Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, April 27, 2010

Tradisi VS Realiti


Ditulis oleh: Che Ku Azri Hakim


SBPI Kuantan,Pahang ~

Dengan nama Allah, tuhan yang maha Pemurah, maha Mengasihani.
Pada suatu malam, ana duduk berborak-borak dengan beberapa orang teman sebelum ditemukan kami dengan satu topik yang menarik, iaitu pantang larang nenek moyang..
orang tua-tua selalu cakap:

“jangan angkat kaki masa meniarap, nanti mak mati”
“jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk”
“pensil jangan lebih pendek daripada jari kelingking, nanti mak mati” (dah dua mak mati)
“jangan duduk atas bantal, nanti bisul”
“kalau rama-rama masuk rumah, tu maknanya ada orang jauh nak datang”

dan macam-macam lagi..Persoalannya di sini, apa kesan tarbiah yang macam ni kepada kanak-kanak?

Bukannya apa, ana risau dengan perkembangan hebat filem-filem tahyul dan khurafat, tarbiah yang sebegini bakal melahirkan ummat yang takut kepada yang tak patut dan tidak takut kepada yang berhak ditakuti..hmm..

Berbalik kepada tips nenek moyang tadi, ana rasa tak patut lah kita panggil petua ‘nenek moyang’. Mungkin mereka pun ditarbiahkan dengan perkara yang sama..Elok saja dipanggil kepercayaan kuno. Agar minda kita tidak ‘intoxicated’ dengan perkara-perkara macam ni.

Salahkah?

Tak kot. Bukan apa, sebenarnya tujuan ‘kepercayaan kuno’ ni adalah untuk mendidik.
Sebagai contoh, jangan duduk atas bantal, nanti bisul. Natijahnya, tak elok lah duduk atas bantal,tu tempat letak kepala. Pensil jangan pendek sangat, natijahnya, susah nak menulis, tukar je pensil baru. Isunya di sini, kenapa tidak diberitahu sahaja sebab disebalik larangan-larangan tu?

Maklumlah, melayu ni banyak berlapik, halus santunnya. Kadang-kadang terlalu banyak ‘lapiknya’ sampai ‘tertimbus’ maksud sebenar.

Contoh depan mata

Tahun lepas, ana pergi trip, ditakdirkanlah naik van yang dipandu cikgu ana, seorang Scottish, bersama anaknya yang masih di peringkat primary school. Yang menarik perhatian ana adalah cara dua beranak ini berkomunikasi. Cara seorang bapa bercakap dengan anaknya yang bolehlah dikategorikan sebagai kanak-kanak ini sangat matang. Setiap penjelasan yang diberikan si bapa ada rasionalnya dan tidak lah sekadar ’sambil lewa, menjawab pertanyaan seorang kanak-kanak’.

Perkara macam ni lah yang patut ada dalam pentarbiahan kanak-kanak. Sebagaimana Saidina Ali Karamallahu Wajhah, seorang kanak-kanak yang dididik oleh rasulullah. Baginda tidak menyampaikan cerita dusta kepadanya. Sebaliknya, baginda mertarbiah Saidina Ali dengan dalil quran dan sunnah. Sikap ini yang patut dicontohi.

Tanta Scan,Tanta.

Brought to you by : shattirs

No comments: