Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, September 29, 2007

2 Bulan Di Malaysia

..:Penulis berada di hadapan rumah:..

salam untuk semua,rasanya dah lama tak menuliskan sejak pulang ke Malaysia ini,mungkin masa agak membatasi untuk menjenguk apatahalagi menulis di blog shattirs ini.Alhamdulillah,penulis dapat lihat blog shattirs ni sudah ramai pengunjungnya..mudah2-an isinya juga mendapat kepuasan kepada pembaca yang budiman.bagi diri penulis,perlu ada nilai dan benda baru setiap hari,supaya daya pemikiran ini dapat dicambah dari hari ke hari,insyaAllah..
Berada di Malaysia
Alhamdulillah,masuk harini,genap dua minggu saya berada di Malaysia,rasa gembira sebab dapat bertentang mata bersama ahli keluarga tercinta yang sekelian lamanya menanti anaknya ini pulang ke rumah.syukur kerana sudah dimakbulkan ilahi..amin.Pelbagai agenda yang telah saya rancang 2 bulan keberadaan saya di Tanah Air.2 mnggu sudah berlalu dengan pelbagai aktivti menarik anjuran keluarga mahupun diri ini.Rasa rindu sudah terubat.Alhamdulillah.
Berpuasa Bersama Keluarga
Sudah 2 minggu juga saya dapat berpuasa bersama kelurga tercinta,kegembiraan yang tiada nilainya bilamana kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia itu dapat di eratkan dengan hubungan yang utuh .Rasa seronok dapat bersahur dan berbuka bersama Mak Ayah serta keluarga.Pelbagai menu menarik dihidangkan untuk santapan bersama.Pabila malam menjelma ,maka sekeluarga menuju ke Masjid menunaikan Solat Terawih.Sesunguhnya ikatan ukhwah akan lebih kuat dan jitu di dalam bulan yang penuh dengan keberkatannya ini.mudah2-an kita semua dilimpahi rahmat mahupun pengampunan dari ilahi setiap waktu dan ketika,amin ya rabb.
okla,setakat ini dulu coretan diri penulis,kita jumpa lain kali,insyaAllah...
Brought to you by : shattirs

Bahaya Feminisme Ekstrem

PELBAGAI masalah sosial dan moral yang melanda umat Islam, terutama berbangsa Melayu masa kini amat membimbangkan. Lagi memalukan. Kita khuatir kerana masalah yang bertimpa-timpa ini berupaya menjejas usaha menyeluruh untuk meningkatkan kesejahteraan masa depan ummah.

Kadar perceraian terus tinggi, terutama dalam kalangan pasangan muda. Kes sumbang mahram pula seolah-olah menjadi perkara biasa. Pergaulan bebas anak muda sering mengakibatkan mereka terjebak dalam gejala seks bebas. Ramai yang hamil di luar nikah. Trend ini mengakibatkan pengguguran janin atau membuang bayi yang baru lahir.Senario muram ini mengundang pelbagai respons.Ada yang beranggapan masalah sosial ini sudah dijangka ekoran pendedahan pelbagai pengaruh negatif dari luar.

Apa yang mungkin boleh dilakukan ialah bersikap bijak dan bertindak berhati-hati. Para ulama pula berpendapat gejala ini berlaku kerana kurang penghayatan agama dan terlanjur dek nafsu duniawi semata.Lantaran itu, kian banyak kelas agama dianjurkan, baik oleh pihak masjid mahupun pihak-pihak yang yang berasa sama-sama bertanggungjawab menangani masalah yang semakin membingungkan ini.

Selain para ulama, para pendakwah ‘kian cergas’ mengupas isu sosial seperti panduan perkahwinan, kekeluargaan, dan persoalan berkaitan dengan pergaulan remaja dari sudut Islam, motivasi diri, dan lain-lain sama ada secara percuma mahupun berbayar.Bagi ahli politik pula, lain pula analisis dan dignosis mereka. Ada berpendapat adalah sukar menangani, apatah lagi menolak, serangan gelombang pengaruh luar, termasuk dari Barat. Jalan yang lebih realistik, menurut mereka, adalah menyediakan huraian bagi setiap masalah yang timbul. Usah melawan arus deras yang hanya akan menghanyutkan kita. Lantaran itu, pendekatannya lebih kepada mencari laluan yang boleh meminimumkan kesan buruk.

Misalnya, bagi mengelakkan kadar perceraian tinggi pasangan baru, dicadangkan kenaikan umur minimum perkahwinan. Dalam menangani gejala seks remaja pula, kempen pendidikan awam dilancarkan supaya anak muda sedar akan bahaya seks rambang dan berhenti melakukannya sama sekali. Bagi remaja hamil di luar nikah, disarankan supaya mereka dilindungi termasuk menyediakan perlindungan sehingga dapat berdikari.Inilah pendekatan pragmatik dalam menghurai masalah sosial dan moral itu.

Tetapi apakah ini berkesan?Sedang masalah sosiomoral terdahulu belum merudum, terpapar pula masalah yang baru semakin serius dan mencabar. Akibatnya, akan muncul pandangan fatalistik terhadap masalah tersebut yang akan ‘berjalan seiringan’ bersama kita sebagai risiko dalam kehidupan. Jadi, apakah masyarakat kita akan selamanya menjadi hamba kepada tekanan keadaan?

Malah, walaupun ‘petugas-petugas agama’ kian aktif, masalah sosial dan moral masih belum reda. Pendekatan pragmatik menaikkan umur minimum pasangan yang hendak berkahwin tampak mudah. Tetapi ia akan hanya ´menangguhkan´ perceraian kalangan pasangan baru, bukannya jaminan dapat mengurangkannya. Apakah ada ´seks selamat´ berbanding perkahwinan yang sah?Barangkali, pendekatan masyarakat sedemikian lama bersifat sekadar ‘melawan kebakaran’ (fire fighting), bukan mengatasi punca kebakaran itu sendiri? Adakah yang dinilai masalah sekarang ini berupa gejala atau simptom penyakit yang harus diubati?

Memang bukan mudah menjawabnya.Mungkin kita perlu meninjau semula persoalan ini dengan cuba menggariskan apakah masalah sebenar kepada keprihatinan yang timbul daripada masalah sosial dan moral yang dibincangkan ini.Antara lain kita boleh menggalurkannya seperti yang berikut:- Perpecahan keluarga - gambaran kian kurangnya penghayatan kepada makna dan kesucian institusi keluarga. - Seks remaja - gambaran tuntutan remaja yang mahukan kebebasan dan enggan dikongkong peraturan sosial. - Pengguguran janin dan pembuangan bayi - gambaran pandangan rendah terhadap tugas keibuan dalam konteks kehidupan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga. - Hubungan seks bebas - gambaran mahukan layanan setara lelaki dan wanita. Wanita mahukan haknya dan menolak sistem mengutamakan lelaki (patriak). Jika analisis ini benar, semua unsur itu menampakkan wujudnya gejala feminisme - amalan falsafah yang memperjuangkan hak wanita menurut pengalaman pascamoden di Barat.

