Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, December 28, 2007

Mutiara Kalam

“Carilah apa yang Anda cintai dari pekerjaan Anda. Hidup hanya sekali.
Tiada yang lebih indah selain melakukan pekerjaan dengan rasa cinta yang tulus!”

“Pepatah mengatakan bahwa ribuan km langkah dimulai dengan satu langkah. Sebuah langkah besar sebenarnya terdiri dari banyak langkah-langkah kecil. Dan langkah pertama keberhasilan harus dimulai dari rumah. Rumah yang paling baik adalah hati. Itulah sebaik-baik tempat untuk memulai dan untuk kembali. Karena itu mulailah kemajuan dengan memajukan hati, kemudian pikiran dan usaha-usaha.

Ketekunan hadir bila apa yang dilakukan benar-benar berasal dari hati.”

“Kata pepatah: matahari pagi tak akan terbit dua kali untuk membangunkan orang yang tertidur nyenyak. Kesempatan pun tak kan mengetuk dua kali agar Anda mahu membukakan pintu keputusan Anda. Bila, ntah ia datang lagi, ia menampakkan wajah yang amat berbeza. Dan, kesempatan terbaik yang Anda miliki adalah hidup yang hanya sekali ini. Pergunakanlah bukan hanya sebaik-baiknya, namun yang terbaik-baiknya.”

Brought to you by: shattirs

Tahniah Untuk Adik



Alhamdulillah,segala puji kesyukuran pada ilahi atas nikmat kejayaan yang diberi..(PMR07) mudah-mudahan adik yang cumil ni terus succes selalu,insyaAllah.Today is better than yesterday.."

Brought to you by: shattirs

Friday, December 21, 2007

Sambutan AidulAdha Di Tanta Meriah

Tanta(20/12/07): Alhamdulillah,Sambutan AidulAdha kali ini nampak begitu meriah sekali,berbanding tahun-tahun sebelumnya,sambutan daripada ahli DPM Tanta memang mengalakkan,penat lelah selama seminggu menguruskan Sambutan kali ini memang berbaloi,mudah-mudahan ianya diterima di sisi Rabbuljalil.insyaAllah.Tahun ini pihak DPMT membuat satu kelainan berbanding tahun-tahun sebelumya.Sambutan kali ini diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Raya pertama (Rabu)dan hari raya kedua (khamis)..pelbagai acara mahupun pengisian yang telah disusun berjaya diaplikasikan oleh para pengunjung samada pelajar2 Al-Azhar mahupun Perubatan Tanta..2 ekor unta serta 6 ekor kambing berjaya ditumbangkan..syukur tak terhinggga pada ilahi kerna diberi nikmat sebegini,mudah-mudahan ianya menjadi titik tolak kepada pengorbanan yang lebih besar di masa hadapan..
Terima kasih tak terhingga untuk para penderma mahupun yang mengambil bahagian di dalam Sambutan pada kali ini..saya selaku mas'ul Sambutan kali ini ingin mengucapkan alfu mabruk pada kalian.moga Allah terus merahmati kita selalu..AMIN.Kullu Sanah wa Antum taiyyibun.."
Bagi tatapan pengunjung blog shattirs,saksikanlah beberapa kiasan daripada sembulan mahupun kemeriahan yang dapat dipaparkan..



..:Solat Raya di Istad Tanta:..


..:Ruang dewan dipenuhi oleh pekerja yang rajin dn cekap:..


..:Unta dan kambing bersedia untuk dilapah:..


..:Berakhirnya sebuah pengorbanan:..


..:Bersama U.Arif (baru pulang mencari unta di Giza,Kaherah):..

"Kegembiraan serta Kesedihan bila terkenangkan Ibunda,Ayahanda,dan Abang di Bumi Mekah,moga di beri Haji Yang Mabrur..amin..ya Allah!.buat adikku Saiful Islam moga dirimu terus cekal sempena Hari Raya kali ini..dan adik yang paling kusayangi (NURUL AMIRA NAJWA) natijah PMR akan menyusul,abang senantiasa yakin dengan kebolehan yang ada padamu..salam sayang rindu dari Angah untuk Wawa... "
Hanya sedikit kalamku untuk keluarga tercinta,moga Allah merahmati kita selalu.."
Hope Dream Come True..
" Life can give you a hundred reasons to cry, but you can give life a thousand reasons to smile."

Brought to you by: shattirs

Sunday, December 16, 2007

Keazaman Serta Keyakinan Menuju Kematian Yang Pasti



Assalamualaikum w.b.t

Lama sekali tidak menulis. Kepingin bukan kepalang untuk melepas rindu dendam dalam Diari Perjuangan. Banyak yang berlaku lewat musim ini. Alasan demi alasan tidak perlu disenaraikan dan dihujahkan. Apa yang pastinya atas kelemahan diri yang serba dhaif dalam mengurus segala haq-haq yang sepatutnya dilunaskan. Lantas hati berdegup bimbang apakah nanti bakal menerima azab Tuhan atas kecuaian diri menunaikan haq-haq yang prioriti terutamanya. Ampuni aku ya Rabb. Jika disini medannya akan aku gagahi dan akan aku teruskan jua. Azamku dengan IzinMu.



Firman Allah Taala yang bermaksud :

" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya."
(Surah Al-A'raf ayat 34)


Ajalku pasti tapi tidak terlihat oleh pandanganku bilakan tibanya ia. Ajal yang Allah janjikan itu takkan tertangguh sesaat pun malah Izrail sesekali takkan alpa dalam urusannya. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan perintah Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika tertimpa kemalangan, atau ketika diserang sakit, maka pastinya Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba, maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang hayatnya sudah tamat. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."


Betapa seringnya malaikat maut melihat dan menatap wajah seseorang, iaitu sebanyak 70 kali dalam masa 24 jam. Andai kata kita manusia sedar hakikat tersebut, nescaya kita tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, atas sebab itu manusia tidak sesekali menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail atas Kuasa Allah.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-tawa, seolah-olah dia tidak ada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki secuil bekal amalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Moga diri ini sentiasa beringat untuk mempertingkatkan amal dalam bulan Zulhijjah yang telah kunjung tiba ini kerana belum pasti diri akan ketemu bulan ini seterusnya sedangkan ajal itu sangat pasti akan menjemput bila tiba waktunya.

...:Salam AidulAdha 1428H dari Shattirs:...

Brought to you by:shattirs

Tuesday, December 11, 2007

Aktiviti Minggu Ini (2 Dalam 1 )

Oleh: Shattirs



Haiyu Asyir: Alhamdulilah,abang selamat berangkat ke Bumi Mekah sekitar pukul 9 pagi menaiki sebuah bas terus menuju Terusan Suez..saya lihat ramai yang datang di sekitar suk syyarat" haiyu asyir samada datang sebagai tetamu mahupun ahli rombongan yang terdiri daripada saudara islam seantero dunia.semalaman di Shoubra memang banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan.mudah2-an ianya menjadi satu wasilah ke arah kebaikan.'Ya Allah..selamatkanlah perjalanan abang..pergi dan balik..ameen.'


dari kiri:Pn Fadilah,Dr Syakir,Prof Dr Hasyim,Penulis,Us Ahmad,Dr Lokman,Abu Nasri..

Mohandisien: Alhamdulillah,selesai berurusan di safarah Malaysia,saya dan sahabat (Abu Nasri)telah dapat bersua muka bersama tetamu dari Malaysia.Ketika dalam perjalanan pulang ke Shoubra,kami telah dilambai oleh tetamu dari Malaysia iaitu Profesor dan Doktor yang merupakan kakitangan Universiti Teknologi Petronas,Tronoh.kami telah dipelawa untuk menjamu selera di Restoran Hadraul Maut.."yuholijnya"seronok dapat berbual bicara bersama ahli Akademik tersebut..bayangkan hampir 2 jam kami berkelana.Antara perbualan yang dibincangkan ialah keadaan pelajar Malaysia di Mesir,sistem pengangkutan Mesir,Universiti2 di Mesir,Sejarah dan pelbagai sesi soal jawab yang membuatkan semua pendengar terhibur dicelah-celah kesibukan Bandar Mohandisien.3 orang Doktor dan seorang kakitangan Pentadbiran UTP sedang mengikuti kursus selama seminggu di Hotel Hilton,anjuran Cairo University berkaitan sektor Engginering untuk semua universiti di seantero dunia.Mudah-mudahan perjumpaan kedua akan muncul 2 tahun lagi di UTP seperti yang dijanjikan..insyAllah..

