Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, August 16, 2011

Blog SHATTIRS kembali ^_^

Assalamualaikum w.b.t

SHATTIRS : Saya sudah kembali setelah 4 bulan meninggalkan blog shattirs tanpa sebarang 'updte' akibat menyibukkan diri sejak pulang ke tanah air tercinta...

Dikesempatan ini, Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432 H untuk seluruh umat islam didunia ini,kullu am wa ntum bikhair ~

Okla,tiada apa yang ingin diungkapkan cukuplah secebis bicara.

Terima kasih.

SHATTIRS

Friday, April 8, 2011

Majlis Perkahwinan ( Sebelah Lelaki)


::Jamuan di tempat perempuan::

Shattirs : Alhamdulillah,seterusnya majlis berlangsung di rumah pihak lelaki (rumah saya) di Teluk Intan pada hari Ahad 20/3/2011.


::kumpulan Rebana dari Kg Gajah::



::Dari kiri : Mak Njang,Mak Teh(baju merah) & Tok tersayang::


::Mak & rakan2 guru SMK Sg Manik::



::Jamuan di tempat lelaki::


::Pengantin menjamu selera::


::Mastermind majlis (Abg Mie )::



::Nurul Amira Najwa & Nur Aqilah Humaira'::


::bergambar dahulu::



Sepupu-sepupu yang cute & comel::



::Adik lelaki (Mohd Saiful Islam) & Mak::

MALAM : MAJLIS POTONG KEK & BUKAK HADIAH....



::Celoteh yang menghiburkan oleh Mak Tam::



::Mak Teh terseyum malu (Dr Norizan)::


::Aksi kanak-kanak riang::


::Yea,banyak dapat hadiah::


Shattirs : InsyaAllah,giliran saya mungkin berkahwin di Dewan Besar Teluk Intan ^_^

Brought to you by : shattirs

Majlis Perkahwinan ( Sebelah Perempuan)


::Merpati Dua Sejoli::

Shattirs : Untuk kali ini,gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan disebelah pihak perempuan di Tambun Ipoh,pada 19/3/2011.




::Pengantin bersama ahli keluarga sebelah mak (opah)::



::Mak & anak manja kesayanganya (Wawa)::



::Ayahchu & Makchu yang romantik::



::bergambar sebelum majlis berakhir::

Brought to you by : shattirs

Majlis Perkahwinan ( Akad Nikah)


::Permaisuri Hati::

Shattirs : Alhamdulillah,baru-baru ini,telah berlagsung majlis perkahwinan abang saya MOHD KHAIRIL HAFIZI & NUR AZUWA SHAARI.Untuk kali ini,saya sertakan dahulu majlis pernikahan yang telah diadakan di Tambun,Ipoh pada hari Jumaat 18/3/2011.

Tatapan istimewa yang jauh diperantauan dan pengunjung blog shattirs.



::Berdoa tanda kesyukuran::



::Simbol Mahar::



::Ketika majlis akad(kelihatan saya berbaju purple dan kopiah putih dari belakang::



::Majlis berakhir::

Brought to you by : shattirs

Wednesday, April 6, 2011

Di Sini AdaLah DaruL IbtiLa'

SaLaamun 'ALa Manittaba'aL Hudaa....


SHATTIRS : Sudah dua bulan blog shattirs tidak diupdte . Sejuta keampunan buat pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi blog usang yang tidak seberapa ini.

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

" BiLa ujian tidak putus-putus datang, dari arah mana kita perlu memandangnya ? Sebagai satu ujian menambah iman, atau satu baLasan akibat kekufuran ?"

Adwa'...Apabila kita teLiti nas-nas syara', kemudian kita renungkan pula keadaan yang telah dan sedang diLalui oleh manusia dan masyarakat dalam peLbagai peringkat dan zaman, dapat disimpuLkan bahawa sememangnya ALLAH Azza wa Jalla menjadikan kita semua untuk menerima ibtiLa' atau ujian pada sepanjang masa dan dunia ini sebagai DaruL IbtiLa'....

ALLAH SWT berfirman yang mafhumnya :

" Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari nutfah, serta Kami tetap mengujinya, kerana itu Kami jadikannya mendengar dan melihat."

(Al-Insan : 2)

Dari sudut pandangan IsLam amat jelas bahawa ALLAH SWT menciptakan bumi ini sebagai tempat kita semua (tiada seorang pun yg terkecuaLi) di uji, dari mula ia dicipta sehinggaLah bumi ini dan segala isinya dimusnahkan kelak. Bumi adaLah DaruL IbtiLa', negeri ujian dan dugaan, bukan DaruL Jaza', negeri pembalasan, bukan negeri kekal dan pembalasan. Negeri tempat meraih hasiL usaha sebenar hanyalah negeri Akhirat keLak.

Semua yang dijadikan ALLAH pasti beroleh ibtiLa'. IbtiLa' bermuLa kpd para Malaikat, kemudian kpd Nabi Adam Alaihis Salam dan seterusnya kpd anak cucunya yang beriman.

" ALLAH menguji Adam sebagaimana para Malaikat diuji sebelumnya. Setiap sesuatu dijadikan dalam keadaan ia diuji. ALLAH tidak meninggalkan sesuatu daripada makhluk-Nya melainkan Dia mengujinya. Adam tetap dalam IbtiLa' itu sehinggalah baginda jatuh kepada apa yang dilarang untuknya. "

( Qatadah Rahimahullah Ta'ala)

" Wahai hamba2 ALLAH ! Jangan kamu tertipu oLeh kehidupan dunia kerana ia hanya sebuah 'Dar' yang dipenuhi dengan baLa, kemusnahannya dikenaL sudah, dengan taqdir telah digambarkan, semua yang ada padanya akan pergi, di antara penghuninya siLih berganti, penghuninya tidak seLamat daripada kejahatannya, di antara penghuninya ada yang dalam kesenangan dan kegembiraan, mereka berada dalam baLa dan tipudaya, kehidupan padanya dicela, kesenangan padanya tidak kekaL..."

( Sayyidina Ali bin Abi TaLib karamallahu wajhah )

BaLa Pergi Ke Merata Dunia...

Setiap hari BaLa dengan pelbagai jenisnya pergi ke merata dunia menemui makhLuk ALLAH Ta'ala. SebeLum berangkat ia bertanya terLebih dahuLu kepada Tuhan Pencipta MakhLuk, ke mana ia akan pergi dan siapa yang akan ia temui. ALLAH Ta'ala menjawab :

" PergiLah menemui para kekasih-Ku dan orang-orang yang mentaati-Ku. Aku mengibtiLa' keadaan mereka denganmu, Aku menguji kesabaran mereka denganmu, Aku menghapuskan dosa mereka denganmu dan Aku meninggikankan darjat kedudukan mereka denganmu."

Pada setiap hari juga kesenangan dengan peLbagai bentuknya pergi kemerata dunia menemui makhLuk ALLAH Ta'ala. SebeLum berangkat juga ia bertanya kepada Tuhan Pencipta MakhLuk, kemana ia akan pergi dan siapa yang akan ia temui. ALLAH Ta'ala menjawab :

" PergiLah temui musuh-musuh-Ku dan orang-orang yang menderhakai-Ku. Aku akan menambah kezaLiman mereka denganmu, Aku akan menggandakan dosa mereka denganmu, dan Aku akan segerakan seksaan untuk mereka denganmu, serta Aku akan tambah keLalaian mereka denganmu..."

Begitulah keadaan ujian kesusahan dan ujian kesenangan setiap hari menjeLajah dunia menemui makhLuk sehinggaLah baLa berLeluasa dan bertebaran daLam pelbagai bentuk dan jenis, termasuk daLam bentuk fitnah agama.

Singgah BiLa Ada PeLuang

Menjadi SunnatuLlah sesuatu itu terjadi kerana ada sebab musababnya. BaLa yang tidak disukai sememangnya dipohon agar dijauhkan, tetapi akan muncuL kepada orang-orang yang ada sebab bagi BaLa untuk singgah. Antara sebab BaLa singgah dan merata di satu-satu kawasan iaLah apabiLa lima beLas perkara yang disebutkan dalam hadith yang sangat masyhur berlaku kepada manusia. Boleh rujuk perkara tersebut dalam nota ana yang bertajuk " BALA ALLAH : PERSOALAN DAN PUNCANYA "

Harap penjeLasan ini dapat menjawab serba sedikit persoaLan yang teLah dikemukakan oleh akhi Menang Atau Syahid Adwa' beberapa hari yang Lalu. Akhir KaLam.....kita sebagai hamba ALLAH Azza wa Jalla yang beriman dan bertaqwa hendakLah sentiasa mengambiL sikap yang positif terhadap apa sahaja yang dijadikan ALLAH dan yang datang kepada kita kerana yang disangka buruk itu ada kalanya baik dan yang disangka baik pula ada kalanya buruk. Banyak-banyakLah bersabar......