Apakah kita sebenarnya terperangkap dek amalan feminisme yang menjadi punca masalah sosial dan moral kini?Menyusuri sejarah, feminisme (penggeraknya dipanggil feminis) merupakan ‘gerakan luhur’ di Barat. Tujuannya membela hak wanita dari segi undang-undang, pendidikan, pekerjaan, dan seumpamanya setaraf dengan kaum lelaki.Antara lain, fahaman ini diterjemahkan dalam bentuk hak mengundi bagi wanita, kesaksamaan hak wanita dan lelaki di sisi undang-undang, pemilikan harta, perkahwinan dan apabila bercerai, penjagaan anak-anak, hak untuk mendapat pendidikan, dan sebagainya.Dengan peredaran masa, gerakan tersebut berubah menjadi perjuangan untuk membebaskan wanita daripada tekanan prejudis ke atas wanita oleh kaum lelaki (ending of sexist oppression). Lama-kelamaan, feminisme menjadi fahaman politik - memperkasa wanita daripada penguasaan lelaki. Ia merubah definisi dan amalan kekeluargaan daripada institusi suci kepada yang diremehkan.Menurut feminisme:- Keluarga hanyalah sebuah unit asas yang dibentuk masyarakat bagi membolehkan penguasaan lelaki ke atas wanita dan anak-anak.

Tujuannya untuk mengukuhkan sistem kebapaan (patriak) dalam masyarakat dan dalam negara. - Institusi keibuan merupakan punca tekanan ke atas wanita, manakala tugas melahirkan anak adalah satu penghinaan. - Gender (pembahagian jantina) adalah satu kebiasaan budaya, yakni sesuatu yang dicipta dalam kehidupan masyarakat. - Bagi pembebasan wanita, perlu wujud revolusi biologi menerusi teknologi. - Revolusi seksual dengan kebebasan mutlak untuk melakukan hubungan seksualiti dan untuk kelahiran adalah perlu bagi pembangunan wanita. - Kekeluargaan dan keibuan adalah institusi politik (sesuatu yang dipaksakan atas dasar kuasa bukan sebab-sebab lain seperti sosial, biologi atau agama). Sampai-sampai feminisme telah menganggap semua bentuk penyimpangan seksual seperti homoseksualiti, lesbianisme, dan transeksualiti harus diterima sebagai sesuatu yang normal. Malah, ada idea feminisme yang ekstrem, yang sampai kepada menganjurkan hak seksual dan kelahiran harus mencakupi kebebasan hubungan seksual tanpa perlu melalui ikatan perkahwinan dan keluarga.

Mungkin tiada seorang pun daripada kalangan anggota masyarakat kita yang terjebak dalam masalah sosiomoral itu menyedari dipengaruhi gejala falsafah feminisme. Ini kerana gerakan feminisme di sini tidak cukup ampuh berbanding di Barat. Namun, ciri-ciri masalah sosiomoral di sini kian serupa kesan feminisme.Penglibatan dalam seks bebas, misalnya, sering didorong sifat mahukan kebebasan mutlak. Ini menunjukkan gejala terhakisnya penerimaan perkahwinan dan pembentukan keluarga sebagai institusi sosial yang suci.Kadar perceraian yang tinggi dan seks di luar nikah juga mencerminkan kesan feminisme.Kita perlu memikirkan isu ini dengan serius dan sanggup bekerja keras membetulkan pengambilan nilai dan falsafah yang salah lagi bercanggah dengan teras Islam dan ketimuran. Banyak kaunselor dan ‘agamawan’ diperlukan dalam menangkis pengaruh negatif. Terlebih dulu, mereka perlu mempertingkat ilmu dan kemahiran dalam menangani serangan nilai dan falsafah sekular seperti feminisme.Bagaimanapun, kita perlu membina cara yang meyakinkan dalam menghuraikan masalah.

Bukan bilangan program agama yang menjadi ukuran penting, tetapi yang lebih utama ialah isi dan penyampaian yang berkesan.Para pendakwah atau ‘petugas-petugas agama’ perlu menguasai ‘ilmu moden’, terutama yang berkaitan dengan sosiologi dan antropologi, juga psikologi – bukan semata-mata bersandar kepada pengetahuan ilmu agama. Pendekatan yang dianggap pragmatik juga perlu diteliti supaya tidak menimbulkan kecelaruan - antara nilai sekular dengan agama. Namun, berapa ramai di antara kita yang dapat membezakan kedua-duanya itu secara jelas dan dapat pula memberi kefahaman yang jitu kepada orang lain?

Brought to you by : shattirs

Sex For The Sake Of...


Sex for the sake of having a baby…


Kita serba maklum memang di dunia ini tidak ada satu makhluk pun yang sempurna dari segala sisi kehidupannya,baik jasmani mahupun rohani.
Di negara-negara miskin dan yang sedang membangun, pasangan yang baru saja menikah, biasanya langsung terjun dalam projek mempunyai anak, kerana memang itulah tujuan pernikahan bagi mereka, membentuk sebuah keluarga.

Di sisi lain, banyak anak-anak perempuan umur belasan tahun yang hamil akibat dari kelengahan mereka yang tidak menggunakan proteksi ketika berhubungan intim dengan lawan jenisnya. Di mana pada kenyataannya sebagian besar dari mereka tidak bersedia dengan kedatangan bayi tersebut.
Mereka akhirnya berakhir di klinik-klinik yang banyak direkomendasikan dari mulut ke mulut.Dan yang lebih parah lagi, ada juga yang telah meninggalkan bayi-bayi itu di tempat sampah, di jalanan.

Sebagian bayi-bayi buangan beruntung ditemukan orang dan segera diselamatkan. Sebahagian lain meninggal kerana dehidrasi, kedinginan dan timbulnya komplikasi-komplikasi lainnya yang tak dapat dihindari ketika bayi itu ditinggal sendirian di jalanan.
Di sisi yang lain, di negara-negara maju, banyak pasangan yang setelah hidup bersama atau menikah, lebih memilih untuk menunggu dulu sampai akhirnya mereka bersedia menjadi orang tua yang bertanggung jawab. Walaupun sebagian besar tidak mempunyai anak kerana alasan ekonomi dan atau prinsip-prinsip yang mereka pegang.

Namun ketika keinginan untuk mempunyai anak itu datang, ternyata penyakit modenesasi telah menghinggapi diri mereka. Entah kerana sikap dari salah satu pihak, tidak ada waktu, salah satu dari mereka perlulah bersedia menerimanya.
Ini seperti halnya melihat kenyataan bahawa di negara-negara maju kelebihan berat badan menjadi salah satu penyakit terbesar yang harus dilawan, sementara di negara-negara miskin, banyak orang-orang dan terutama anak-anak kelaparan dan kurang vitamin.

Kembali kepada judul yang saya berikan di atas, ini bukan kata-kata kosong, saya hanya menyuarakan sebuah masalah yang muncul di masyarakat moden pada hari ini.
Pasangan yang mengharapkan anak kebiasaanya mempunyai waktu setahun untuk mencuba menjadi hamil. Lebih dari waktu itu, mereka harus kembali berinteraksi pada doktor berkenaan kandungan masing-masing.
Apa yang dapat kita lihat,perhubungan intim yang seharusnya menjadi perubahan alam, berubah menjadi, “Let’s get do it and finish the job” (Jom kerjakan dan selesaikan pekerjaan ini).