Brought to you by: shattirs

Thursday, December 6, 2007

Keluarga Bahagia


Setiap insan didunia pasti mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia,keluarga yang menjamin kebahagian didunia dan akhirat.Bayangkanlah betapa indahnya hidup,seandainya seluruh entiti dalam satu keluarga saling kasih-mengasihi ,hormat menghormati ,mengambil berat dan saling bantu - membantu antara sama lain ibarat dicubit peha kanan peha kiri terasa sakit.Namun,ia bukan kerja mudah.Hanya individu yang mematuhi perintah Allah dan rasulnya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka..

Segala panduan dan pedoman demi memiliki keluarga bahagia ada dalam Islam.Bermula dari perkara-perkara yang dasar sehingga yang paling rumit.Oleh itu,sesiapa yang mengikuti garis panduan yang disebutkan oleh Islam berpotensi memiliki keluarga bahagia.Saya berusaha melihat dan mengamati senario yang berlaku dalam institusi kekeluargaan hari ini dan saya dapati kebanyakan masalah yang timbul disebabkan oleh kurangnya maklumat dan kefahaman pada garis panduan berkeluarga dalam Islam.Ramai yang mengambil mudah konsep kekeluargaan Islam sehingga mereka menggunakan kedangkalan akal fikiran sebagai panduan.

Saya percaya pada kenyataan yang Allah sebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 216.Boleh jadi sesuatu itu nampak baik tetapi ia buruk bagi kita tetapi sebaliknya sesuatu itu nampak buruk tetapi ia baik bagi kita dan sesungguhnya Allah maha mengehtahui apa yang baik dan buruk bagi manusia keseluruhanya...

Brought to you by:shattirs

Sunday, December 2, 2007

Imtihan Kembali Lagi




ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SALAM IMTIHAN PADA SEMUA AZHARI SERTA AZHARIYAT,MOGA DALAM RAHMAT ALLAH SELALU.DO THE BEST AMONG THE BEST..DO IT VERY WELL..

INGATLAH,PERJUANGAN MEMANG BANYAK UJIANYA..SO,TABAHKANLAH HATI MENUJU PUNCAK.ALLAH BERSAMA DENGAN HAMBA-HAMBANYA..."

brought to you by:shattirs

Mission And Vision Shattirs



Jadual Harian Azhari Cemerlang Dunia dan Akhirat
Masa Tindakan Catatan :
4.30 pg Qiamulllail
5.00 pg Subuh & Mathurat
6.00 pg Hafalan al-Quran
7.00 pg Tasmi’ al-Quran ( Syeikh )
8.00 pg Muja’h Kitab Kuliah
9.00 pg Kuliah
2.00 ptg Rehat & Aktiviti Persatuan
7.00 mlm I’tikaf Dan Muraja’h Al-Quran
9.00 mlm Muraja’h Dan Muzakarah Ilmiah
11.30 mlm Solat Taubat dan Muhasabah

Membina Perancangan Masa Depan :

2006 Tahun 1 Jayyid
2007 Tahun 2 Jayyid
2008 Tahun 3 J. Jiddan
2009 Tahun 4 J. Jiddan
2010 Kahwin
2011 Master (Al-Azhar,UIAM,UKM,UM)
2012 Phd (UK LONDON,CAIRO UNIVERSITY,UIAM,UKM,UM)
2013 Berkhidmat Sepenuh Masa (Teaching) (Business)
MATI Adakah Sudah Bersedia??

"People are very surprised that i didn't go to UIAM or UM to continue my studies.i chose to study in Egypt because i felt that the exposure to great mix of new and different cultures will help me grow as a person..and i've made a lot of wonderful friends with people from different parts of the world.."

insyaAllah..AMIN YA RABB"

Brought to you by:shattirs

Saturday, December 1, 2007

Belajar Bahasa Siam



Penggunaan perkataan “Krab” dan “kah”

• Krab: digunakan oleh lelaki

• Kah: digunakan oleh perempuan

• Maksudnya: ya. Selain itu, ia digunakan untuk mengakhiri setiap ayat supaya bunyi sopan. Cth:

1. Sawadee krab/ kah

2. Sabai dee mai krab/ kah?

3. Di-chan sabai dee kah

4. Pom sabai dee krab

5. Kun che are-rai krab/ kah

p/s: Kalau nak berkahwin dengan perempuan Thai,memang kena belajarla jawabnya =)

Brought to you by:shattirs

Wednesday, November 28, 2007

Harapan Buat Pejuang



..:Ya Allah..Rahmatilah mereka berdua serta wujudkanlah perasaan kasih sayang bagai rembulan purnama dititian syurgamu..AMIN:..

..:Buat Abangku (Khairil Hafizi):..

Ingatlah,perjalananmu masih jauh,perjuangan mmg tidak akan selesai hingga hembusan nafas terakhir,syafaat hafalanmu senantiasa menyinari keluarga.teruskan kecemerlangan dirimu..."
Mudah2-an selamat berangkat ke tanah suci Mekah pada 12/12 ini.Kirimkanlah bayu lembayan kasih sayang pada Ayahanda dan Bonda di sana.i wanna wish u best of luck forever..keep in touch.i think u can do it.go go my brother.have a nice day.

..:Buat K.Ana (Rohana Bt Akob):..

Sesunguhnya kita saling bertuah kerna dapat bertemu,mengenalimu ibarat satu cahaya bagi diri ini,Alhamdulillah..nasihat serta kata-kata perangsang darimu amat bernilai,mudah-mudahan serikandi Islam ini akan dirahmati Allah senantiasa.insyaAllah..Teruskan perjuangan.."
Sudah dianggap seperti kakak kepada seoranga adik,itulah yg mampu ku ungkapkan.Lawak jenaka sewaktu bertemu denganmu dan keluarga telah menjadi kenangan yang abadi.mudah2-an kunjungan akan muncul lagi..

Hanya Sedikit kalamku untuk Kalian Berdua..Moga Allah Merahmati Kita Selalu..AMIN.

Brought to you by: shattirs

Makhluk Allah



Just for info n guide to appreciate ourselves..

Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.

But, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol ape ye?? saya pasti anda juga tahu maksudnye. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. So, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak same sekali dengan warna kulit anda. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung anda menutupi bentuk tangan anda.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang nie lebih afdal..kat mydin banyak jual.

Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat solehah, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat umah. Lebih selamatkan...

Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas anda semua sudah selesai. Kenalah pula menjaga kehormatan diri anda. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami anda. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan anda jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kita tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki......

p/s: ..:Peringatan Bersama:..

Brought to you by: shattirs

Monday, November 19, 2007

Selamat Mengerjakan Haji Ayahanda n Bonda Tercinta



"Ya Allah..selamatkanlah perjalanan Ibu dan Ayahku..untuk menghadap rumah sucimu..moga dikurniakan Haji yang mabrur..amin.."
Alhamdulillah..Ayahanda dan Bonda selamat berangkat ke Tanah Suci..( isnin pada jam 3.15 pagi(waktu Malaysia) KT 29 Malaysian Airlines...Ku kirimkan doa pelindung dari Bumi Anbiya'..mudah-mudahan Allah merahmati Ayahanda dan Bonda Tercinta..insyaAllah.

Brought to you by:shattirs

My Memory



Mudah2-an kenangan demi kenangan akan membawa seribu erti kemanisan dalam erti sebenar perjuangan sebagai hamba Allah..Yakinlah..Pelbagai hikmah yng menanti andai dilaksana dengan sepenuh hati..nah,mari jayakan misi ini "

Brought to you by: shattirs

Assalamualaikum w.b.t





Brought to you by: shattirs

Wednesday, November 14, 2007

Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta 07/08


Mudah2-an takhlifan mahupun amanah yang terus dipundak dibahu ini,akan menjadi teras semangat seorang pejuang Allah didalam menyelusuri mehnah mahupun tribulasi hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..insyaAllah.
Yakinlah...semua orang adalah Pemimpin...untuk dirinya,masyarakat,bangsa,agama n negara...All da best untuk Saf Kepimpinan DPM Tanta sesi 07/08..mudah2-an kita semua didalam nikmat mahupun rahmat ilahi..AMIN.
Brought to you by:shattirs

Tuesday, November 13, 2007

Kisah Wanita Cantik

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam duka cita yang mencekam.Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.

Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulityang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya,Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakann ya. " jawab wanita cantik."Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ... ...telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... ... lantas hamil.Setelah anak itu lahir, langsung saya... ... . cekik lehernya sampai.. . ... tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik," Perempuan bejad,enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.

Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya,betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanitayang hendak bertobat dari dosanya?Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril."Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?""Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya . Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepadaAllah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyadari, orang yangmeninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembah yang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan,bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orangyang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwaAllah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

Di kutip dari buku 30 kisah teladan - KH(Abdur rahman Arroisy) Dalam hadist Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.Dalam hadist yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun.Satu tahun terdiri dari360 hari, sedangkan satu hari di akherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Brought to you by:shattirs

Thursday, November 1, 2007

Balik Ke Mesir

salam..
Disebabkan ramai sahabat-sahabat yang bertanya soalan yang sama..so,saya bgtau jawapannya disini,ewah,mcm penguguman tarikh Hari Raya pulak =)..
InsyaAllah,saya akan kembali ke bumi Mesir Al-Azhar pada selasa 13/11 (egypt air)..mesti ramai yg rindu ni,hehe,saya pun rindukan anda semua terutamanya mutiara ilmu Al-Azhar..so,kenalah cepat2 balikkan..
wassalam..
Brought to you by: shattirs

Monday, October 29, 2007

Tidak Mencegah Kemungkaran

Pagi tadi,saya menerima email dari seorang kawan IPTA Tempatan yang mengajukan pertanyaan berkaitan Hukum kita melihat kemungkaran.Saya bukanlah orang yang layak untuk menjawabnya,tetapi sebagai penuntut ilmu,itulah tanggungjawab yang perlu dipikul.mudah2-an wacana pemikiran yang positif akan terus dikekalkan dalam memupuk rasa cintakan Islam dalam kehidupan seharian..

lantas saya membaca pertanyaannya:
Ustaz Helmi ,saya nak tnya apa hukumya bagi mereka yang melihat sesuatu kemungkaran ,mempunyai kuasa dan akal ,tetapi tidak menegah atau mencegah kemungkaran itu daripada terus berlaku ?bolehkah kita membenci di hati sahaja?

JAWAPAN SAYA
Boleh kita membenci di hati,tetapi ia dianggap selemah2 iman berdasarkan hadis Abu Said Al-Khudri dan ianya dianggap sebagai martabat yang ketiga selepas mencegah dengan tangan (kuasa) dan lisan (kata2)..

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Dari Thariq bin Syihab ra. ia berkata: Orang yang pertama berkhutbah pada hari raya sebelum salat Ied adalah Marwan. Ada seseorang yang berdiri mengatakan: Salat Ied itu sebelum khutbah. Marwan menjawab: Telah ditinggalkan apa yang ada di sana. Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah melaksanakan kewajibannya. Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman ..

Ingatlah,kita bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin serta diamanahkan selaku khalifah Allah di muka bumi ini,semuanya akan ditanya samada tangan ,mulut dan anggota pancaindera yang lain.mudah2-an kita semua didalam naugan rahmat dan hidayah ilahi senantiasa..amin.

walla'ulam
Brought to you by: shattirs

Balasan Pada yang Ingkar

Cegah Sebelum Terlambat...

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Brought to you by: shattirs

Thursday, October 25, 2007

Kisah Puteri Raja yang Cantik


Tersebutlah satu kisah di zaman silam,sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka.Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.

Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan Negeri beliau akan serangan Negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong.Baginda risau, risau serisau-risaunya.Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka.
Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.

Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda.Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka,Siam dan Sulawesi.Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir,Kasturi, Lekiu turut bertanding.Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir.

Dan tiba2 kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri.Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.

Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun
Sultan : Ya, temenggung, apakah khabarberita itu.
Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.
Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.
Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri tuanku adalah . . . . . . . . . .. . . .
Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?Puteri Bunian?.. Puteri Gunung Ledang?..Putri Buluh Betong?... .CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! ! ! ! ! ! ! !
Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... ...(Jawap Temenggung terketar-keter).anakanda Tuanku adalah... ... ... ...... ...
Temenggung : PUTERI UMNO tuanku . . . .

Ps:tiada kaitan yg hidup mahupun sudah tiada..:P
Brought to you by:shattirs

Tuesday, October 23, 2007

Syuhada Yang Cerdik


Kali ini,saya nak cerita tentang adik sepupu yang bertambah cerdik dari hari ke hari..Alhamdulillah.Nurul Syuhada namanya.Syawal yang lalu,adalah kenangan bersamanya,yang tak mahu berpisah dan berhenti gelak tawa di hari yang mulia.
Sehinggakan gelaran adik disebut2 oleh pengunjung2 yang datang ke rumah dan Kg.
Kecerdikannya amat menakjubkan hati..walaupun hanya berusia hmpir 4 tahun.
Moga dirimu menjadi Serikandi Harapan Ummah..insyaAllah.
Gambar diatas menujukkan alangkah gembiranya dia menangkap gambar depan laptop..xpe,insyaAllah,kita akan bertemu sekali lagi 2 tahun dari sekarang...
ps: Sekadar berkongsi cerita.
Brought to you by : shattirs

Gudluck Untuk Adik


Gudluck untuk adik saya (NURUL AMIRA NAJWA) yang baru selesai menduduki PMR..

Abg rasa wawa boleh mendapat yg terbaik..i think u can do it..
7A 2 B dalam trial adalah petujuk awal untuk merialisasikan impianmu untuk menuntut ilmu di KISAS o TKC..

Teruskan kecemerlangan dirimu..i wanna wish u best of luck in ur life forever..AMIN

Brought to you by: shattirs

Tahniah Dr Sheikh Muszaphar

Tahniah pada Angkasawan Pertama Negara..Dr Sheikh Muszaphar atas kecemerlangan beliau
sepanjang berada di ISS..Alhamdulillah,sudah selamat tiba di bumi..menaiki kapal Soyuz milik Russia.

Pagi tadi semasa menonton Saluran Awani di Astro..ada terbaca hasrat Dr Sheikh nak pergi ISS lagi ,kali ni sebagai Komander di ISS.mudah2-an tercapai..insyaAllah.

Brought to you by: shattirs

Syair Pujaan Kepada Keindahan..



..:Perempuan Hiasan Dunia:..

alangkah indahnya senyum merekah merah yang kelak terkatup membiru dan murung melengkung pilu..

alangkah indahnya dendang merdu gelak tawa yang kelak senyap bisu tinggal angin meraung sendu ..

alangkah indahnya pandang bening bola mata yang kelak muram terpejam kelopaknya dan tergulir jatuh tinggal rongga hampa..

alangkah indahnya tubuh semampai melenggang gemulai yang kelak layu tumbang terkulai lalu amis membangkai ..

alangkah indahnya rambut hitam tebal tergerai yang kelak putih kusam dan kusut terburai ..

alangkah indahnya kulit halus mulus kencang yang kelak mengerut mengendur lalu terkelupas berlepasan ..

alangkah indahnya padat sintal daging yang kelak leleh terurai dirubung beribu belatung ..

alangkah indahnya hangat gelegak darah yang kelak surut kering disadap bumi ..

alangkah indahnya kukuh tegak tulang belulang yang kelak luruh lungkrah berserakan ditimpa sinar bulan ..

alangkah indahnya
alangkah indahnya
alangkah indahnya
alangkah indahnya.....

Brought to you by: shattirs

AlTafsir.com

Makluman Sahabat2..jika nak mudah mencari tafsir Al-Quran..bolehla melayari laman web..

www.altafsir.com

2 Bahasa : Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Sedikit petikan altafsir.com...

ALTAFSIR.COM is a completely free, non-profit website providing access to the largest and greatest online collection of Qur’anic Commentary (tafsir or tafseer), translation, recitation and essential resources in the world.....

Brought to you by : shattirs

Wednesday, October 17, 2007

Kuasa Islam Akan Bangkit?

Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata...

Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat,George W. Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah.Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror.Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir.

Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy,dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di America
n Legion Convention pada28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme." Dan kemudian pemikiran musuh, mengakui bahawa sebuah masyarakat bebas di timur tengah akan menjadi serangan utama untuk cita-cita mereka untuk menyebarkan khilafah di seluruh Timur Tengah, cubaan untuk membuat keganasan agama.

Mereka membunuh mereka yang tak berdosa yang menyebabkan masyarakat ragu terhadap pemerintah dan sekutunya."( "And then the thinking enemy,recognizing that a free society in the Middle East would be a major blow to their ambitions to spread their caliphate throughout the Middle East ,tried to create sectarian violence. They murdered the innocent in order to cause people to doubt government and doubt thecoalition.")<>"Para ekstrimis ini berharap untuk menentukan visi gelap yang sama merentasi Timur Tengah dengan menggunakan kekerasan dan khilafah radikal yang terbentang dari Sepanyol hingga ke Indonesia .

