Sunday, January 25, 2009
Palestine --> Di Mana Dunia Arab
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
--> Artikel ini sy baca dalam ruangan forum Utusan Malaysia <--
Palestin boleh menang jika Arab bersatu~
DALAM kelemahan dunia Islam untuk membela rakyat Palestin yang dibunuh sewenang-wenangnya oleh Israel , maka tindakan yang boleh dilakukan hanyalah menghulur bantuan derma kemanusiaan dan serta memboikot barangan buatan Israel dan Amerika. Apakah tindakan ini boleh berkesan atau hanya berbentuk simbolik bagi meredakan rasa lemah umat Islam kerana kegagalan untuk membela rakyat Palestin?
Daim: Adalah benar umat Islam tidak bekerjasama dan bersatu. Anda boleh melihat semua ini di Sidang Kemuncak Arab di Qatar di mana Mesir dan Arab Saudi tidak hadir. Pada peringkat ini, isunya adalah sikap tidak berperikemanusiaan. Israel telah membunuh penduduk Palestin dan mereka masih mempunyai masa untuk menunjukkan perbezaan pendapat. Semua pihak harus bekerjasama dalam menghentikan pembunuhan ini. Mesir telah dikritik kerana menutup sempadan mereka dan menghalang bantuan kemanusiaan masuk. "Kerajaan telah dengan segera menghalang kemasukan konvoi bantuan makanan ke Tebing Gaza," kata Emmad al-Din Moustafa, ahli Popular Committee for Aiding Gaza. "Penutupan sempadan berterusan ini umpama melakukan jenayah terhadap kemanusiaan," kata beliau. Sejak kempen bermula, bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh mereka yang bersimpati dengan penduduk Palestin dari negara Arab dan dunia Islam telah mencurah masuk ke bandar Al-Arish, 40 kilometer dari sempadan Mesir dan Tebing Gaza. Namun menurut sumber tempatan, pihak berkuasa Mesir menghalang kenderaan yang membawa bantuan makanan dan perubatan dari memasuki wilayah itu.
Terdapat seorang penulis wanita dari Arab Saudi, bertanya kenapa tiada sebarang demonstrasi diadakan di negara Arab bagi mengecam Israel dan AS. Beliau melahirkan kekesalan dan meluat kerana tiada sebarang tindakan dilakukan bagi menzahirkan kebencian ini. Wanita ini mahu melihat jutaan orang di jalan raya membantah kekejaman Israel. Sama ada kita berjaya dalam memboikot produk Israel dan AS masih boleh didebatkan. Namun apabila dunia bersatu menentang Afrika Selatan, ia berjaya dilakukannya.
Jika negara Arab bersatu dan bekerjasama pada peringkat ini, saya fikir ia akan memberi kesan dan AS dan Eropah akan mengambil tindakan dan menghentikan perlakuan kejam oleh Israel. Memandangkan kita tidak mempunyai senjata untuk melawan Israel, senjata terbaik ialah perdagangan. Jika negara Arab menghentikan eksport minyak ke AS dan Eropah, pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan. Namun apakah mereka akan melakukannya?
Daim: Menurut Hamas, kini Fatah telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Israel dan mereka melihat tiada lagi gerakan secara aktif untuk menubuhkan sebuah negara Palestin. Oleh itu mereka tiada pilihan lain selain melawan. Oleh kerana Hamas melawan untuk meneruskan kehidupan dan mendapat kemerdekaan, AS dan Eropah mengkategorikan mereka sebagai "pengganas" namun hakikat sebenar mereka merupakan pejuang kebebasan. Apa peluang yang ada pada mereka untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat sokongan AS? Negara ini memberikan geran bernilai berbilion dolar kepada Israel. Negara Yahudi ini merupakan penerima bantuan luar AS terbesar sejak Perang Dunia Kedua. Sejak 1976 hingga 2004, Israel merupakan penerima tahunan bantuan luar AS terbanyak dan hanya baru-baru ini tempatnya diambil oleh Iraq. Sejak 1985, AS telah memberikan hampir AS$3 bilion (RM 10.8 bilion) setahun kepada Israel dalam bentuk geran.