Kenapa?

kerana perempuan-perempuan ini tidak mempunyai jalan lain yang lebih cepat selain menghitung-hitung hari di mana dia subur atau berovulasi, baik dengan menghitung siklus mereka (beruntung yang bersiklus regular), mahupun dengan bantuan termometer basal, indikator ovulasi.
Sehingga pada hari-hari tersebut, menjadi hari di mana mereka dan pasangannya mempunyai “pekerjaan” extra .
Sebahagian dari pasangan tersebut berhasil, sebahagian lain menyerah dan tidak lagi menghitung-hitung hari , sebahagian lain memilih jalan lain seperti, inseminasi artifisial, treatment kesuburuan, and God knows what…
Harapan adalah hal yang paling akhir yang terlepas - ertinya jangan pernah melepas harapan.

Tiap-tiap orang mempuyai masalah yang berbeza - beza, namun kita tetap harus bersedia dan menjalani hidup ini seperti seorang perwira di medan perang!

Artikel bersama Rakan Perubatan dari seberang...

Brought to you by : shattirs

Pengaruh Bloggers

Sejak kebelakangan ini sudah lebih tiga orang bloggers telah dipanggil mengadap polis akibat tulisan-tulisan mereka serta komen-komen dalam blog mereka. Dan kebanyakkan berunsurkan politik, ini termasuklah menyentuh perkara-perkara sensitive di Malaysia baik dari segi agama,kaum dan keistimewaan-keistimewaan bangsa masing-masing

Persoalan dari kepala saya apakah garis panduan bagi blogger untuk menulis dalam blognya ?
Antara jawapan yang didapati dalam akhbar…

1. Banyak laman blog yang cuba memperlekeh, menghina, merendah-rendahkan, memfitnah dan menyebarkan berita palsu mengenai pemimpin negara.
2. Penulis laman blog yang boleh menyentuh isu sensitif yang boleh merosakkan perpaduan kaum dan pemikiran masyarakat.
Bakal hukuman
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948.

Komen saya.
1. Pemantauan memang perlu dibuat dari masa ke semasa.
2. Penulis blog perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya
3. Isu sensitiviti contoh bab agama dan bab kaum perlu diperlu diberi perhatian
4. Pelapor juga bertanggungjawab dengan apa yang dilaporkan
5. Garispanduan dan undang-undang kena jelas diterangkan kepada semua bloggers
6. Media-media lain seperti suratkhabar, tv, radio juga perlu ada undang-undang yang sama.

Walau apa pun pengaruh blog memang amat kuat dan pantas. Bersiap sedialah kita dalam pertarungan alam cyber di masa akan datang.

Brought to you by: shattirs

Monday, September 24, 2007

Khas Untuk Orang Perempuan


Doa elak kene rogol...doa, usaha dan tawakkal....



Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol,pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga Di Pelihara Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s(iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para penjahat melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis


Nabis.a.w.Ertinya :

"Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mudan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( RiwayatAl-Bukhari, no 2104, 2/722 ; SunanAl-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ;Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari,12/30 ; Sohih )Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.





Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan,cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.Justeru, jika berbaju kebaya terbelah,baju sendat menampakkan susuk tubuh,berpakaian nipis seolah telanjang,bersolek canggih seperti artis bukanIslam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan keranaAllah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Sumber:www.zaharuddin.net

Brought to you by: shattirs

Sunday, September 23, 2007

Teka Teki Shattirs


Salam pada semua...
Dikesempatan yang ada ni,saya nak menguji sesiapa saja yang berkunjung ke blog shattirs ni dengn 1 teka teki yang mudah saya kira...:
Teka tekinya seperti berikut..:
Ini kisah ketika dalam sebuah lif...terdapat seorang Peguam,seorang Doktor,seorang Akauntan,dan seorang Pak Lebai..tiba- tiba masuk seorang amoi yg agak seksi.....ketika didalam lif,tiba2 lampu lif terpadam....si amoi tadi merasakan badanya diraba oleh seseorang...?? sebaik sahaja lif terbuka,amoi tadi pun terus menampar muka Pak Lebai tadi tanpa sebab n tanpa mengehtahui siapa yang melakukanya...so teka tekinya knp amoi tadi menampar muka Pak Lebai,bukanya Peguam,Doktor mahupun Akauntan tadi..??
haa..sape yang nak jawab sila2 la eh...=)
Brought to you by: shattirs

Tuesday, September 18, 2007

Takutilah Api Neraka ALLAH


Allah swt telah menciptakan api neraka pada hari Ahad. Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu. Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 44: Jahannam itu tujuh pintu, tiap-tiap pintu(disediakan) untuk golongan yang tertentu daripada umat manusia. Neraka itu mempunyai tujuh tingkat iaitu:

1. Jahannam.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 43:Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) seluruhnya.

2. Sa'ir.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Insyiqaq ayat 12:Dan dia akan masuk ke dalam Sa'ir (api yang menyala-nyala).

3. Saqor.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Muddath-Thir ayat 420:Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqor?

4. Jahim.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Syu`ara' ayat 91:Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.

5. Hutomah.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Humazah ayat 5:Dan tahukah engkau apakah Hutomah itu?

6. Lazo.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Ma'arif ayat 15:Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah bergejolak.

7. Hamiyah.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Qari'ah ayat 9:Maka tempat kembalinya adalah Hawiyah.Maka pada tiap-tiap tingkatan dari neraka yang tujuh itu akan diteriakkan:
Pertama:Maka celakalah pada hari itu orang-orang yang suka berbohong.(Surah Al-Tur ayat 11)
Kedua:Maka celakalah orang-orang yang sembahyang yang lalai dari sembahyangnya. (Surah Al-Ma`un ayat 4-5)
Ketiga:Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. (Surah Al-Humazah ayat 1)
Keempat:Maka celakalah mereka, kerana apa yang dibuat oleh tangan mereka sendiri.(Surah Al-Baqarah ayat 79)
Kelima:Dan celakalah orang-orang yang musyrik, yakni orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya hari akhirat.(Surah Fussilat ayat 6-7)
Keenam:Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. (SurahAl-Zumar ayat 22)
Ketujuh:Celakalah orang-orang yang tidak jujur(dalam hal sukat-timbang).(Surah Al-Mutaffifin ayat 1)
Semua penghuni neraka nanti pada hari kiamat akan mengucapkan kata-kata,iaitu:
Penghuni tingkat ke-7:Wahai Malik (penjaga neraka), biarlahTuhanmu membunuh kami sahaja. (SurahAl-Zukhruf ayat 77)
Penghuni tingkat ke-6:Mintalah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya Dia meringankan azab kami meskipun cuma sehari. (Surah Al-Mukmin ayat 49)
Penghuni tingkat ke-5:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (kedunia), kami akan mengerjakan amal soleh. (Surah Al-Sajdah ayat 12)
Penghuni tingkat ke-4:Ya Tuhan kami, beri tangguhlah untuk kami (kembalikanlah kami ke dunia)walaupun dalam waktu yang singkat,nescaya kami akan mematuhi seruanMu,dan akan mengikuti para rasul. (SurahIbrahim ayat 44)
Penghuni tingkat ke-3:Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (dan kembalikanlah kami kedunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran) sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim. (SurahAl-Mukminun ayat 107)
Penghuni tingkat ke-2:Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami sendiri. (Surah Al-Mukminun ayat 106)
Penghuni tingkat ke-1:Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, wahaiYang Maha Memberi.
Rasulullah saw pernah bertanya kepada malaikat Jibril as tentang penghuni-penghuni neraka, maka Jibril as berkata: "Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-orang munafik.Tingkat keenam adalah tempat orang-orang yang derhaka dan orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Tingkat kelima adalah tempat orang-orang yang sombong dan zalim. Tingkat keempat adalah tempat orang-orang yang membesar diri dan kafir. Tingkat ketiga adalah tempat orang-orang Yahudi. Tingkat kedua adalah tempat orang-orang Nasrani.
"Kemudian Jibril as diam, maka bertanyalah Rasulullah saw kepadaJibril as tentang penghuni tingkat pertama. Lalu Jibril as, setelah merasa terpaksa, menjawab: "Penghuni tingkat pertama adalah tempat umatmu yang melakukan maksiat.
Setelah mendengar penjelasan Jibril as yang semacam itu, maka Rasulullah saw jatuh pengsan tidak sedarkan diri.Kemudian setelah sedar kembali, makaBaginda menangis tersedu, lalu masuk rumah dan mengunci pintunya.
Kemudian Baginda pun munajat kepadaAllah swt, maka turunlah Jibril as seraya memberi khabar gembira kepada Baginda, iaitu: Baginda akan diberi hak untuk memberi syafaat kepada umatnya, kelak pada hari Qiamat.
Wallahualam.
Brought to you by: shattirs

Suci Hati Dengan Al-Quran


Membersihkan hati dengan membaca Al-Quran...