"("These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle Eastby rising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia .")Daripada ucapan yang dikeluarkan dari mulut-mulut pemimpin barat ini jelaslah kegerunan yang tersimpan didalam diri mereka terhadap negara Khilafah yang pasti akan muncul dengan izin Allah.Jika dulu ungkapan seperti Caliphate(Khilaf ah) dan Caliph (Khalifah) amat sukar untuk mereka ungkapkan dari mulut mereka sendiri kerana bimbangnya dengan sentimen kebangkitan istalah itu, namun kini situasinya tidak lagi. Ungkapan Khilafah dan Khalifah mukhtahir kini sering muncul dari ucapan mereka, namun didalam konotasi yang negatif, didalam usaha untuk mengelirukan dan menyerang pemikiran umat Islam dan dunia.

Ini kerana barat telah menyedari usaha mereka untuk membius umat islam dari terus melupakan Khilafah di dalam diri mereka terbukti sia-sia. Seruan umat Islam di seluruh dunia terus kuat bergema dari hari ke hari untuk mengembalikan semula Khilafah. Kini barat menggunakan taktik dengan mengaitkan usaha menegakkan Khilafah sebagai aktiviti eksremis dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti Al-Qaeda.Panggilan gerakan Islam terhadap umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kembali khilafah ini benar-benar membimbangkan pihak barat. Mereka cuba melakukan perancangan-perancan gan untuk mengaitkan perjuangan menegakkan Khilafah dengan kekerasan, namun itu juga adalah perkara sia-sia kerana umat Islam menyedari hal ini dan ketakutan serta kebencian mereka terhadap Islam benar-benar terserlah melalui ucapan dari mulut-mulut mereka dan lebih dari itu.“Wahai orang orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti...” [TMQ Al-Hujurat (49):6]“
Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. ” [TMQ Ali Imran (3):118]

Meskipun pihak barat merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dengan segala cara, namun apa yangmereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, namun Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci” [TMQ ash-Shaff : 8]-

wAllahual am-
Brought to you by: shattirs

Tuesday, October 9, 2007

Salam Hari Raya Aidilfitri..


Alangkah hibanya hati ini tikamana bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita semua. Begitu pantas masa berlalu. Seolah-olah baru semalam berpuasa pada hari pertama. Rasanya kenikmatan Ramadan belum puas diraih. Sebagai insan yang lemah, banyak kelemahan dalam bulan Ramadan. Mengejar ganjaran pahala sebaik mungkin, tetapi adakah amalan itu sudah diterima Allah? Semoga Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang perkenankan amalan yang tidak seberapa ini.mudah2-an amalan semua umat Islam yang beriman dan bertaqwa diterima Allah. Amin ya RABB...

Kini, menjelang bulan Syawal. Bulan kemenangan setelah berpuasa menghadapi segala cabaran dalam Ramadan. Namun, kemenangan itu hendaklah dilakukan sebaik mungkin dengan amalan yang berfaedah,dengan berusaha ke arah kebaikan,bukan sebaliknya.Bulan ini jugalah mengikut tradisi orang Melayu, berkumpul adik beradik dan sanak saudara di kampung. Pasti suasana amat meriah dengan gelak ketawa mahupun usik mengusik sekeluarga akan membuatkan saban tahun hari lebaran ini tidak dapat dilupakan.Kita maklumi,bulan ini juga dianjurkan saling maaf bermaafan antara satu sama lain. Bermaafan dengan penuh keikhlasan. Penuh kasih sayang dan kemesraan.Inilah hikmah yang Allah tunjukkan pada hambanya .Wajah-wajah kasih sayang di bulan Ramadhan dapat dijelmakan dibulan yang bahagia ini.
Dikesempatan yang ada ini,Saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya sepanjang apa yang dicatatkan dalam blog ini menyinggung hati pembaca. Kepada semua pengunjung blog ini saya, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tidak seberapa dan tak seindah bahasa.

Kepada sahabat-sahabat di seantero dunia khususan sahabat -sahabat dari blog , semoga gembira berhari raya bersama keluarga. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..insyaAllah.
Kepada sahabat-sahabat penulis, teruskan berkarya meskipun sibuk berhari raya.Ingatlah,perjuangan belum selesai,teruskan usaha serta tambahkan thaqafah ke arah kegemilangan kendiri. Teruskan perjuangan menyampaikan ilmu yang berguna. Itulah bekalan kita di sana yang abadi.Buat akhirnya Salam lebaran Aidil Fitri dari sy Shattirs (Mohd Helmi Che Fauzi)

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...


Brought to you by: shattirs

Indahnya Bulan Ramadhan

shattirs sesi 07/08

Hari ini Rabu 10 Oktober 2007 bersamaan dgn 28 Ramadhan 1428 Hijrah..tiba-tiba hatiku rasa sedih,bulan yang penuh barakahnya ini akan meninggalkan umat Islam..baik dimana mereka berada.adakah sudah sempurna amalan sebagai seorang hamba?,adakah setiap peluang berjaya direbut.?amalan makin meningkat atau sebaliknya?jawapanya kita sendiri mengehtahuinya,bukan orang lain,itu yang pasti. Ya Allah,adakah hambamu ini layak untuk memasuki syurgamu tikamana amalanku tidak setimpal dengan umur yang semakin meningkat..membuatkan saya sering muhasabahkan diri ini supaya tidak leka mahupun alpa dalam mencari rahmat mahupun redho ilahi.
Detik-detik yang berlalu bagaikan panahan petir yang bisa mungkin tidak akan kunjung lagi,alangkah bahagianya mereka yang berjaya mendidik diri didalam bulan ini seterusnya dapat pula di"tadbiqkan" di bulan-bulan yang seterusnya,inilah janji Allah pada mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa padanya.mudah2-an kita tergolong dikalangannya,amin.
Bulan Ramadhan,bulan dimana manusia kembali ke fitrah ciptaan,dosa-dosa lalu diampunkan seperti baru dilahirkan didunia ini,dengan syarat penuh dengn keimanan dan penghayatan selaku hamba pada pencipta.Banyak nas-nas Al-Quran mahupun Hadis S.A.W menceritakan kelebihan bulan ini,semua orang sudah tahu,acapkali juga pendakwah-pendakwah sering melontarkan ungkapanya sejajar tibanya bulan yang mulia ini,tetapi adakah kita sudah mampu mengabdikan diri sepenuhnya untuk mencari seribu malam yang dijanjikan ilahi?Sesunguhnya malam itu diturunkan Al-Quran ,yang kita maklumi,sebagai petunjuk seluruh manusia mahupun alam .
Moga-moga kita berjaya didalam bulan tarbiyah ini,dan seterusnya dapat pula dikekalkan dibulan-bulan yang seterusnya,insyaAllah.

Kullu Sanah Wa Antum Toiyyibun


Brought to you by: shattirs

Sunday, October 7, 2007

Kaedah-Kaedah Dalam Mensikapi Perbezaan Pendapat


"Kehidupan di zaman moden ini sememangnya menjanjikan cabaran yang besar kepada umat Islam. Umat Islam kini mudah terdedah dengan berbagai maklumat dan aliran pemikiran daripada dunia barat mahupun timur, dan ini telah menyebabkan lahirnya berbagai-bagai pendapat berbeza dalam dalam perkara-perkara ilmiah mahupun keduniaan, termasuk hal-hal hukum Islam.Apa yang merisaukan ialah sekiranya perbezaan pendapat ini jika tidak ditangani dengan sempurna, ianya mampu mendatangkan perasaan tidak senang hati di kalangan sesetengah pihak; kemudian perselisihan, bantah-membantah dan permusuhan.

Oleh yang demikian, kaum muslimin dan muslimat seharusnya mempunyai kaedah-kaedah yang matang dan efektif dalam menangani perbezaan pendapat agar ketegangan sesama umat Islam tidak timbul. Sesungguhnya ketegangan seperti ini mampu meruntuhkan kesatuan umat sebagaimana terungkainya penyapu lidi sekiranya tali pengikatnya dibuka. Keadaan ini amatlah bahaya dan mesti dielakkan. Antara kaedah-kaedah asas dalam menghadapi situasi perbezaan pendapat ialah:

1)Sekiranya terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara dalil naqli dan dalil naqli, wujud fleksibiliti untuk memilih mana-mana pendapat yang dilontarkan asalkan ianya berlandaskan nas-nas yang sahih, dan nas-nas tersebut telahpun difahami dahulu maksudnya dengan tepat; melalui guru-guru yang terpercaya dan rujukan daripada kitab-kitab yang mahsyur. Contoh yang baik untuk kes ini adalah seperti: dibolehkan memilih sama ada untuk meletak tangan kanan di atas lengan kiri, atau di atas pergelangan tangan kiri atau di atas tapak tangan kiri semasa berdiri dalam solat. Ini kerana ada hadith yang menunjukkan Rasullullah membolehkan ketiga-ketiga cara tersebut. (Rujuk “As-Salatun Nabi”, karya Sheikh Nasir al-Din Al-Albani). Kesimpulannya, jika terjadi kes dimana kedua-dua pihak tidak boleh dipersalahkan kerana masing-masing berpegang kepada nas-nas yang sahih, pilihlah mana-mana pendapat pun. Bukankah lebih memudahkan kehidupan kita jika wujud beberapa pilihan daripada satu pilihan sahaja? *Perlu diingatkan di sini walau dalam apa jua perbahasan yang melibatkan dalil-dalil yang sahih, JANGAN sesekali menafikan dalil-dalil sahih yang dibawa pihak lain, dan PASTIKAN dalil-dalil yang digunakan untuk mengeluarkan/memilih pendapat difahami dengan setepat-tepatnya sebelum kita membawanya ke meja perbahasan.