Al-FaQirah ILa RahmatiLlahi Ta'aLa,

Az-Zikraa...


Teluk Intan,Perak


Brought to you by : shattirs

Tuesday, February 1, 2011

KENYATAAN DARI MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________
1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.

4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.

5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my


2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my

3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my

6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.


8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.

Disediakan oleh:-

Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011

Shattirs : Universiti Al-Azhar cuti setahun !!

Brought to you by
: shattirs

Peristiwa Bergambar Menarik Hari Ini : 2-Februari-2011



(BANJIR) Jambatan 1 (di Persimpangan Permaisuri), jambatan utama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Segamat, Johor ditelenggami air sekali gus memutuskan hubungan kedua-duanya. Segamat merupakan antara kawasan banjir di Johor di mana menjadi negeri yang paling terjejas teruk bagi bencana itu selain Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah.

(HARGA PETROL) Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin.Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya.Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

(OPS SIKAP) Pengguna motosikal mencatatkan jumlah kematian paling tinggi iaitu sebanyak lima kematian pada hari keempat Ops Sikap ke-23 yang bermula Khamis lepas.Merujuk kepada statistik laman web Polis Diraja Malaysia, selain daripada pengguna motosikal, tiga lagi yang maut melibatkan pengguna kereta.Sementara itu, sebanyak 1,386 kemalangan dilaporkan berlaku pada Isnin dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 616 kes diikuti jalan persekutuan (290), jalan negeri (226), lebuh raya (180) dan 74 kes lagi di jalan-jalan lain.

(KRISIS MESIR) Kerajaan digesa supaya melaksanakan pelan kontigensi untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke negara terdekat seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya dalam masa 24 jam bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk berlaku.

Brought to you by : shattirs

Krisis Mesir – Terkini!

Tiga pesawat TUDM berlepas ke Mesir

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

“Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi,” kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

“…sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.

Brought to you by : shattirs

TERKINI!! Krisis Mesir:

Wisma Putra Kerja Macam Budak Sekolah??




Krisis politik di Mesir semakin meruncing dan makin membimbangkan!

Terbaru, dikhabarkan Wisma Putra baru saja memberi kenyataan bahawa LIMA pegawai jabatan itu bersama Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay akan berlepas dari KLIA menuju Kaherah bagi meninjau keadaan!

Persoalannya, kenapa baru sekarang nak tinjau dan buat keputusan?

Tidakkah mereka sepatutnya lebih arif mengenai soal diplomatik dan keselamatan rakyat Malaysia di sana?

Bukankah ada Kedutaan Malaysia yang berperanan lebih pantas bertindak tanpa perlu menunggu arahan Kuala Lumpur??

Tidak cukup dengan hanya keluar TV menceceh mengatakan rakyat kita selamat di sana, tetapi kebajikan mereka bagaimana??

Menurut Twitter dari ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebentar tadi membidas tindakan lambat Wisma Putra dengan menyebut:

"Di Mesir bank2 tutup dah 3 hari. Masalah ketiadaan wang, makanan. Keadaan semakin mncabar. Wisma Putra baru nak hantar wakil tinjau keadaam?" (keadaan)?

Mana Anifah Aman? Kenapa ikut juga rombongan Najib Altantuya ke emiriah Arab bersatu semalam?

Tidakkah dia rasa sensitf terhadap rakyat kita yang bertarung nyawa di Mesir??

Satu lagi tindakan slogan "rakyat didaHULUkan" selepas kenaikan petrol RON 97 yang diumumkan sebentar tadi!

Sial Umno-APCO!!

Wisma Putra nilai keperluan pindah pelajar di Mesir

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana “situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia.”

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka...kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)...kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, hari ini.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.

Brought to you by : shattirs

Thursday, January 27, 2011

CALON PAS DUN TENANG : CIKGU MALA








Shattirs : Semalam saya ke Kuala Lumpur,dalam perjalanan rehat di hentian Ulu Bernam,dapat berjumpa dengan Dato Nizar,sempat juga kami bersembang,nak pi Pejabat PAS Kuala Lumpur dan terus ke Dun Tenang katanya..'