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor?

Dalam hal ini,Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: Bahawa hati itu berkarat,seperti berkaratnya besi."Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."


Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.


Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".


Amalkan membaca al-Quran pada malam,terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan.Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.


Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.Sabda Rasulullah: "Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya."Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.Hadis Nabi: "Sebesar-besar ayat dikitab Allah ialah ayat Kursi.


Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.Ayat itu ialah ayat Kursi." (Hadisriwayat Tirmizi).


Firman Allah bermaksud: "Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti."


Brought to you by: shattirs

Madah Pujangga Shattirs

Fikir-fikirkanlah..???

Cinta itu terbahagi lima:- Cinta manusia kpd Tuhannya- Cinta manusia kpd dirinya- Cinta kpd orang kerana kecantikannya- Cinta kpd orang kerana ketinggian budinya- Cinta kpd orang yang berjasa kepadanya.

(Hukamak)


Cinta itu datangnya dari mata turun kehati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu?.(Van De Boom)


Manusia mati dari semasa ke semasa danbadan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta.(William Shakespeare)


Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tak pernah berakhir dengan persahabatan.(Colton)


Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan,Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.(Pantun Melayu)


Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.(Hamka dalam Tenggelamnya Kapal VanDer Wick)


Betapa pintarnya seorang manusia, dia akan menjadi bodoh dalam bercinta.(Joshua Cooke)


Cemburu itu buruk, namun tidak akan sempurna sebuah cinta yang tidak diiringi rasa cemburu.(Nigel Patrick)


Cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.(Muttanabbi)


Cinta bagi seorang lelaki bukanlah satu sentimen, tetapi satu ideal.(De Girardin)


Cinta tidak melihat dengan mata,tetapi dengan fikiran(William Shakespeare)


Cinta itu suci, cinta itu tidak buta,cinta itu adalah kepunyaan Tuhan.Yang tidak suci dan buta adalah orang yang salah menggunakannya itu.(Hamka)


Cintamu untuk semua,tetapi jasmanimu hanya untuk seorang.(Ikawa Mifune)


Jika bahagia cinta dapat diwujudkan dalam perkahwinan, maka terciptalah syurga di atas dunia ini.(William Shakespeare)


Brought to you by: shattirs

Monday, September 17, 2007

Ketibaan Yang Di Nanti..

Salam..di sini,saya sertakan lagi gambar serta suasana ketika di KLIA ,untuk tatapan pengunjung blog shattirs semua..



..:Bersama Ayahanda Dan Bonda Tercinta:..

..:Bersama Mak Ude,Opah,Atok Serta Ayahanda:..


..:Alhamdulillah,Selamat Sampai Ke Rumah:..

shattirs: Aha,tentang sape yang bagi bunga tu kenalah rahsiakan..ok =)
Brought to you by: shattirs

Sunday, September 16, 2007

Salam Ramadhan Kareem Untuk Semua



Salam Ramadhan dari shattirs untuk anda semua..Ahlan Ramadhan,bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam,terutamanya mereka - mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah.Sesunguhnya Bulan Ramadhan ialah sebaik-baik bulan,di mana didalamnya penuh dengan Kalimah Keberkatan kurniaan ilahi untuk hambanya yang tahu akan nilai mahupun kelebihan bulan yang mulia ini.Bulan Tarbiah,bulan untuk mendidik perihal jasmani mahupun rohani umat manusia yang seringkali alpa mahupun leka hidup di Bumi Allah ini.


Oleh itu,sebagai insan yang banyak lemahnya,maka tidak dapat tidak,ketibaan bulan yang mulia ini,diharapkan dapat menjadi madrasah mendidik terutamnaya nafsu,ke arah kebaikan yang diredhoi Allah.Mudah-mudahan,didikan dalam bulan ini akan terus berkekalan ke bulan-bulan seterusnya,insyaAllah.ws
Kullu Sanah Wa Antum Toiyyibun.."


Brought to you by: shattirs

Saturday, September 15, 2007

Pulang ke Malaysia

Assalamualaikum....
Minta maaf pada semua pengunjung kerana sudah lama tidak mengunjungi Lubuk Shattirs ni,ini disebabkan diriku baru pulang ke Tanah Air tercinta pada 11 September 2007.Ahlan pada semua yang sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini,insyaAllah,jika ada kelapangan waktu blog ini akan senantiasa diupdate ..mudah2-an

Baikla,dibawah ini,saya sertakan gambar-gambar sejarah (mungkin),untuk tatapan semua pengunjung...sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara...marilah kita menghayati akan keindahan islam.. =)


...:Kita Jumpa Lagi:...


....:Moga Menjadi Pejuang Agama Allah,PASTI.!!:....



...:Nilai Seorang Sahabat Memang Tiada Nilainya:..


.....:Terima Kasih Tangkap Gambar Shattirs:...


.....:Terima Kasih Dengan Kunjungan Antum:....


Untuk Menghubungi saya di Malaysia : 0175380254
Brought to you by: shattirs

Friday, September 7, 2007

Jalan - Jalan Di Hussin...

Juga antara aktiviti bulan ini...
Khas untuk adikku NURUL AMIRA NAJWA....yang nak tengok gambar2 ini...



.....: Masjid di Hussin:.......

...:Bersama Ustat Halim (Juara Sajak A-MIND):...

..:Bersama Afif Di Atabah:..


...: Di hadapan kedai Arab:..



..:Bergambar selepas solat:...
Brought to you by: shattirs


In-Team Di Mesir

Antara Aktiviti Bulan Ini....



...:In-Team membuat persembahan:...


....:Menuju Destinasi:...

...:Bergambar di hadapan Rumah Penang,Kaherah:...


..:Ambil peluang bergambar dengan In-Team:..

Brought to you by: shattirs

Wednesday, September 5, 2007

Antara Semalam Dan Hari Ini



Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara”

( Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)

Persaudaraan ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.Persaudaraan adalah saudara kepada iman dan perpecahan adalah saudara kepada kekufuran.Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) manakala yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.Saudara yabg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka.