2)Sekiranya berlaku pertentangan pendapat antara naqli dan naqli, di mana salah satu daripada dalil naqli tersebut lebih disokong oleh akal fikiran yang sihat, maka kedua-dua pendapat adalah benar dan masih difleksibelkan bagi kita untuk mengambil yang mana satu pun. Cuma kecenderungan keutamaan pendapat perlulah lebih memihak kepada pendapat yang disokong oleh dalil naqli yang lebih serasi dengan akal fikiran tadi. Contoh dalam kes ini ialah seperti: berdasarkan sebuah hadith, dibolehkan makan dan minum berdiri. Sementara itu, terdapat hadith yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w menyarankan agar makan dan minum sambil duduk, dan sebagai tambahan akal yang bersih juga lebih menyukai makan dan minum sambil duduk. (Kedua-dua hadith ini ada terdapat dalam kitab Riyadhus Salihin karya Imam Nawawi) Apa yang jelas daripada perbezaan pandangan seperti ini ialah terhasilnya satu kefahaman bahawa: “Lebih utama jika makan dan minum jika dilakukan sambil duduk kerana ianya nampak lebih sopan berbanding makan dan minum sambil berdiri. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk makan sambil duduk, boleh sahaja makan dan minum sambil berdiri”. Kesimpulannya, kedua-dua pendapat boleh diterima dalam kes ini, cuma keutamaannya berbeza kerana kedua-keduanya tidak sama darjatnya di sisi logik akal fikiran.

3)Dalam kehidupan manusia pendapat majoriti seringkali lebih tepat dan sesuai. Oleh yang demikian walau macam mana pun rupa situasi percanggahan pendapat (dalam hal-ehwal Islam) tersebut, hendaklah diutamakan pendapat majoriti (jumhur) ulama terlebih dahulu dan lihatlah hujah yang ditampilkan atas terlontarnya pendapat tersebut. Adalah merupakan satu perbuatan yang ditegah dalam Islam untuk mengikut pendapat seseorang, selain kata-kata Rasullullah s.a.w, tanpa mengkaji sebab terhasilnya pendapat tersebut. Fenomena ini juga diketahui umum sebagai ‘taqlid’ dan orang yang melakukannya dikenali sebagai ‘muqallid’. *Sila kaji apa kata para imam, terutamanya imam-imam mazhab tentang larangan mereka dalam mengikut pendapat mereka, sekiranya ada terdapat pendapat-pendapat mereka yang tidak bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Pastinya, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh imam-imam ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mahu para pengikut pendapat mereka menjadi ta’sub terhadap pendapat-pendapat imam-imam ini. kereta’suban seperti ini boleh menyebabkan berlakunya penerimaan negatif terhadap pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh orang lain, meskipun pendapat-pendapat lain tersebut ternyata lebih kuat. Alangkah bagusnya tahap kesedaran yang dimiliki oleh imam-imam cerdik pandai ini, bahawa dalam mengeluarkan pendapat, tidak semestinya pendapat mereka itu 100% betul. Kata-kata para imam ini juga membuktikan mereka sangat bertoleransi dalam menerima perbezaan pendapat; mereka tidak suka untuk menunjukkan pendapat mereka betul, mereka hanya mahukan pendapat yang paling kuat tanpa mengambil kira siapakah yang mengeluarkan pendapat tersebut.

4)Sekiranya perbezaan pendapat yang berlaku tidak melibatkan hal-hal Islam secara langsung (contoh: sains, kesasteraan dan sebagainya.), maka pendapat yang lebih kuat mengikut logik perlulah diterima dengan berlapang dada walaupun pendapat tersebut mungkin bertentangan dengan pendapat kita. Perlulah diingat di sini bahawa pendapat kita tidak semestinya betul, jadi perbezaan pendapat adalah merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat kerana ianya boleh membetulkan pandangan kita andai ia kurang tepat. Apa yang penting, individu-individu yang terlibat dalam perbezaan pendapat haruslah berfikir dengan matang, tidak berniat untuk menunjukkan hanya pendapatnya sahajalah yang betul, tidak ego, tidak beremosi (moody), penuh pertimbangan dan bertolak-ansur sepanjang berjalannya sesi perbincangan perbezaan pendapat tersebut. Dengan cara ini insyaAllah pendapat yang terbaik akan diperolehi dan sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Semua orang yang terlibat dalam sesi perbincangan ini tentu saja akan berasa gembira kerana kesepakatan telah tercapai.

5)Sekiranya berlaku percanggahan pendapat antara dalil naqli dan aqli, semestinya dalil naqli yang akan diterima. Akal manusia sama sekali tidak mampu menentang keunggulan hukum-hukum Allah. Dalam suatu situasi, jika diri kita suka melakukan sesuatu tetapi tiba-tiba kita dinasihati oleh seorang saudara kita yang prihatin bahawa perbuatan kita tadi tidak dibenarkan dalam Islam, maka janganlah merungut dan janganlah berkeras hati untuk menerima hakikat ini. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. telahpun berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud: “…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. Sesungguhnya pengetahuan Allah itu meliputi segalanya dan tiadalah berdaya ilmu manusia untuk mempersoalkan ketetapanNya.*Dukacitanya hari ini kita telah melihat bagaimana sikap segelintir daripada kalangan kaum muslimin dan muslimat yang telah bertindak menentang hukum Allah kerana pada sangkaan mereka hukum-hukum unggul ini tidak lagi relevan pada zaman ini. Contohnya, masa kini telah berlaku penentangan terhadap Islam oleh golongan yang mengaku Islam sendiri iaitu tentang beberapa perkara seperti hukum berpoligami, kaedah pembahagian harta secara faraid, kaedah pergaulan lelaki dan perempuan, batasan aurat wanita, dan lain-lain. Golongan penentang hukum Allah ini jahil tentang Islam dan mereka telah bertindak menurut pemikiran mereka sendiri untuk mengubah hukum-hakam agama suci inii demi memuaskan keinginan duniawi mereka! Semoga Allah memberi petunjuk ke atas mereka untuk bertaubat.

6)Sekiranya tiada kesepakatan pendapat dicapai kerana kedua-dua pihak yang berbeza pendapat mempunyai hujah-hujah yang setara kuatnya, maka hal ini adalah tidak mengapa, hentikanlah perbahasan, dan masing-masing boleh terus bertahan dengan pendapat masing-masing tanpa merasa marah kepada pihak lain, atau dipersilakan untuk memilih mana-mana pendapat yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berbeza pendapat kerana pendapat-pendapat yang berbeza tersebut masing-masing setara kekuatannya (daripada segi naqli mahupun aqli). Walaubagaimanapun, hal ini jarang berlaku kerana lazimnya dalam sesi perbahasan yang sopan dan tertib, pendapat-pendapat yang berlainan tetapi sama kuat ini adalah benar sahaja kesemuanya dan kita boleh mengambil yang mana-mana pun mengikut kesukaan kita, berdasarkan konsep kaedah 1 tadi.