Sajak : Buatmu Tenang -KDP PAS PUSAT






N 05 Tenang

Kami turun dengan hasrat mencari menang
Membuatkan Barisan Nasional duduk tak senang
Biar orang kata Barisan Nasional kuat bukan kepalang
Namun Pemuda Pakatan Rakyat bangkit menentang

N 05 Tenang
Pilihanraya kecil ke 14 akan dikenang
menyaksikan kebangkitan Pakatan Rakyat sukar dihalang
Mara gagah mencetus gelombang

N 05 Tenang
Kami cekal mendepani ujian yang merintang
Segala tekanan dan cabaran akan dikekang
Demi membebaskan rakyat yang dirundung malang
Angkara khianat Barisan Nasional yang songsang

N 05 Tenang
Bumi mu akan terus dipelihara tenang
Justeru Tenang bukanlah Bagan Pinang
Kini kami datang tanpa fikir jalan pulang
kalah menang kami akan terus berjuang

N 05 Tenang
Cikgu Normala berwajah riang
Menggalas amanah meniti jurang
Demi khidmat tanpa curang
Mengharap redha dari Tuhan yang Maha Penyayang

N 05 Tenang
Medan siasah Islam dijulang
Watak pejuang bagaikan helang
Pantas menyambar bila berpeluang
Membawa Islam kesegenap ruang

N 05 Tenang
Daerahmu kini tidak lagi usang
Kalimah takbir gema berkumandang
Melakar masa depan yang cemerlang
Disinari hidayah penuh gemilang.

Murnikan perjuangan maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan



2) Kita Minta Hapus Undi POS, SPR Buat Undi Proksi


1. Entah jenaka apa yang dilakukan oleh SPR disaat parti - parti politik yang mewakili rakyat mendesak agar Undi Pos dihapuskan dan satu sistem Daftar Pemilih Secara Automatik dilakukan bagi warganegara yang telah genap usia mengundi, SPR pula sekonyong - konyongnya mengisytiharkan hasrat mereka memperkenalkan Undi Proksi .

2. Apakah SPR tidak memahami kehendak rakyat atau sengaja mereka buat - buat tidak faham ? setelah sekian lama malah berhempas pulas SPR berkempen mengajak orang mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengundi, kenapa tidak diperkenalkan sahaja kaedah Daftar Pemilih secara Automatik bagi mereka yang genap usia yang melayakkan mereka mengundi.

3. Kita sekarang berada dizaman serba canggih. Kaya dengan database malah memiliki sistem Mykad yang up to date, kenapa mesti SPR memilih jalan sukar menghabiskan banyak wang untuk gerakkan mendaftarkan pemilih baru. SPR kelihatan gagal bergerak seiring dengan transformasi dasar dan sistem dalam negara yang dilaung - laungkan oleh kerajaan atau transformasi itu hanya omong kosong untuk menggula - gulakan rakyat dan mendodoikan mereka sedang mereka khasnya SPR masih selesa dengan cara dan kaedah lama yang out of date.

4. Seperkara lagi, mengenai Undi Proksi. Tidak siapa tuntut dan tidak siapa minta untuk mengadakan Undi Proksi, boleh pula SPR memperkenalkannya. Fenomena ini hanya memperlihatkan SPR sebagai satu badan yang senantiasa mencari jalan untuk memenangkan Barisan Nasional dengan memperbanyakkan ruang - ruang manipulasi dalam sistem pilihanraya negara .

5. Sebelum ini pilihanraya diganggu oleh sistem undi pos yang terdedah kepada 1001 ruang manipulasi yang menggugat keabsahan undi atau sokongan sebenar buat parti - parti yang bertanding dalam pilihanraya. Sedang zaman telah maju dan canggih. Tidak tahu dimana rasionalnya undi pos dikekalkan melainkan sengaja dipertahankan untuk menjadi talihayat kepada UMNO dan BN. Sebagai contoh Datuk Seri Najib pernah kalah dalam pilihanraya umum di kawasanya sendiri [ Parlimen Pekan ] tetapi diselamatkan oleh undi pos yang begitu banyak . Bahkan ramai lagi mereka yang menang dengan undi pos sedang mereka kalah dengan undi bukan pos. Sehingga mereka mendapat jolokan Wakil Pos bukan Wakil Rakyat .