(Hassan Al Banna)


“Hendaklah orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan ziarah- menziarahi antara satu sama lain.Bukannya saling tinggal berdekatan.”
(Kata-kata Hikmah Saidina Ali)

Ukhuwwah merupakan senjata yang amat diperlukan dalam memperjuangkan ketinggian islam.Jika semalam kita belum mengenali siapa yang bersama kita,siapa dikanan dan dikiri kita,siapa didepan dan di belakang kita.Mulai hari ini dan mulai saat ini pertemukanlah diantara hati-hati dan roh-roh kita dengan ikatan akidah islam yang sejati.Tautkanlah ikatan ukhuwwah sesama kita ,biarpun badai datang melanda takkan goyang ukhuwwah yang terbina.




“Ilmu ada dua jenis iaitu ilmu yang dicetak(ditulis) dan ilmu yang didengar.Ilmu yang didengar tidak memberikan apa-apa manfaat tanpa adanya ilmu yang dicetak”
(Kata-kata Hikmah Saidina Ali)

Para pencinta ilmu tidak akan mensia-siakan walaupun sebaris kata-kata yang ditemuinya”


Brought to you by: shattirs

Bisikan dan Panahan Syaitan


"Setiap kejahatan yang dilakukan manusia adalah didorong oleh iblis dan syaitan. Allah telah memberi amaran kepada manusia supaya tidak terpedaya oleh tipu daya syaitan, kerana syaitan senantiasa mendorong manusia kepada perbuatan jahat dan keji.


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh melakukan perbuatan yang keji dan mungkar". (S. An Nur: 21)


Iblis dan syaitan berupaya menggoda sampai keseluruh tubuh manusia melalui saluran darah yang dapat memberi kesan secara langsung dan dituruti oleh rangsangan akal, hati dan diikuti pula oleh tindakan panca indera.

Menurut riwayat Imam Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh manusia mengikuti perjalanan darahnya". (Muttafaz ‘Alaih)Apabila seluruh anggota manusia telah dikuasai oleh syaitan, maka manusia akan lebih tunduk kepada kehendak hawa nafsunya dan cenderung kepada perbuatan yang ditegah.


NAMA-NAMA SYAITAN YANG MEMBISIKKAN....


1. Wilhan adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk menganggu orang yang sedang berwudhuk. Syaitan membisikkan kepadanya supaya merasa was-was.

2. Khanzab adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk membisikkan orang yang sedang solat. Syaitan menyelinap ke dalam fikirannya agar tidak khusyuk.

3. Mabsuth adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak supaya manusia berdusta.

4. Tsabar adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak membisikkan manusia supaya melakukan kemungkaran dan kebinasaan.

5. A’war adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak untuk menggoda dan mendesak manusia supaya melakukan perbuatan keji dan perbuatan zina.

6. Zlanbur adalah nama satu kumpulan syaitan yang mendesak manusia supaya melakukan penipuan, mengingkari janji dan penganiayaan.

7. Dasim adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas menggoda manusia supaya bersengketa antara sesama keluarga dan berkelahi antara sesama manusia.


Gangguan Syaitan......


A. SYAITAN MENYAKITI BAYI KETIKA DILAHIRKAN Menurut riwayat Imam Muslim, bahwa Rasulullah saw bersabda : "Setiap anak Adam disentuh oleh syaitan pada hari dilahirkan, kecuali Siti Maryam dan puteranya".

Justeru itu disyariatkan dalam agama, bahwa setiap bayi yang baru dilahirkan sunnat diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw.Menurut riwayat Sayyidina Hasan bin Ali .a. bahwa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, lalu diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, nescaya dia diselamatkan dari gangguan Ummus Shibyan (mahluk halus dari bangsa jin)". (Riwayat Ibnu Sunni)


B. SYAITAN MENJAMAH MAKANAN Diterangkan di dalam sohih Muslim, daripada Hudzaifah .a., bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan pasti menjamah makanan yang tidak disebut nama Allah ke atasnya". (Riwayat Imam Muslim)Rasulullah saw menyuruh menutup pintu dan bejana dengan menyebut nama "Allah" agar tidak dijamah oleh syaitan. Menurut riwayat Muslim, bahwa Rasulullah saw telah bersabda : "Tutuplah pindu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah. Tutuplah bejanamu dan sebutkan Allah, meskipun hanya melintangkan sesuatu di atasnya". (Riwayat Imam Muslim)


C. SYAITAN MAKAN BERSAMA Dari Sayyidah A’isyah .anha, bahwa Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa makan dengan tangan kirinya, maka syaitan makan bersamanya. Dan barangsiapa minum dengan tangan kirinya, maka syaitan pun minum bersamanya. (Riwayat Imam Ahmad)


D. SYAITAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia ke jurang kemaksiatan dan menanamkan permusuhan antara sesama manusia. Antara lain mendorong manusia supaya minum khamar dan semua jenis yang memabukkan.


Berdasarkan firman Allah swt di dalam surah Al Maa-idah : 91 (bermaksud) : "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran minum khamar dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat; maka hentikanlah kamu dari perbuatan itu".


Sumber : Kursus Ibadat Sempurna (Drs. HM. Noor Tijany)


Brought to you by: shattirs

Nikah Misyar


Perbahasan : PERKAHWINAN MISYAR ( الزواج المسيار )
Rujukan : Buku Fatwa Dr. Yusof Al-Qardawi
Jilid ke-3, Muka surat 287-304

(1) Pendahuluan sekitar nikah misyar

-heboh diperkatakan di Qatar, rantau teluk dan negara-negara arab secara amnya.
-antara persoalan yang ditimbulkan tentang nikah misyar :

Apa hakikat nikah misyar? Apa makna misyar? Adakah ini nikah baru yang tidak diketahui oleh orang terdahulu sehinggalah diperkatakan pada hari ini? Adakah ia sesuatu selain daripada nikah ‘urufi yang diketahui oleh orang terdahulu? Adakah diharuskan secara mutlak atau diharuskan dengan syarat dan kaedah? Apakah syarat dan kaedah tersebut? Adakah nikah ini dapat merealisasikan matlamat nikah secara syarie sepertimana yang dikehendaki oleh Islam? Apakah bezanya dengan nikah mut’ah? Apakah bezanya dengan nikah al-muhallal?

-pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi; “Saya bukanlah daripada kalangan yang menyeru kepada nikah misyar, dan bukan pula daripada kalangan yang menggalakkanya. Tidak pula saya menulis penulisan dalam menyokongnya atau menolaknya, dan tidak pula saya berkhutbah menyeru kepadanya.


(2) Hakikat Nikah Misyar

Sesungguhnya nikah misyar sebagaimana yang dinamakan bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya ia adalah perkara yang sudah diketahui manusia sejak dahulu. Nikah misyar ialah perkahwinan yang dimana lelaki akan pergi ke rumah wanita. Wanita tersebut tidak berpindah ke rumah lelaki tersebut. Pada kebiasaannya berlaku kepada isteri yang kedua dan si suami mempunyai isteri lain yang tinggal di rumahnya dan si suami memberi infaq kepadanya.

Ruh bagi nikah ini ialah pengecualian kepada suami daripada kewajipan menyediakan tempat tinggal, nafkah, dan kesama rataan dalam pembahagian diantaranya dengan isteri yang pertama atau dengan isteri-isterinya.

Suasana nikah ini pada zaman dahulu amat sedikit sekali kerana pekahwinan ketika itu mudah dan senang, dan tidak ada penghalang dari segi kebendaan (material) dan kemasyarakatan sepertimana kita lihat pada hari ini. Amat sedikit wanita pada ketika itu yang mempunyai harta yang khusus dan yang adapun melalui harta warisan pada kebiasaannya. Oleh itu jenis perkahwinan ini tidak tersebar luas pada ketika itu.