7)Perbezaan pendapat dalam perkara cabang adalah kurang utama berbanding perbezaan pendapat dalam perkara pokok. Pihak-pihak yang berbeza pendapat sepatutnya mengurangkan perhatian tentang perbahasan perkara-perkara cabang dan mengutamakan perbahasan dalam hal-hal pokok yang jauh lebih utama. Antara contoh kesilapan yang sering berlaku hari ini ialah umat Islam sibuk bertelagah tentang “hal ini bidaah atau tidak?”, “hal itu bidaah atau tidak?”. Sewajarnya yang lebih utama adalah umat Islam lebih memfokuskan diri terhadap menghasilkan perkara-perkara baru dalam hal-hal keduniaan untuk menghasilkan teknologi baru, bukannya sibuk mencipta perkara-perkara baru dalam ibadah (rujuk Sunnah dan Bidaah, karya Dr. Yusuf Qardawi). Ibadah-ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasullullah tetapi dilakukan oleh golongan muslimin pada zaman ini, perlulah dielakkan daripada melakukannya kerana itu hanya akan menggalakkan lahirnya isu-isu perdebatan yang baru, dan ini akan merugikan masa dan tenaga. Sepatutnya, jika masih terdapat golongan yang masih melakukan ibadah-ibadah yang bukan termasuk daripada amalan Rasullullah, janganlah pula kita memusuhi mereka, dan janganlah dengan mudah kita menuduh hal yang demikian itu bidaah, kerana tuduhan sebegitu tidak mempunyai asas yang kukuh. Perbuatan membidaahkan orang sewenang-wenangnya dikhuatiri akan mendatangkan permusuhan dan persengketaan. Ketepikanlah permasalahan cabang sebegini duhulu. Risaukanlah mengenai hal-hal yang jauh lebih utama seperti keadaan segelintir remaja masa kini yang tidak menunaikan solat, keadaan muslimin masa kini yang selalu lalai dengan dunia, kesengsaraan umat Islam di Palestin, dan lain-lain masalah pokok umat Islam. ---------------------------------------------------------------------
Secara umumnya, kaedah-kaedah menyikapi perbezaan pendapat haruslah dikuasai sebaiknya oleh setiap individu muslim untuk membolehkan umat Islam bersatu di bawah satu fikrah yang sama. Perbezaan pendapat sebenarnya bukanlah satu masalah malah ianya mendatangkan banyak manfaat kepada kita sekiranya kita pandai menanganinya. Adalah merupakan satu pandangan yang salah untuk mengatakan bahawa dalil-dalil Al-Quran dan hadith tidak perlu digunakan dalam menangani perbezaan pendapat dalam hal-hal dunia. Ini kerana perbezaan pendapat dalam urusan dunia itu juga adalah berkenaan tentang urusan kehidupan umat Islam, dan semua hal-hal kehidupan umat Islam sudah semestinya adalah hal-hal Islam.

Kerana itu, dalam menetapkan keputusan atau pendapat dalam hal-hal dunia kaum muslimin, rujukan kepada Al-Quran dan hadith juga adalah sangat-sangat dimestikan. Kedua-dua sumber utama ini ini bukan hanya digunakan untuk memilih atau melahirkan pendapat dalam ilmu fiqh sahaja. Semoga kewujudan perbezaan-perbezaan pendapat dalam kehidupan muslimin dan muslimat masa kini tidak menjadi suatu bebanan kepada kita semua.

Apa yang paling diharapkan ialah dengan adanya kesepakatan mahupun ketidaksepakatan dalam suatu perkara yang melibatkan percanggahan pendapat, fikiran umat Islam akan semakin berkembang malah ukhwah mereka akan semakin teguh; bukannya menyebabkan perpecahan dan sikap saling cela-mencela antara satu sama lain.

Brought to you by : shattirs
sumber: www.ukhwah.com

Motivasi Shattirs

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang –

� Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

� Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

� Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

� Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

� Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

� Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

� Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

� Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

� Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

� Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

Brought to you by : shattirs

Saturday, September 29, 2007

2 Bulan Di Malaysia

..:Penulis berada di hadapan rumah:..

salam untuk semua,rasanya dah lama tak menuliskan sejak pulang ke Malaysia ini,mungkin masa agak membatasi untuk menjenguk apatahalagi menulis di blog shattirs ini.Alhamdulillah,penulis dapat lihat blog shattirs ni sudah ramai pengunjungnya..mudah2-an isinya juga mendapat kepuasan kepada pembaca yang budiman.bagi diri penulis,perlu ada nilai dan benda baru setiap hari,supaya daya pemikiran ini dapat dicambah dari hari ke hari,insyaAllah..
Berada di Malaysia
Alhamdulillah,masuk harini,genap dua minggu saya berada di Malaysia,rasa gembira sebab dapat bertentang mata bersama ahli keluarga tercinta yang sekelian lamanya menanti anaknya ini pulang ke rumah.syukur kerana sudah dimakbulkan ilahi..amin.Pelbagai agenda yang telah saya rancang 2 bulan keberadaan saya di Tanah Air.2 mnggu sudah berlalu dengan pelbagai aktivti menarik anjuran keluarga mahupun diri ini.Rasa rindu sudah terubat.Alhamdulillah.
Berpuasa Bersama Keluarga
Sudah 2 minggu juga saya dapat berpuasa bersama kelurga tercinta,kegembiraan yang tiada nilainya bilamana kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia itu dapat di eratkan dengan hubungan yang utuh .Rasa seronok dapat bersahur dan berbuka bersama Mak Ayah serta keluarga.Pelbagai menu menarik dihidangkan untuk santapan bersama.Pabila malam menjelma ,maka sekeluarga menuju ke Masjid menunaikan Solat Terawih.Sesunguhnya ikatan ukhwah akan lebih kuat dan jitu di dalam bulan yang penuh dengan keberkatannya ini.mudah2-an kita semua dilimpahi rahmat mahupun pengampunan dari ilahi setiap waktu dan ketika,amin ya rabb.
okla,setakat ini dulu coretan diri penulis,kita jumpa lain kali,insyaAllah...
Brought to you by : shattirs

Bahaya Feminisme Ekstrem

PELBAGAI masalah sosial dan moral yang melanda umat Islam, terutama berbangsa Melayu masa kini amat membimbangkan. Lagi memalukan. Kita khuatir kerana masalah yang bertimpa-timpa ini berupaya menjejas usaha menyeluruh untuk meningkatkan kesejahteraan masa depan ummah.

Kadar perceraian terus tinggi, terutama dalam kalangan pasangan muda. Kes sumbang mahram pula seolah-olah menjadi perkara biasa. Pergaulan bebas anak muda sering mengakibatkan mereka terjebak dalam gejala seks bebas. Ramai yang hamil di luar nikah. Trend ini mengakibatkan pengguguran janin atau membuang bayi yang baru lahir.Senario muram ini mengundang pelbagai respons.Ada yang beranggapan masalah sosial ini sudah dijangka ekoran pendedahan pelbagai pengaruh negatif dari luar.

Apa yang mungkin boleh dilakukan ialah bersikap bijak dan bertindak berhati-hati. Para ulama pula berpendapat gejala ini berlaku kerana kurang penghayatan agama dan terlanjur dek nafsu duniawi semata.Lantaran itu, kian banyak kelas agama dianjurkan, baik oleh pihak masjid mahupun pihak-pihak yang yang berasa sama-sama bertanggungjawab menangani masalah yang semakin membingungkan ini.

Selain para ulama, para pendakwah ‘kian cergas’ mengupas isu sosial seperti panduan perkahwinan, kekeluargaan, dan persoalan berkaitan dengan pergaulan remaja dari sudut Islam, motivasi diri, dan lain-lain sama ada secara percuma mahupun berbayar.Bagi ahli politik pula, lain pula analisis dan dignosis mereka. Ada berpendapat adalah sukar menangani, apatah lagi menolak, serangan gelombang pengaruh luar, termasuk dari Barat. Jalan yang lebih realistik, menurut mereka, adalah menyediakan huraian bagi setiap masalah yang timbul. Usah melawan arus deras yang hanya akan menghanyutkan kita. Lantaran itu, pendekatannya lebih kepada mencari laluan yang boleh meminimumkan kesan buruk.

Misalnya, bagi mengelakkan kadar perceraian tinggi pasangan baru, dicadangkan kenaikan umur minimum perkahwinan. Dalam menangani gejala seks remaja pula, kempen pendidikan awam dilancarkan supaya anak muda sedar akan bahaya seks rambang dan berhenti melakukannya sama sekali. Bagi remaja hamil di luar nikah, disarankan supaya mereka dilindungi termasuk menyediakan perlindungan sehingga dapat berdikari.Inilah pendekatan pragmatik dalam menghurai masalah sosial dan moral itu.

Tetapi apakah ini berkesan?Sedang masalah sosiomoral terdahulu belum merudum, terpapar pula masalah yang baru semakin serius dan mencabar. Akibatnya, akan muncul pandangan fatalistik terhadap masalah tersebut yang akan ‘berjalan seiringan’ bersama kita sebagai risiko dalam kehidupan. Jadi, apakah masyarakat kita akan selamanya menjadi hamba kepada tekanan keadaan?

Malah, walaupun ‘petugas-petugas agama’ kian aktif, masalah sosial dan moral masih belum reda. Pendekatan pragmatik menaikkan umur minimum pasangan yang hendak berkahwin tampak mudah. Tetapi ia akan hanya ´menangguhkan´ perceraian kalangan pasangan baru, bukannya jaminan dapat mengurangkannya. Apakah ada ´seks selamat´ berbanding perkahwinan yang sah?Barangkali, pendekatan masyarakat sedemikian lama bersifat sekadar ‘melawan kebakaran’ (fire fighting), bukan mengatasi punca kebakaran itu sendiri? Adakah yang dinilai masalah sekarang ini berupa gejala atau simptom penyakit yang harus diubati?

Memang bukan mudah menjawabnya.Mungkin kita perlu meninjau semula persoalan ini dengan cuba menggariskan apakah masalah sebenar kepada keprihatinan yang timbul daripada masalah sosial dan moral yang dibincangkan ini.Antara lain kita boleh menggalurkannya seperti yang berikut:- Perpecahan keluarga - gambaran kian kurangnya penghayatan kepada makna dan kesucian institusi keluarga. - Seks remaja - gambaran tuntutan remaja yang mahukan kebebasan dan enggan dikongkong peraturan sosial. - Pengguguran janin dan pembuangan bayi - gambaran pandangan rendah terhadap tugas keibuan dalam konteks kehidupan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga. - Hubungan seks bebas - gambaran mahukan layanan setara lelaki dan wanita. Wanita mahukan haknya dan menolak sistem mengutamakan lelaki (patriak). Jika analisis ini benar, semua unsur itu menampakkan wujudnya gejala feminisme - amalan falsafah yang memperjuangkan hak wanita menurut pengalaman pascamoden di Barat.

Apakah kita sebenarnya terperangkap dek amalan feminisme yang menjadi punca masalah sosial dan moral kini?Menyusuri sejarah, feminisme (penggeraknya dipanggil feminis) merupakan ‘gerakan luhur’ di Barat. Tujuannya membela hak wanita dari segi undang-undang, pendidikan, pekerjaan, dan seumpamanya setaraf dengan kaum lelaki.Antara lain, fahaman ini diterjemahkan dalam bentuk hak mengundi bagi wanita, kesaksamaan hak wanita dan lelaki di sisi undang-undang, pemilikan harta, perkahwinan dan apabila bercerai, penjagaan anak-anak, hak untuk mendapat pendidikan, dan sebagainya.Dengan peredaran masa, gerakan tersebut berubah menjadi perjuangan untuk membebaskan wanita daripada tekanan prejudis ke atas wanita oleh kaum lelaki (ending of sexist oppression). Lama-kelamaan, feminisme menjadi fahaman politik - memperkasa wanita daripada penguasaan lelaki. Ia merubah definisi dan amalan kekeluargaan daripada institusi suci kepada yang diremehkan.Menurut feminisme:- Keluarga hanyalah sebuah unit asas yang dibentuk masyarakat bagi membolehkan penguasaan lelaki ke atas wanita dan anak-anak.

Tujuannya untuk mengukuhkan sistem kebapaan (patriak) dalam masyarakat dan dalam negara. - Institusi keibuan merupakan punca tekanan ke atas wanita, manakala tugas melahirkan anak adalah satu penghinaan. - Gender (pembahagian jantina) adalah satu kebiasaan budaya, yakni sesuatu yang dicipta dalam kehidupan masyarakat. - Bagi pembebasan wanita, perlu wujud revolusi biologi menerusi teknologi. - Revolusi seksual dengan kebebasan mutlak untuk melakukan hubungan seksualiti dan untuk kelahiran adalah perlu bagi pembangunan wanita. - Kekeluargaan dan keibuan adalah institusi politik (sesuatu yang dipaksakan atas dasar kuasa bukan sebab-sebab lain seperti sosial, biologi atau agama). Sampai-sampai feminisme telah menganggap semua bentuk penyimpangan seksual seperti homoseksualiti, lesbianisme, dan transeksualiti harus diterima sebagai sesuatu yang normal. Malah, ada idea feminisme yang ekstrem, yang sampai kepada menganjurkan hak seksual dan kelahiran harus mencakupi kebebasan hubungan seksual tanpa perlu melalui ikatan perkahwinan dan keluarga.

Mungkin tiada seorang pun daripada kalangan anggota masyarakat kita yang terjebak dalam masalah sosiomoral itu menyedari dipengaruhi gejala falsafah feminisme. Ini kerana gerakan feminisme di sini tidak cukup ampuh berbanding di Barat. Namun, ciri-ciri masalah sosiomoral di sini kian serupa kesan feminisme.Penglibatan dalam seks bebas, misalnya, sering didorong sifat mahukan kebebasan mutlak. Ini menunjukkan gejala terhakisnya penerimaan perkahwinan dan pembentukan keluarga sebagai institusi sosial yang suci.Kadar perceraian yang tinggi dan seks di luar nikah juga mencerminkan kesan feminisme.Kita perlu memikirkan isu ini dengan serius dan sanggup bekerja keras membetulkan pengambilan nilai dan falsafah yang salah lagi bercanggah dengan teras Islam dan ketimuran. Banyak kaunselor dan ‘agamawan’ diperlukan dalam menangkis pengaruh negatif. Terlebih dulu, mereka perlu mempertingkat ilmu dan kemahiran dalam menangani serangan nilai dan falsafah sekular seperti feminisme.Bagaimanapun, kita perlu membina cara yang meyakinkan dalam menghuraikan masalah.

Bukan bilangan program agama yang menjadi ukuran penting, tetapi yang lebih utama ialah isi dan penyampaian yang berkesan.Para pendakwah atau ‘petugas-petugas agama’ perlu menguasai ‘ilmu moden’, terutama yang berkaitan dengan sosiologi dan antropologi, juga psikologi – bukan semata-mata bersandar kepada pengetahuan ilmu agama. Pendekatan yang dianggap pragmatik juga perlu diteliti supaya tidak menimbulkan kecelaruan - antara nilai sekular dengan agama. Namun, berapa ramai di antara kita yang dapat membezakan kedua-duanya itu secara jelas dan dapat pula memberi kefahaman yang jitu kepada orang lain?

Brought to you by : shattirs

Sex For The Sake Of...


Sex for the sake of having a baby…


Kita serba maklum memang di dunia ini tidak ada satu makhluk pun yang sempurna dari segala sisi kehidupannya,baik jasmani mahupun rohani.
Di negara-negara miskin dan yang sedang membangun, pasangan yang baru saja menikah, biasanya langsung terjun dalam projek mempunyai anak, kerana memang itulah tujuan pernikahan bagi mereka, membentuk sebuah keluarga.

Di sisi lain, banyak anak-anak perempuan umur belasan tahun yang hamil akibat dari kelengahan mereka yang tidak menggunakan proteksi ketika berhubungan intim dengan lawan jenisnya. Di mana pada kenyataannya sebagian besar dari mereka tidak bersedia dengan kedatangan bayi tersebut.
Mereka akhirnya berakhir di klinik-klinik yang banyak direkomendasikan dari mulut ke mulut.Dan yang lebih parah lagi, ada juga yang telah meninggalkan bayi-bayi itu di tempat sampah, di jalanan.

Sebagian bayi-bayi buangan beruntung ditemukan orang dan segera diselamatkan. Sebahagian lain meninggal kerana dehidrasi, kedinginan dan timbulnya komplikasi-komplikasi lainnya yang tak dapat dihindari ketika bayi itu ditinggal sendirian di jalanan.
Di sisi yang lain, di negara-negara maju, banyak pasangan yang setelah hidup bersama atau menikah, lebih memilih untuk menunggu dulu sampai akhirnya mereka bersedia menjadi orang tua yang bertanggung jawab. Walaupun sebagian besar tidak mempunyai anak kerana alasan ekonomi dan atau prinsip-prinsip yang mereka pegang.

Namun ketika keinginan untuk mempunyai anak itu datang, ternyata penyakit modenesasi telah menghinggapi diri mereka. Entah kerana sikap dari salah satu pihak, tidak ada waktu, salah satu dari mereka perlulah bersedia menerimanya.
Ini seperti halnya melihat kenyataan bahawa di negara-negara maju kelebihan berat badan menjadi salah satu penyakit terbesar yang harus dilawan, sementara di negara-negara miskin, banyak orang-orang dan terutama anak-anak kelaparan dan kurang vitamin.

Kembali kepada judul yang saya berikan di atas, ini bukan kata-kata kosong, saya hanya menyuarakan sebuah masalah yang muncul di masyarakat moden pada hari ini.
Pasangan yang mengharapkan anak kebiasaanya mempunyai waktu setahun untuk mencuba menjadi hamil. Lebih dari waktu itu, mereka harus kembali berinteraksi pada doktor berkenaan kandungan masing-masing.
Apa yang dapat kita lihat,perhubungan intim yang seharusnya menjadi perubahan alam, berubah menjadi, “Let’s get do it and finish the job” (Jom kerjakan dan selesaikan pekerjaan ini).