6. Kini satu lagi ruang manipulasi cuba dibuka oleh SPR dalam sistem pilihanraya negara ini dengan memperkenalkan Undi Proksi. Ini bukan transformasi tetapi ini adalah satu bentuk Infiltrasi bagi membolehkan satu lagi manipulasi pilihanraya dilakukan.

7. Undi Proksi juga menjadi ruang untuk menafikan hak pengundi sebenar menterjemahkan sokongan mereka dengan undi mereka yang tulen. Persoalan yang timbul ialah Siapakah proksi itu ? apa hak mereka untuk mewakili pengundi ? apa jaminan proksi itu akan mengundi sesuai dengan keinginan atau sokongan pengundi asal ? keuzuran bagaimana yang membolehkan proksi mewakili mereka ? bagaimana pengesahan keuzuran pengundi untuk membolehkan proksi mewakili mereka ? dan lagi dan lagi ......

8. Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia sejurus selesai pilihanraya kecil N 05 Tenang akan mengadakan siri kempen Daftar Pemilih Automatik ke seluruh negara serentak menggerakkan rakyat untuk bangkit membantah undi pos dan apa jua bentuk undi yang terdedah kepada ruang manipulasi ynag menggugat kredebiliti sistem demokrasi pilihanraya dalam negara kita seperti Pengundi Hilang Layak Undi Awam dan Undi Proksi.

9. Penjelasan lanjut mengenai Sikap Dewan Pemuda PAS Malaysia mengenai jenis undi yang pelik - pelik ini di :
http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/11/18493-pengundi-hilang-layak-undi-awam.html

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Brought to you by : shattirs

Tuesday, January 11, 2011

Uji Bakat IMAM MUDA 2 ?



Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!


“Memecah tradisi satu perjalanan dalam sebuah kehidupan.”

Setelah imam muda musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara kita dan juga diseluruh dunia, Imam muda 2 telah dilancarkan baru-baru ini. Musim kali ini lebih mencabar dan juga lebih mendapat banyak liputan, kerana bakal-bakal imam muda ini bukan sahaja dari negara kita, tetapi bersaing dengan negara-negara yang lain. Ia sesuatu kelainan yang cuba diperbaiki sedikit demi sedikit.

Bersifat lebih international, terbuka buat luar negara.

Pelajar-pelajar asing yang belajar di sini juga digalakkan turut serta asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Satu faedah besar apabila mereka boleh bertutur bahasa Melayu, secara tak langsung dapat mengembangkan bahasa kebangsaan, melayu di peringkat antarabangsa.

Untuk menjadi imam yang unggul, remaja Malaysia harus didedahkan dengan persaingan antarabangsa, untuk membuktikan imam muda yang berkaliber, berdaya saing secara sihat dan juga menampakkan pemikiran global yang primitif.


Kelainan imam muda musim kedua kali ini??

Sudah tentunya, musim kali ini lebih baik, dimana penerbit rancangan ini mengakui yang pertama masih ada kekurangannya. Jadi, insyallah mereka akan lakukan yang terbaik untuk pencarian imam muda kali ini.

Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Diantara cabaran baru mereka ialah bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran. Selain itu, topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam turut akan diperkenalkan.


Imam muda musim kedua, wajar atau tidak mengambil peserta dari luar negara??

“Modul dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini, tetapi kita akan tambah modul terbaru mengikut cadangan yang banyak dikemukakan penonton pada musim lalu.

“Ia masih berteraskan kitaran kehidupan manusia seperti pendedahan kepada kes buang bayi, perkahwinan dan pengurusan jenazah di samping memperkenalkan beberapa topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam,” kata Izelan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus-menerus memberi sokongan dan meneruskan kerjasamanya untuk memantapkan program Imam Muda.


Anda berminat untuk IMAM MUDA musim kedua ini?

Bagi yang berminat menjadi pelapis serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai Imam Muda terunggul ini, anda (Lelaki sahaja ya!) dijemput hadir ke sesi temuduga seperti berikut:


22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.

28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.

11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.

19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.

26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.


Beberapa peringkat akan ditapis untuk ujibakat ini!!

Sesi ujian dan temubual terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. Adalah diingatkan hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.


Shattirs : Nampaknya keluarga dan rakan2 sudah memberi sokongan untuk saya masuk uji bakat IMAM MUDA 2011 ^_^,InsyaAllah,masih dalam proses ketelitian sebelum bertindak.


Teluk Intan,PERAK

Brought to you by : shattirs