Adapun pada zaman ini, terdapat banyaknya penghalang kepada pekahwinan iaitu kebanyakannya ialah harta, dan terdapat ramainya andartu, wanita yang diceraikan, janda-janda yang telah kematian suami sedangkan bersama-sama mereka anak-anak. Dan kebanyakan mereka mempunyai harta dan kekayaan.
Sebagaimana pada zaman ini juga, wanita mempunyai peluang untuk mempunyai harta sendiri dengan usahanya yang mengikut ketatapan syarak seperti bekerja di sekolah, hospital, farmasi, dan lain-lain lagi. Maka kesemua sebab-sebab ini membawa kepada tersebarnya jenis pekahwinan ini yang dinamakan sebagai nikah misyar.

Berkata Dr. Yusof Al-Qardawi; “Saya tidak tahu makna al-misyar ( المسيار ( dan ia bukanlah kalimah a’jam (asing) bagi bahasa arab, sesungguhnya ia adalah kalimah ‘ammi (bahasa pasar) yang digunakan di sebahagian negara teluk yang bermaksud berjalan dan tidak menetap dalam tempoh lama.

(3) Hukum adalah bedasarkan kandungan sesuatu :

( العبرة في الأحكام ليست بالأسماء ولكن بالمسميات والمضامين )

Sesuatu hukum itu bukan diambil berdasarkan nama atau tandanya tetapi adalah berdasarkan zat dan kandungannya. Justeru nikah ini akan berlaku sekiranya terlaksananya rukun aqad dan syaratnya.

Antaranya :

Pertama : Berlakunya ijab dan qabul bagi mereka yang ahli bagi ijab dan qabul.

Kedua : Terlaksananya pemberitahuan tentang berlakunya pernikahan.

Sehingga ianya dapat membezakannya dengan zina yang kebiasaannya berlaku secara rahsia. Di sana terdapatnya had paling rendah dalam syara’ bagi pemberitahuan iaitu dengan wujudnya 2 orang saksi dan adanya wali mengikut pandangan mazhab yang tiga iaitu mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali.

Ketiga : Tidak berlakunya pernikahan berdasarkan masa atau tempoh tertentu.

Bahkan hendaklah seseorang lelaki itu berkahwin dengan niat untuk berterusan.

Keempat : Hendaklah suami memberi mahar kepada isterinya.

Sama ada sedikit atau banyak. Walaupun bagi isteri yang selepas diberi mahar menolak satu juzuk daripadanya atau semuanya kepada suaminya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

Sekiranya kesemua rukun dan syarat ini berlaku maka nikah tersebut adalah sahih walaupun gugur sebahagian daripada hak-hak bagi isteri kecuali hak jimak. Tidak harus mensyaratkan gugur hak jimak di dalam aqad kerana syarat ini menafikan maksud aqad itu sendiri. Sekiranya berlaku maka terbatal aqad tersebut.

Brought to you by : shattirs

Tuesday, September 4, 2007

Amalan - Amalan Di Bulan Ramadhan



Amalan-Amalan Yang Disunatkan Pada Bulan Ramadhan
.

1- membaca Al-Quran.

Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Ibnu Abbas RA berkata; "Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan di antara manusia. Kedermawaanya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawaan Nabi melebihi angin yang berhembus."

Hadist tersebut menganjurkan kepada setiap muslim agar bertadarus al-Quran, dan mengadakan ijtima`/berkumpul dalam majlis al-Quran dalam bulan Ramadhan. Membaca dan belajar al-Qur'an biasa dilakukan di dihadapan orang yang lebih mengerti atau lebih hafal al-Quran. Dianjurkan pula untuk memperbanyak membaca al-Quran di malam hari. Dalam hadis di atas, modarosah antara Nabi Muhammad saw dan Malaikat Jibril terjadi pada malam hari, kerana malam tidak terganggu oleh pekerjaan-pekerjaan seharian. Di malam hari, hati seseorang juga lebih mudah meresapi dan merenungi amalan dan ibadah yang dilakukannya.

Puasa dan al-Quran mempunyai keterkaitan yang sangat dalam. Kerana itu Rasulullah s.a.w memperbanyak membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Tidak ada yang melebihi al-Quran. Allah menurunkannya lain pada kitab-kitab terdahulu, di dalamnya terdapat hukum-hukum Allah yang tegas, dari al-Qur'an mengalir petunjuk-petunjuk Allah untuk manusia, tidak ada kebohongan, tidak ada penyesatan, ia memberi syafaat kepada orang yang membaca dan mengamalkannya. Rasulullah menegaskan "Barang siapa mendapatkan syafaat al-Qur'an, maka ia akan mendapatkan syafa'at di hari Kiamat", "Barangsiapa duduk demi al-Qur'an, maka ia tidak akan berdiri kecuali dengan mendapatkan kelebihan dan kekurangan, iaitu kelebihan mendapatkan hidayah dan kekurangan dari kebutaan hatinya". Dengan selalu membaca al-Quran, iman seseorang akan bertambah dan terus bertambah, dan tidak akan luntur apa yang telah ia yakini, hingga berkuranglah keraguan-keraguan yang ada dalam jiwanya. Tidak ada satu pun penyembuh hati selain al-Quran, karena sebesar-besarnya penyakit hati adalah kekafiran dan kemunafikan serta jauh dari jalan Allah. Dan tiada penawar atas penyakit-penyakit tersebut kecuali al-Quran.

Alim Rabbany syaikh Ahmad bin Abdul-Ahmad as-Sarhindy berkata: "Sesungguhnya di dalam bulan ini (puasa) ada kaitan yang sangat erat dengan al-Quran, dimana pada bulan tersebut al-Quran di turunkan, di dalam bulan tersebut juga dipenuhi segala kebajikan dan berkat dari Allah s.w.t. Setiap kebajikan dan keberkatan yang diterima oleh umat manusia selama setahun penuh, tidak lain hanyalah setitis dari lautan rahmat Allah selama satu bulan ini. Maka sangat beruntunglah mereka yang menyambut dan menghidupkan bulan tersebut dengan melakukan amal soleh dan beribadah, dan merugilah mereka yang tidak meramaikan bulan tersebut dengan beribadah, iaitu mereka yang berpaling dari keberkatan dan kebaikan."

Dengan demikian, Ramadhan merupakan pesta ibadah, Jalanan tilawah bagi ummat Islam. Ia ibarat musim semi orang-orang yang mulia dam bertaqwa, hari raya bagi hamba-hamba yang shalih, diramaikan dengan mendirikan ajaran-ajaran agama, kebeningan hati dalam ibadah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Seluruh umat muslim dari segala penjuru dunia serentak berbondong-bondong menyambut kedatangan bulan suci tersebut dengan menghidupkan suasana yang penuh rahmat dan barokah. Allah telah menganugerahkan rahmat dan pertolongan-Nya kepada hambanya yang beramal soleh, mereka yang tidak segan-segan melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan selalu asyik tanpa rasa jemu dalam mengamalkan perintah-Nya. Hati mereka selalu bergantung kepada Allah dan setiap hembusan nafas mereka terarah kepada kebaikan.

2.Menahan hawa nafsu dan kesenangan duniawi.