Kenapa?

kerana perempuan-perempuan ini tidak mempunyai jalan lain yang lebih cepat selain menghitung-hitung hari di mana dia subur atau berovulasi, baik dengan menghitung siklus mereka (beruntung yang bersiklus regular), mahupun dengan bantuan termometer basal, indikator ovulasi.
Sehingga pada hari-hari tersebut, menjadi hari di mana mereka dan pasangannya mempunyai “pekerjaan” extra .
Sebahagian dari pasangan tersebut berhasil, sebahagian lain menyerah dan tidak lagi menghitung-hitung hari , sebahagian lain memilih jalan lain seperti, inseminasi artifisial, treatment kesuburuan, and God knows what…
Harapan adalah hal yang paling akhir yang terlepas - ertinya jangan pernah melepas harapan.

Tiap-tiap orang mempuyai masalah yang berbeza - beza, namun kita tetap harus bersedia dan menjalani hidup ini seperti seorang perwira di medan perang!

Artikel bersama Rakan Perubatan dari seberang...

Brought to you by : shattirs

Pengaruh Bloggers

Sejak kebelakangan ini sudah lebih tiga orang bloggers telah dipanggil mengadap polis akibat tulisan-tulisan mereka serta komen-komen dalam blog mereka. Dan kebanyakkan berunsurkan politik, ini termasuklah menyentuh perkara-perkara sensitive di Malaysia baik dari segi agama,kaum dan keistimewaan-keistimewaan bangsa masing-masing

Persoalan dari kepala saya apakah garis panduan bagi blogger untuk menulis dalam blognya ?
Antara jawapan yang didapati dalam akhbar…

1. Banyak laman blog yang cuba memperlekeh, menghina, merendah-rendahkan, memfitnah dan menyebarkan berita palsu mengenai pemimpin negara.
2. Penulis laman blog yang boleh menyentuh isu sensitif yang boleh merosakkan perpaduan kaum dan pemikiran masyarakat.
Bakal hukuman
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948.

Komen saya.
1. Pemantauan memang perlu dibuat dari masa ke semasa.
2. Penulis blog perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya
3. Isu sensitiviti contoh bab agama dan bab kaum perlu diperlu diberi perhatian
4. Pelapor juga bertanggungjawab dengan apa yang dilaporkan
5. Garispanduan dan undang-undang kena jelas diterangkan kepada semua bloggers
6. Media-media lain seperti suratkhabar, tv, radio juga perlu ada undang-undang yang sama.

Walau apa pun pengaruh blog memang amat kuat dan pantas. Bersiap sedialah kita dalam pertarungan alam cyber di masa akan datang.

Brought to you by: shattirs

Monday, September 24, 2007

Khas Untuk Orang Perempuan


Doa elak kene rogol...doa, usaha dan tawakkal....



Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol,pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga Di Pelihara Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s(iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para penjahat melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis


Nabis.a.w.Ertinya :

"Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mudan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( RiwayatAl-Bukhari, no 2104, 2/722 ; SunanAl-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ;Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari,12/30 ; Sohih )Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.





Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan,cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.Justeru, jika berbaju kebaya terbelah,baju sendat menampakkan susuk tubuh,berpakaian nipis seolah telanjang,bersolek canggih seperti artis bukanIslam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan keranaAllah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Sumber:www.zaharuddin.net

Brought to you by: shattirs

Sunday, September 23, 2007

Teka Teki Shattirs


Salam pada semua...
Dikesempatan yang ada ni,saya nak menguji sesiapa saja yang berkunjung ke blog shattirs ni dengn 1 teka teki yang mudah saya kira...:
Teka tekinya seperti berikut..:
Ini kisah ketika dalam sebuah lif...terdapat seorang Peguam,seorang Doktor,seorang Akauntan,dan seorang Pak Lebai..tiba- tiba masuk seorang amoi yg agak seksi.....ketika didalam lif,tiba2 lampu lif terpadam....si amoi tadi merasakan badanya diraba oleh seseorang...?? sebaik sahaja lif terbuka,amoi tadi pun terus menampar muka Pak Lebai tadi tanpa sebab n tanpa mengehtahui siapa yang melakukanya...so teka tekinya knp amoi tadi menampar muka Pak Lebai,bukanya Peguam,Doktor mahupun Akauntan tadi..??
haa..sape yang nak jawab sila2 la eh...=)
Brought to you by: shattirs

Tuesday, September 18, 2007

Takutilah Api Neraka ALLAH


Allah swt telah menciptakan api neraka pada hari Ahad. Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu. Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 44: Jahannam itu tujuh pintu, tiap-tiap pintu(disediakan) untuk golongan yang tertentu daripada umat manusia. Neraka itu mempunyai tujuh tingkat iaitu:

1. Jahannam.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 43:Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) seluruhnya.

2. Sa'ir.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Insyiqaq ayat 12:Dan dia akan masuk ke dalam Sa'ir (api yang menyala-nyala).

3. Saqor.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Muddath-Thir ayat 420:Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqor?

4. Jahim.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Syu`ara' ayat 91:Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.

5. Hutomah.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Humazah ayat 5:Dan tahukah engkau apakah Hutomah itu?

6. Lazo.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Ma'arif ayat 15:Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah bergejolak.

7. Hamiyah.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Qari'ah ayat 9:Maka tempat kembalinya adalah Hawiyah.Maka pada tiap-tiap tingkatan dari neraka yang tujuh itu akan diteriakkan:
Pertama:Maka celakalah pada hari itu orang-orang yang suka berbohong.(Surah Al-Tur ayat 11)
Kedua:Maka celakalah orang-orang yang sembahyang yang lalai dari sembahyangnya. (Surah Al-Ma`un ayat 4-5)
Ketiga:Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. (Surah Al-Humazah ayat 1)
Keempat:Maka celakalah mereka, kerana apa yang dibuat oleh tangan mereka sendiri.(Surah Al-Baqarah ayat 79)
Kelima:Dan celakalah orang-orang yang musyrik, yakni orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya hari akhirat.(Surah Fussilat ayat 6-7)
Keenam:Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. (SurahAl-Zumar ayat 22)
Ketujuh:Celakalah orang-orang yang tidak jujur(dalam hal sukat-timbang).(Surah Al-Mutaffifin ayat 1)
Semua penghuni neraka nanti pada hari kiamat akan mengucapkan kata-kata,iaitu:
Penghuni tingkat ke-7:Wahai Malik (penjaga neraka), biarlahTuhanmu membunuh kami sahaja. (SurahAl-Zukhruf ayat 77)
Penghuni tingkat ke-6:Mintalah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya Dia meringankan azab kami meskipun cuma sehari. (Surah Al-Mukmin ayat 49)
Penghuni tingkat ke-5:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (kedunia), kami akan mengerjakan amal soleh. (Surah Al-Sajdah ayat 12)
Penghuni tingkat ke-4:Ya Tuhan kami, beri tangguhlah untuk kami (kembalikanlah kami ke dunia)walaupun dalam waktu yang singkat,nescaya kami akan mematuhi seruanMu,dan akan mengikuti para rasul. (SurahIbrahim ayat 44)
Penghuni tingkat ke-3:Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (dan kembalikanlah kami kedunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran) sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim. (SurahAl-Mukminun ayat 107)
Penghuni tingkat ke-2:Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami sendiri. (Surah Al-Mukminun ayat 106)
Penghuni tingkat ke-1:Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, wahaiYang Maha Memberi.
Rasulullah saw pernah bertanya kepada malaikat Jibril as tentang penghuni-penghuni neraka, maka Jibril as berkata: "Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-orang munafik.Tingkat keenam adalah tempat orang-orang yang derhaka dan orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Tingkat kelima adalah tempat orang-orang yang sombong dan zalim. Tingkat keempat adalah tempat orang-orang yang membesar diri dan kafir. Tingkat ketiga adalah tempat orang-orang Yahudi. Tingkat kedua adalah tempat orang-orang Nasrani.
"Kemudian Jibril as diam, maka bertanyalah Rasulullah saw kepadaJibril as tentang penghuni tingkat pertama. Lalu Jibril as, setelah merasa terpaksa, menjawab: "Penghuni tingkat pertama adalah tempat umatmu yang melakukan maksiat.
Setelah mendengar penjelasan Jibril as yang semacam itu, maka Rasulullah saw jatuh pengsan tidak sedarkan diri.Kemudian setelah sedar kembali, makaBaginda menangis tersedu, lalu masuk rumah dan mengunci pintunya.
Kemudian Baginda pun munajat kepadaAllah swt, maka turunlah Jibril as seraya memberi khabar gembira kepada Baginda, iaitu: Baginda akan diberi hak untuk memberi syafaat kepada umatnya, kelak pada hari Qiamat.
Wallahualam.
Brought to you by: shattirs