Selangor,Asyir ::


`~ GAMBAR KELUARGA SHATTIRS ~

SHATTIRS : Ramai pembaca setia blog shattirs dan kawan2 ingin melihat gambar keluarga saya,so, inilah keluarga bahagia saya..

Gambar pagi Syawal yang lalu tanpa seorang pahlawan yang sedang menuntu ilmu di Perlembahan Nil untuk balik menjadi pejuang agama Allah.




~ GAMBAR SITI NURHALIZA BERSAMA DATOK K DI MEKAH ~



:: Dato CT Nurhaliza bersama suami di Mekah pada tahun lepas::

Brought to you by : shattirs

Tuesday, November 11, 2008

Berita Negeri PERAK DARUL RIDZUAN



:: Sultan Perak bertanyakan sesuatu kepada Pengetua Kanan Sekolah (SERATAS) selepas melancarkan buku hasil karya pelajar sekolah tersebut ::

~ BERITA 1 ~


TAIPING, 22 OKT – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyarankan supaya perkara kontrak sosial diperkenalkan di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam. Baginda bertitah kefahaman generasi muda terhadap kontrak sosial ini penting supaya keharmonian, keamanan dan kestabilan negara terus terjamin.

I"Beta berasa bangga bahawa pendirian tegas yang telah dibuat oleh Raja-Raja Melayu baru-baru ini mengenai perkara kontrak sosial telah mendapat sambutan dan sokongan yang kuat daripada pelbagai pihak," titah baginda ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun serta Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat serta Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Hussain Harun.

Baginda turut mengingatkan bahawa sesuatu pengiktirafan hendaklah dianggap sebagai satu daripada anak tangga dalam pendakian menuju puncak kecemerlangan dan wajib untuk berasa cemburu terhadap pencapaian orang lain yang lebih cemerlang.

Pada majlis itu Sultan Azlan turut menyampaikan anugerah Tokoh Alumni kepada Mohd Akil Mohd Yusuf, 41, atas usaha menubuhkan Persatuan Mengembalikan Kecemerlangan Remaja SERATAS (Mekar) serta Anugerah Pelajar Terbilang Sijil Pelajaran Malaysia 2007 kepada Muhammad Farid Nazar Muhammad Faruqu yang berjaya mendapat 9A1.


~ BERITA 2 ~



:: Pelancaran gimik Pecah Tanah Tapak Ipoh Central Transportation Hub Bandar Meru Raya Ipoh ::

IPOH, 21 OKTOBER – Negeri Perak sekali lagi menempa sejarah setelah terbinanya Terminal Bas yang serba lengkap untuk keselesaan rakyat negeri ini mahupun pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang terletak di Bandar Meru Raya berhampiran Tol Jelapang.


Dengan kos pembinaan RM38 Juta di atas tapak seluas 8.33 ekar, semua jalan laluan untuk kenderaan awam akan dirancang semula untuk menjadi lebih sistematik yang bakal memberi kepuasan kepada penumpang dan pengguna sekali gus mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Pembinaan terminal bas ini meliputi sebuah pusat perdagangan serbaguna berintegrasi yang lengkap dengan pusat membeli belah, Internet percuma jalur lebar (WIFI) serta tempat rehat pengguna Lebuh Raya Utara Selatan. Selain menjadi tempat utama persinggahan bas, ianya turut memberi impak positif terhadap sosio ekonomi sekitarnya dan merangsang industri perlancongan serta menjana hasil pendapatan negeri. Usaha murni ini juga akan menjadikan Perak sebagai pintu masuk “Gate Way” dan destinasi tumpuan orang ramai yang bakal menarik minat pelabur luar ke negeri ini.

Hasrat tersebut tercapai setelah 18 pengusaha bas bersetuju bergabung di bawah Syarikat (The Combined Bus Services Sdn Bhd) bagi menyediakan perkhidmatan penggangkutan awam negeri ini yang lebih selesa kepada pengguna. Pihak syarikat juga telah bersetuju melabur sebanyak RM150 juta untuk menyediakan 250 buah bas pengangkutan awam yang baru bagi menggantikan bas-bas yang lama. Majlis Pelancaran Tapak Ipoh Sentral Transportation Hub Meru Raya, Ipoh disempurnakan oleh Menteri Besar Perak.


`~ BERITA 3 ~



:: YAB Menteri Besar Perak menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut ::



IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.

Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.

“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.

shattirs : Apabila melihat Dr Wan Azizah ,tiba2 saya teringat pada seseorang..^_^

Kawan2 saya kata jika ditakdirkan kerajaan PAS @ PAKATAN RAKYAT kekal untuk tempoh yang lama di negeri Perak,adakah saya bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar Negeri Perak @ ADUN NEGERI

...JAWAPAN SAYA.....

Shattirs : Jika ditakdirkan Allah,bukan sahaja jawatan Menteri Besar akan tetapi jawatan Perdana Menteri @ Menteri kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat yang saya dambakan,bukan kerana gilakan jawatan,tetapi jika kita ingin menegakkan "Daulah Islamiah",serta mahu melaksanakan syariat Islam di muka Bumi Malaysia dan seantero dunia amnya,kuasa pemerintahan negara amat perlu bagi melaksanakan impian yang dicerna serta dirancang untuk direalisasikan..

Brought to you by : shattirs

Seruan HAJI dari ilahi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد





:: Masjidil Haram di Mekah ::


Saya kira sudah lama tidak menabur kalam dalam blog shattirs ini untai sering menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang saya kira amat bermanfaat untuk diri ini.barangkalinya,saya ada satu makluman untuk semua pengunjung blog shattirs,insyaAllah jika diizinkan Allah,pada 25/11/2008 ini saya dan beberapa orang rakan di bumi Mesir ini akan berangkat ke tanah Suci Mekah & Madinah untuk mengerjakan ibadah HAJI untuk tahun ini.

Alhamdulillah,saya kira semua urusan dan dokumen yang diperlukan sudah hampir selesai,moga-moga keberangkatan pergi dan pulang menghadap rumah Allah akan dinaungi dengan rahmat ilahi,insyaAllah.

Apa yang saya harapkan ialah doa dari kawan-kawan mengiringi perjalan kami ke Bumi Hijjaz dengan mendapat HAJI yang mabrur,amin ya rabb.Juga,mudah2-an di sana nanti semua tetamu Allah akan mendapat jaminan yang baik serta berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji dengan selamat dan tenteram.

Slogan "Kita PMRAM" sudah sebati dengan diri ini serta sahabat-sahabat yang lain,oleh itu,amat tepatla pilihan dihati untuk mengikuti rombongan haji PMRAM untuk tahun ini.
Sebenarnya apa yang dirancang adalah untuk pergi pada tahun lepas bersama Abang serta Ibu dan Ayah,tetapi kita merancang Allah jualah yang menentukannya.Nampaknya saya berpeluang untuk menghadap ilahi pada tahun ini,Alhamdulilah rasa bersyukur sangat dengan ketentuanmu ya rabb..

Jika tidak ada aral melintang,insyaAllah rombongan HAJI PMRAM akan bertolak pada 25/11/2008 dan akan pulang pada 23/12/2008.Seramai hampir 50 orang yang akan menyertai rombongan HAJI PMRAM untuk tahun 1429 H.



:: Iklan HAJI PMRAM 1429 H ::
~ Klik untuk besarkan ~
Shattirs : ya Allah permudahkanlah urusan kmi untuk mengerjakan ibadah HAJI pada tahun ini,AMIN YA RABB..

Brought to you by : shattirs