Iaitu dengan mengurangi makan ketika berbuka serta tidak berlebih-lebihan. Dalam sebuah hadis dikatakan "Tidak ada perkara yang lebih buruk dari pada memenuhi isi perut dengan makanan secara berlebihan". Ruh puasa terletak pada memperlemah syahwat, mengurangi keinginan dan mengekang nafsu.

Dari Sahal bin Sa'ad r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:" Sesungguhnya di syurga ada salah satu pintu yang dinamakan Rayyan: masuk dari pintu tersebut ahli puasa di hari kiamat, tidak ada yang masuk dari pintu itu selain ahli puasa, lalu diserukan "Manakah para ahli puasa?", maka berdirilah para ahli puasa dan tak ada seorang pun yang masuk dari pintu itu kecuali mereka yang tergolong para ahli puasa, dan apabila mereka sudah masuk, maka pintu syurga tersebut segera ditutup, dan tak ada satu pun yang diperbolehkan masuk setelah mereka". (Bukhari Muslim).

3.Berdo'a ketika berbuka puasa.

Abu Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: Ada tiga golongan yang tidak akan ditolak do'anya, mereka itu adalah: orang puasa ketika berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang teraniaya".

Untuk itu, hendakanya kita sekalian tidak melupakan saudara-saudara kita yang menderita di Palestin, Afghanistan, Kashmir dan Chechnia dan belahan bumi laninnya dalam doa kita. Betapa banyak doa yang ihlas dan tulus, lebih berguna dibanding ribuan anak panah.

4.Qiyamullail (Tahajjud )

Solat Tarawih hukumnya sunat menurut kesepakatan para ulama juga disunatkan untuk mengkhatamkan al-Qur'an selama solat tarawih. Hadits-hadits yang menerangkan tentang qiyamullail adalah : Sabda Rasulullah s.a.w: "Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redho Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau".

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:" Barangsiapa yang melaksanakan Qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau.

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadhan dan disunatkan melakukan Qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan Qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau".

Dari Abu Hurairah r.a:"Kemuliaan seorang mu'min teletak pada solatnya yang ia dirikan di tengah malam dan kehormatannya terletak pada ketidak-tergantungannnya terhadap orang lain". Dari Mughirah r.a, Rasulullah s.a.w selalu bangun tengah malam melaksanakan solat malam hingga bengkak kedua telapak kakinya".

Para ulama salaf selalu mencari kesempatan untuk menghidupkan malamnya dengan solat dan membaca Al-Quran sehingga tersentuh jiwanya. Dan apabila membaca ayat yang menerangkan khabar gembira, hatinya terselip harapan yang menggebu-gebu seolah apa yang di janjikan itu ada di pelupuk matanya. Sebaliknya, apabila membaca ayat Al-Qur'an yang menerangkan ancaman maka hati dan kedua telinganya terasa terbius, seolah dahsyatnya suara api neraka berada di ujung telinganya, lalu mereka pun meletakkan keningnya di atas bumi sambil memohon kepada Allah agar dijauhkan dari pedihnya api neraka dan meminta pertolongan agar diberi kemenangan atas musuh-musuhnya.

5. Berlumba-lumba dalam bersedekah.

Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar(berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi:" Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". (Bukhari Muslim)

Anjuran untuk berlumba-lumba dalam bersedekah dan membiasakan diri untuk berderma dan semaksima mungkin memberikan apa yang kita punya sesuai dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Abbas yang artinya:" Rasulullah orang yang paling dermawan terlebih ketika berjumpa denga malaikat Jibril dan malaikat Jibril selalu menemuinya setiap malam di bulan Ramadhan hingga akhir bulan itu." (HR Bukhari)

Dan pada hadis yang lain disebutkan bahwasanya Rasulullah orang yang paling sempurna akhlaqnya, paling dermawan dan kedermawanhanya mencakup semua segi, di antaranya memberikan ilmu, harta, dan jiwanya kepada Allah demi menegakkan agama dan memberi petunjuk kepada hamba-Nya, membaktikan dirinya untuk ummat dalam segala aspek dan semua kedermawanannya semua hanya demi Allah. Rasulullah lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri, keluarga dan anak-anaknya, beliau memberikan apa yang para raja-raja tidak mampu memebrikannya, lebih suka hidup sederhana, sehingga tidak jarang dalam sebulan atau dua bulan dapurnya tidak mengepulkan asap. Kedermawaan beliau semakin bertambah ketika masuk bulan Ramadhan, karena keutamaan waktu mengartikan kautamaan beramal di dalamnya, dan menjadikan pahala berlipat ganda di dalamnya.

Membantu orang berpuasa dan orang yang menjalankan ketaatan, berhak mendapatkan pahala seperti pahala orang yg melakukannya, tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya, karena Allah adalah Maha Dermawan terhadap hamba-Nya dengan rahmat dan maghfiroh-Nya dalam bulan Ramadhan ini. Maka sepatutnya bagi seorang hamba harus bisa membalas kebaikan-Nya dengan berderma harta dan jiwanya sehingga ia berhak mamperoleh rahmat Allah.

Di antara keutamaan sodaqah adalah meredam murka Allah dan terhindar dari suu'ul khatimah, yaitu meninggal dalam keadaan sesat. Sodaqah juga mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa untuk menolak bermacam cobaan dan malapetaka, melebur kesalahan, meredamnya sebagaimana air mematikan api, sodaqah bisa membuat hati menjadi senang dan dada terasa lapang. Untuk itulah kita dilarang bakhil. Abdurrahman bin Auf setiap kali bertawaf di Makkah selalu berkata: "Ya Allah lindungilah aku dari jiwa yang bakhil."

6. I`tikaf di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadhan.

I'tikaf di sepuluh terakhir bulan Ramadhan merupakan penyempurnaan ibadah puasa. Ini karena I'tikaf ertinya mengkonsentrasikan diri menghadap Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada-Nya. Hingga kecintaannya semata hanya kepada Allah, mengalahkan kecintaannya kepada selain Allah. Inilah tujuan I'tikaf di hari-hari terakhir bulan Ramadhan, hari yang paling utama selama bulan tersebut. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan merupakan keutamaan yang dipilih oleh Allah SWT.

Diriwayatkan dari `Aisyah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad saw selalu beri`tikaf di malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan hingga ajal menjemputnya, kemudian sunnah ini dihidupkan lagi oleh isteri-isteri Rasulullah selepas kematiannya" (Bukhari Muslim). Ini merupakan gambaran akan kesungguhan dalam beribadah dan kesiapan Rasulullah dalam menyambut Ramadhan.

Dari `Aisyah r.a berkata: bahwa Rasulullah s.a.w. apabila memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam dan membangunkan anggota keluarganya dan beliau kencangkan pakaiannya" (Bukhari Muslim).

Saudaraku!

Ingatlah bahawa pintu menuju kebaikan itu bermacam-macam. Oleh karena itu kita perlulah memasuki salah satu pintu tersebut. Ahmad Bin Hanbal menegaskan : "Tidaklah dikatakan seorang itu berilmu sebelum ilmunya mencerminkan perkataannya dan ahlaknya". Dan sebagian dari pintu kebaikan adalah berdoa kerana doa adalah penggerak dari ibadah dan sebaik-baik doa dan zikir adalah yang diajarkan oleh Rasulullah saw karena beliau adalah hamba yang paling tahu akan Tuhan Yang Maha Mengabulkan doa kita.