AS turut membekalkan senjata kepada Israel termasuklah pesawat F-16s dan helikopter Apache yang digunakan dalam melakukan serangan di Gaza. Menurut seorang penganalisis, Phyliss Bennis, antara 2001 hingga 2006, Washington telah memindahkan kepada Israel lebih AS$200 juta (RM720 juta) barang ganti untuk kegunaan pesawat F-16s. Tahun lepas AS menandatangani kontrak bernilai AS$1.3 bilion (RM4.68 bilion) dengan Raytheon Corporation untuk membekalkan Israel dengan ribuan TOW, Hellfire dan peluru "Bunker Buster". Bennis membuat kesimpulan, "Serangan di Gaza oleh Israel tidak mungkin berlaku jika tidak AS secara aktif membekal peralatan tentera kepada mereka.
Tiada jalan lain bagi Palestin mendapatkan kembali tanah yang dirampas melainkan pemimpin Palestin bersatu seperti mana Malaysia berusaha mendapat kemerdekaan dahulu. Bersatu dan ketepikan kepura-puraan. Israel akan terus mengatakan mereka tidak harus memberikan kemerdekaan kepada Palestin kerana tiada jaminan keselamatan dan Blair pernah berkata tidak akan wujudnya sebuah negara Palestin melainkan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Palestin. Bagi Blair penyatuan Palestin bermaksud memusnahkan Hamas dan meninggalkan Fatah yang telah kehilangan kredibiliti untuk berurusan dengan Israel.
Blair sebelum Iraq diserang, telah berjanji dengan negara Arab sebuah negara Palestin akan ditubuhkan jika mereka menyokong serangan berkenaan. Arab menyokong serangan tersebut namun tiada sebuah negara Palestin ditubuhkan kemudiannya. Fatah setakat ini telah mengikut telunjuk AS dan Eropah dalam melakukan apa yang dimahukan mereka namun Fatah masih gagal mencapai apa-apa sehingga kini. Hakikatnya ialah Israel tidak akan bersetuju untuk menubuhkan sebuah negara Palestin merdeka melainkan mereka sendiri yang mengawal wilayah itu. Semua penipuan ini akan berterusan melainkan negara-negara Arab ini bersatu. Namun sehingga tarikh penyatuan ini berlaku, sebuah negara Palestin yang merdeka tidak akan ditubuhkan dan negara-negara Barat belum tentu akan menunaikan janji mereka. Apatah lagi Israel percaya tanah yang dirampas ini merupakan tanah yang telah dijanjikan kepada mereka.
Perlu diingat seperti yang didedahkan oleh John Dugard pada 2006, pelapor khas PBB di Wilayah Penempatan Palestin, mengenai kenyataan kerajaan Israel bahawa pengunduran mereka menamatkan penjajahan dari Gaza adalah tidak tepat. Walaupun sebelum "Operasi Summer Rains" dijalankan berikutan penahanan Koperal Shalit, Gaza masih lagi berada di bawah kawalan Israel. Israel telah memanifestasikan kawalannya dengan pelbagai cara, dengan mengawal ruang udara, laut serta sempadan luar Gaza. Walaupun, satu perjanjian khas telah dilakukan untuk pembukaan sempadan Rafah menerusi Mesir dengan dipantau oleh wakil Kesatuan Eropah, semua laluan lain masih lagi ditutup. Tindakan Ketenteraan Israel telah menunjukkan bahawa teknologi moden mampu untuk mengawal wilayah walaupun tanpa kehadiran pihak tentera.
Walaupun Israel mengundurkan tentera dan penduduk secara tetap di Gaza pada 2005, namun mereka masih kekal sebagai kuasa yang mengawal Gaza di bawah undang-undang antarabangsa kerana mereka masih terus menjalankan kawalan hari ke hari di kawasan penting.
Jika Israel telah berundur sepenuhnya dari Gaza, maka Israel tidak boleh menghalang perdagangan yang dilakukan sama ada melalui udara dan laut dengan negara lain, menghalang orang ramai dari keluar masuk, mewujudkan penerbangan di ruang udara Gaza, mengawal perairan atau mewujudkan "zon larangan" di dalam Gaza. Israel turut mengawal pendaftaran penduduk Gaza serta mengutip cukai terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam Gaza.
Mengimbas kembali semasa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert memberi ucapan di hadapan sesi bersama Kongres AS pada tahun 2006, beliau mengisytiharkan kepercayaan berterusan "Keseluruhan tanah ini adalah pada asalnya hak milik berkekalan bangsa kami".
Testi Menarik minggu ini <--
Sumber : http://testi.iluvislam.com/
Terima kasih kawan2 yang send kat YM shattirs <--
~ Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a <--
Brought to you by : shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment