Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, September 29, 2007

2 Bulan Di Malaysia

..:Penulis berada di hadapan rumah:..

salam untuk semua,rasanya dah lama tak menuliskan sejak pulang ke Malaysia ini,mungkin masa agak membatasi untuk menjenguk apatahalagi menulis di blog shattirs ini.Alhamdulillah,penulis dapat lihat blog shattirs ni sudah ramai pengunjungnya..mudah2-an isinya juga mendapat kepuasan kepada pembaca yang budiman.bagi diri penulis,perlu ada nilai dan benda baru setiap hari,supaya daya pemikiran ini dapat dicambah dari hari ke hari,insyaAllah..
Berada di Malaysia
Alhamdulillah,masuk harini,genap dua minggu saya berada di Malaysia,rasa gembira sebab dapat bertentang mata bersama ahli keluarga tercinta yang sekelian lamanya menanti anaknya ini pulang ke rumah.syukur kerana sudah dimakbulkan ilahi..amin.Pelbagai agenda yang telah saya rancang 2 bulan keberadaan saya di Tanah Air.2 mnggu sudah berlalu dengan pelbagai aktivti menarik anjuran keluarga mahupun diri ini.Rasa rindu sudah terubat.Alhamdulillah.
Berpuasa Bersama Keluarga
Sudah 2 minggu juga saya dapat berpuasa bersama kelurga tercinta,kegembiraan yang tiada nilainya bilamana kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia itu dapat di eratkan dengan hubungan yang utuh .Rasa seronok dapat bersahur dan berbuka bersama Mak Ayah serta keluarga.Pelbagai menu menarik dihidangkan untuk santapan bersama.Pabila malam menjelma ,maka sekeluarga menuju ke Masjid menunaikan Solat Terawih.Sesunguhnya ikatan ukhwah akan lebih kuat dan jitu di dalam bulan yang penuh dengan keberkatannya ini.mudah2-an kita semua dilimpahi rahmat mahupun pengampunan dari ilahi setiap waktu dan ketika,amin ya rabb.
okla,setakat ini dulu coretan diri penulis,kita jumpa lain kali,insyaAllah...
Brought to you by : shattirs

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

selalunya bila perantauan pulang ke kampung.. pasti byk cerita akan diceritakan pada ahli keluarga.. perbandingan antara di sana dan disini.. dan secara sedar tidak sedar.. saat inilah dirasakan kemesraan dan kebahagian bersama keluarga.

Salam ramadan

Unknown said...

walaikumussalam..
yea,memang btul apa yang diperkatakan oleh akhi dsantai...inilah nikmat kurniaan ilahi yang perlu sama-sama kita syukuri,insyaAllah..

ws..Salam Ramadhan