7. Menjauhi Larangan Agama:

Hal yang perlu diperhatikan oleh seorang mukmin adalah menjaga lisan dari mengguncing dalam keadaan berpuasa sebagaimana yang dipesankan Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada artinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum" (HR: Bukhari).

Berkata Ibnu Battal: Bukan beerti kemudian ia meninggalkan puasa, tapi ini merupakan peringatan agar meninggalkan perkataan dusta dan ghibah. Adapun makna perkataan Rasul: "Tiada arti di sisi Allah s.w.t." menurut Ibnu Munir adalah: tamsil dari ditolaknya puasa yang bercampur dengan dusta. Adapun puasa yang bersih dari pekerjaan tercela tersebut, insya Allah akan tetap diterima.

Ibnu Arabi berkata: Umat-umat sebelum kita cara berpuasanya hanya menahan diri dari bicara namun diperbolehkan makan dan minum, begitupun mereka tidak sanggup, sehingga Allah meringankan dengan dihapusnya setengah hari iaitu malam dan dihapusnya setengah puasa iaitu puasa dari bicara, namun mereka tetap tidak sanggup, mereka bahkan melakukan tindakan-tindakan yang diharamkan agama. Kemudian Allah meringakan lagi untuk meningkatkan darjat manusia dengan meninggalkan perkataan dusta dan mungkar. Allah pun mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa yang berkata dusta atau berbuat mungkar maka Allah s.w.t. tidak menerima puasanya dari makanan dan minuman. Maka beruntunglah mereka yang menyibukkan diri dengan aibnya hingga tidak memikirkan aib orang lain dan beruntunglah mereka yang tinggal di rumah, sibuk dengan ibadah kepada Allah, menangisi kesalahannya di saat manusia sedang terlelap tidur.

Selain itu, selayaknya kita tidak ikut campur urusan orang lain sehingga kita terseret dalam kemungkaran atau menjerumuskan orang lain dalam kemungkaran. Kalau ada orang yang mengganggu kita, hendaklah kita ingatkan bahawa kita sedang berpuasa, sebagaimana diajarkan Rasulullah saw: Apabila dihina oleh seseorang hendaklah ia ucapkan saya sedang berpuasa. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, mulut seorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dibanding minyak wangi misik".

Maka seorang mukmin yang menguasai syahwatnya dan menahan dirinya dari makanan dan minuman yang halal, menahan dirinya dari menggauli istrinya yang halal, natijahnya ia juga menjaga dirinya dari hal yang jelas-jelas diharamkan di luar bulan puasa. Mulut ini, dijadikan Allah swt tidak untuk mengumpat. Mulut yang dijadikan Allah lebih harum dibanding aroma minyak misik, janganlah sengaja dikotori dengan perkataan dusta atau menghina meskipun dalam keadaan terpaksa. Hendaklah ia berkata pada dirinya: "Saya sedang berpuasa dan tidak dihalalkan bagiku berbuat hal tersebut"

Oleh Kerana Itu Saudaraku hendaklah engkau buat jadual bagimu. Aturlah waktumu dan sisakan waktu buat ibadah, jangan sampai engkau kehilangan barokah serta keutamaan Ramadhan, sesungguhnya waktu Ramadahan terlalu singkat untuk meraih seluruh keutamaannya, maka persiapkanlah dirimu sekarang untuk menghadapi bulan penuh berkah, rahmah dan maghfirah ini.

Tiada kata yang pantas untuk mengakhiri tulisan ini, selain firman Allah s.w.t. dalam surat Fatir ayat 32-34 "Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih diantara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang dzalim pada diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang biasa saja dan diantara mereka ada yang lebih banyak berbuat kebaikan. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. Bagi mereka syurga Eden yeng mereka masuki dengan dihiasi gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. Mereka berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan kami, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan penerima Syukur".

sekian...

KULLU AAM WA ANTUM BI KHAIR

Salam Ramadhan dari shattirs untuk anda semua...

Brought to you by: shattirs

Mulianya Bulan Ramadhan


Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulang-ulangkan kembali –kepada diri sendiri dan kepada masyarakat- terutamanya di hujung-hujung Sya’ban ini.

Amat banyak hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan, antaranya;

a) Ramadhan adalah penghapus dosa

Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)

b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan

Sabda Rasulullah s.a.w;

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)

c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah s.a.w.;

أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا الرَّاْبِعَةُ: فَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُ: فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا، فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ.
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)

d) Malam al-Qadar

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;

Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu ‘Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.


Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.
Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.
Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Wallahua'lam

Brought to you by: shattirs

Kelebihan Bulan Ramadhan


Amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan


Supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda. Antara amalan-amalan utama di bulan Ramadhan dapat kita senaraikan seperti berikut;

1) Berpuasa dengan sesungguh hati

Sabda Rasulullah s.a.w.;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Allah berkata; ‘Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu’. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)




2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

مَنْ قَاْمَ رَمَضَاْنَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاْباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبـِهِ
“Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut Imam an-Nawawi, yang dimaksudkan dengan Qiyam Ramadhan dalam hadis di atas ialah solat Terawikh. Namun ada ulama’ yang memberi makna yang umum iaitu segala solat sunat yang dilakukan untuk menghidupkan malam iaitulah qiyamullail. Jadi mengikut pandangan kedua ini termasuk di dalam Qiyam-Ramadhan itu; solat Terawikh, solat Tahajjud, solat Taubah dan sebagainya. (Rujuk; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi dan Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin)

3) Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan

Terdapat hadis di mana Saidatina ‘Aisyah menceritakan;

كَاْنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرَ الأَوَاْخِرَ مِنْ رَمَضَاْنَ أَحْيَا اللَّيْلَ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
“Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat yang lain, Saidatina ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain”. (Riwayat oleh Imam Muslim)

4) Beriktikaf

Di antara Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhirnya ialah iktikaf. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

أَنَّ النَّبِيَّ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ، حَتَّىَ تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga ia meninggal dunia. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan iktikaf selepas kewafatan baginda”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Iktikaf bermaksud menetap di dalam masjid dengan niat ibadah. Syaratnya ada tiga iaitu;
Pertama: Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal/berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.)
Kedua: Menetap/tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid.
Ketiga: Seorang yang beriktikaf pula disyaratkan hendaklah seorang muslim, berakal sihat dan suci dari haid, nifas dan janabah.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’ie, jil. 2)

Beriktikaf hukumnya adalah sunat pada setiap waktu dan lebih disunatkan lagi pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan kerana di antara malam-malam tersebut terdapatnya lailatul-Qadar atau malam al-Qadar. Menurut ulama’, beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan hukumnya adalah sunat muakkad (yakni sunat yang amat-amat disuruh).
(Rujuk: Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin, jil. 3, kitab al-I’tikaf)


5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)

Firman Allah menjelaskan kelebihan malam al-Qadar (lailatul-Qadar);

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan”. (al-Qadar: 3)

Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya.
(Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

من قَامَ لَيلَةَ القَدرِ إِيماناً واحتِسَاباً غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِِهِ
“Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lalilatul-Qadar ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah kita jelas tadi. Sabda baginda;

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari)

Menurut ulama’, sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya) ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya;

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْل، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
“Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam”. (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)

Namun demikian, yang paling sempurna ialah dengan memenuhi keseluruhan malam atau sebahagian besarnya dengan solat, bacaan al-Quran, zikir atau seumpamanya dari jenis-jenis ketaatan.(Rujuk: at-Tajul Jami’ Lil-Ushul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80)

Brought to you by : shattirs