Artikel ini ditulis oleh Saudara Majdi Nadwan.

Lepasan Darul Quran JAKIM dan kini penuntut UIAM.



Kata orang,

Facebook itu satu keperluan.

Keperluan asas hidup ke-4 malah. Selepas makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Saya tersenyum. Dalam kata, ada makna. Dalam bicara, ada benarnya. Memang, facebook memang seakan satu keperluan. Jika orang tak kata pun, keadaan sekarang yang menggambarkan begitu.

Lakaran kehidupan yang kita dapat lihat setiap hari.

Di rumah, di pejabat, di mahalah, ataupun ketika sedang belajar subjek computer di makmal.

Facebook, kain dakwah yang tercorak luas.

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”

-Hadis

Walau yahudi yang membuatnya, kita mukmin yang akan mengambil hikmahnya.

Facebook mempunyai sistem yang amat luas dan menarik. Dari sistem tagging, terus kepada group yang senantiasa bercambah dari saat ke tahun. Ataupun terus message yang boleh terus dibalas, dalam hanya sekilas tangan.

Ianya semakin mudah.

Dan dalam semua ini. Ia mencampakkan kita ke lembah komunikasi yang amat luas. Dan bila ada komunikasi, maka ada perhubungan. Dan bila ada hubungan, maka di situ ada,

Dakwah.

Sistem tagging yang menyentuh bahu.

Saya cuit bahu kamu. Tersenyum, dan berkata,

“Jom, kita berjalan bersama menuju Allah”

Dengan muka yang manis mesra.

Dan itulah sistem tagging. Bila kita mentag seseorang, pasti keluar notification padanya dan memberitahu.

“Anda telah di tag”

Kan itu menyentuh bahu? Apabila kamu tag seseorang melalui nota islamik, atau yang kamu lukis pada picture yang mengandungi mesej-mesej islami, mahupun ketika kamu invite seseorang ke dalam group perbincangan agama dan pemikiran.

Mereka akan rasa terpanggil untuk membaca. Malah, bila ditag, mereka merasakan bahawa kita benar-benar special. Istimewa. Memang khusus untuk mereka, kerana itu mereka di tag.

Bukankah kamu sudah menyentuh bahu mereka?

Untuk kita juga, kerana kita juga adalah mad’u.

Sentuhlah hati mereka dengan nota kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk”

-125 surah al-Nahl.

Seandainya malu menyampaikan melalui lisan, sampaikanlah melalui tulisan.

Kamu tulis nota, kamu sampaikanlah. Kamu ada gambar cantik-cantik, kamu sebarkanlah. Agar semua dapat baca.

Tak ramai yang minat untuk membaca blog. Tak ramai yang tertarik untuk melayari laman yang mempunyai tulisan dan karangan yang panjang-panjang, yang seakan seperti karya ketika SPM dulu.

Dan kadang, mereka merasa malu dan segan untuk hadir ke situ. Mungkin mereka malu, maka kamu yang hadir kepada mereka. Tersenyum, dan sampaikanlah. :)

Semoga hati kita juga tersentuh.

“Saya tak pandai menulis”

Tak mengapa, kamu jadilah orang tengah. Ramai orang yang bekerja sebagai orang tengah sekarang, menjadi perantara yang selalunya untung membukit.

Saya juga nak untung membukit.

Bukit pahala. Walaupun kadang kita tak tulis, tapi kita menyampaikan. Kita orang tengah. Tak ramai yang baca blog, maka kita bawa blog kepada mereka.

Kita copy, kita paste.

Blog Ustaz Hasrizal, blog Hilal Aysraf, blog Ustaz Pahrol, blog Majdi Nadwan, dan semua blog yang ada. Kita letak link blog mereka.

kita copy, kita paste, dan kita tag mereka pada tazkirah itu.

Gambar? Ya, samalah. Begitu juga caranya.

Mesej, status, pimpinlah ia dengan iman

“Dari lisan kepada islam. Pimpinlah ia terus ke Iman menuju Ihsan”

Bila kita tukar status, mesti terpampang di home facebook kan? Dan orang akan baca. Meskipun tidak di tag. Sekurang-kurangnya mereka akan membaca sepintas lalu. Mengerling sepintas mata.

Tak salah nak berkongsi status peribadi kita. Kan kita berukhuwwah?

Kita sharing. Sharing is caring. and caring is loving.

Cuma, selitkan selalu kata-kata hikmah. Madah pujian berindah akhlak. Peringatan berhias pengajaran.

Jika tak baca, mereka mengeling. Jika mereka komen, kan boleh sama-sama kongsi idea?

Saya gembira, moga ini saham saya.

“Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh.”

-hadis Riwayat Muslim

Hidup kat dunia, kejap sangat. Macam tengok filem. Habis aksi, habislah filem. Atau macam lagu. Habis intonasi, habislah lagu. Yang seakan mimpi. Bila terjaga, habislah semua.

Pastikan setiap saat kita dalam dakwah. Mestikan setiap nafas kita dalam tabiyyah. Apa yang kita buat, kita nak semua dalam pahala.

Kita bermain, kita nak pahala. Kita berblog, kita nak pahala. Kita bertwitter, juga nak pahala. Apatah lagi facebook kan? Di situ, pasti, kita juga mahu pahala.

Saya gembira, saya suka. Saya rasa banyak yang saya dapat buat dalam facebook. Amat luas, amat besar.

Macam multi-level kan? Macam MLM. Bila seorang baca, dan yang lain sampaikan. Huh, boleh naik pangkat saya.

Moga ini saham akhirat saya.

Usaha, usaha!

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

2:148

Setiap kali orang baca, setiap kali itulah kamu dapat pahala.

Jom, kita berlumba!

(Seandainya kamu ditag, maka saya dah menyentuh bahu kamu. hehe)...

Tanta Scan,TANTA

Brought to you by : shattirs